Rate

bab 6

Romance Series 4409

3 tahun kemudian..
"Cik Sya, saya nak belanja cik Sya makan hari ni.. Sebab cik Sya dah dapat tender yang besar minggu lepas.. Jom" ujar Mia sebagai PAnya selama 3 tahun. "ok, kejap ye sye save dokumen ni.. Ok... Jom" ujar Sya dan terus bergegas mendapatkan Mia. Selama 3 tahun Raisya menjadi CEO di company bapaknya.. Dan selama 3 tahun itu lah Syarikat itu mendapat keuntungan yang sangat banyak.

"Ajak lah semua sekali.. Saya belanja" ujar Raisya agar mereka tidak rasa berat sebelah. "Baik lah cik Raisya.. Saya panggil mereka dulu. "pinta Mia dan berlalu pergi. Raisya mengenakan glasses berwarna hitam agar lebih kelihatan seperti di majalah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Qal, jom makan.. Aq belanja... Cepat lah.. Lapar ni"ujar Zarul. "kejap lah.. Kau ni tak menyempat sangat.. Kau tunggu dekat bawah dulu nanti aku turun"ujar Haiqal geram dia dengan sahabatnya itu. "Aahhh, tak ada.. Ikut aku sekarang jugak.. Bukan aku tak tahu kau asyik termenung je.. Kau mesti termenung kat minah yang kau buat dia kena pecat kan" ujar Zarul .Betul kata Zarul.. Sejak kejadian tu, Haiqal tak boleh fokus sangat.. Tapi setakat ni companynya masih ok lagi.

"Yelah.. Jom" ujarnya dengan keluhan. Zarul dan Haiqal terus menuju ke Restoran Zamani.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiba di situ, Haiqal memandang di sisi kanannya kerana dia merasakan orang yang di sebelahnya itu amat dikenalinya. "Dik, akak nak order set 1 ni" ujar gadis disebelahnya itu. "hey cik abang.. Tak payah lah pandang orang macam nak makan pulak" ujar gadis tu lagi kerana dia perasan yang Haiqal sedang memandang dirinya. Sengaja Sya ingin memakai glassesnya agar tidak dikenali oleh orag ramai kerana dia agak famous dalam bidang perniagaan.

"Maaf cik Raisya, semua tengah tunggu cik Raisya" tegur Mia. "oo ya, saya ke sana sekarang.. " ujar Raisya. "Excuses me, miss Raisya.. Saya Haiqal Fiqry.. Im sorry about that.. Saya ingat cik Raisya ni kawan saya yang dulu.. " ujar Haiqal. "Its ok" ujar Raisya dan terus berlalu pergi. 'Kenapa aku rasa Raisya tu ada kena mengena dengan Sya yang dulu'.

"Rul.. Kenapa aku macam kenal je cik Raisya tu. " tanya Haiqal kepada Zarul. Zarul memusingkan badannya kearah cik Raisya yang sedang berbual dengan pekerjanya. "Ehh, kau ni gila ke apa... Sah sah lah kau kenal dia.. Dia tu hot kot, Dia pemilik syarikat terkemuka di Malaysia ni kot.. " ujar Zarul dengan membuat muka teruja. "Serius lah.. Macam mana aku boleh tak perasan ehh..tak silap aku tender utk syarikat tu boleh tahan banyak.. Kau ingat tak tarikhnya" ujar Haiqal.

Zarul mengambil Ipad miliknya untuk melihat jadual tersebut. "28/5,31/8,7/9 dan 10/11" ujar zarul sambil mengangguk. "Syarikat kita ada ambil tender diorang tak? " soal Haiqal kepada Zarul. "Aku tak sure lah.. Sebab aku tak ingat syarikat diorang tu"jawab Zarul dengan nada perlahan. "Ishh,.. Kau ni tak bileh diharap langsung " ujar Haiqal selamba kerana geram dengan PAnya tu. Zarul hanya mampu senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience