3. Permulaannya

Inspirational Series 14466

[3 bulan lepas]

"Assalamualaikum. Ni Safura ke?"

Safura memandang lama skrin telefonnya. Nombor yang tertera itu seperti dia kenali dan biasa dilihat.

Pesanan teks itu dibaca berulang kali sehingga mereng-mereng kepalanya lantaran keliru.

"Waalaikumussalam. Ya, saya Safura. Kenapa ya? Encik dapatkan nombor saya dari mana?" Dia tidak lagi berselindung. Langsung ditanya pemilik nombor itu.

"Tiada sebab. Saya jumpa nama awak di Whatsapp. Group alumni sekolah menengah." Safura mengerutkan dahi. Dia lalu menekan info dan gambar pada bahagian nombornya.

Gambar ragbi.

"Maaf. Ni siapa ya?" soal Safura lagi.

"Danny. Danial Yusuf." Safura melopong. Pantas ditekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Telefonnya yang jatuh itu dibiarkan.

...

'Danny? Dia gila ke apa?' kerutan pada dahinya bertambah.

"Oh, ya. Maaf, saya tak simpan nombor. Ada apa ya?" Safura menyoalnya tanpa berbasa-basi.

"Saya nak ajak awak kawin." Safura menjerit kecil.

Kemudian, telefonnya itu berdering kuat. Nombor telefon Danny tertera pada skrin telefon. Jeritan Safura bertambah kuat!

Deringan telefon itu dibiarkan.
Ditekup dengan bantal agar bunyinya tidak mengganggu orang lain. Untung sahaja rakan sebiliknya itu tiada di dalam bilik saat ini.

Tidak lama setelah deringan itu berhenti, berbunyilah petanda bahawa sebuah pesanan teks telah masuk.

"Kenapa awak tak angkat call?" Safura mengangkat bahu.

"Kenapa awak call?" Safura memberikan balasan yang pendek.

"Saya nak cakap pasal perancangan kawin." balas Danny.

"Gila." tutup cerita.

Safura mematikan telefonnya. Ah, serabut! Dia menongkat dagunya.

"Danny?" nama itu meluncur keluar dari bibirnya tanpa dia sedar. Eh! Dia kemudian menampar-nampar bibirnya itu.

Danny.
—bukannya dia tidak kenal pemilik nama ini.

Bahkan merekalah antara gandingan yang sering dicemburui oleh rakan-rakan setingkatan, malah seisi pelajar sekolah.

Danny.
—anak kedua daripada dua adik-beradik. Ibu bapanya orang yang berjawatan tinggi. Sering sahaja mereka ke luar negeri atau negara. Kakaknya sudah bekerja. Kebanyakan masanya dihabiskan seorang diri.

Gandingan yang seiring? Safura tersenyum.

Mereka bukanlah pasangan bercinta. Yang dicemburui adalah perbezaan ketara antara mereka. Ianya dianggap sempurna oleh kebanyakan orang yang mengenali mereka.

Danny; orangnya tinggi lampai. Olahragawan sekolah. Di bahagian akademiknya juga tidak kalah. Dia sering mendapat tempat tiga teratas daripada keseluruhan kelas. Jangan dibahas soal rupa.

Kacak! Wajahnya pasti terselit di mana-mana muka surat majalah sekolah. Namanya bahkan terlalu banyak meniti di bibir para guru sehinggakan ramai juga yang merasakan meluat dengan kelebihannya yang satu itu.

Manakan tidak? Dia adalah ketua pelajar di sana! Ah, sempurna!

"Asyik-asyik Danny!" Safura tersenyum lagi.

Ya, jurang yang jauh bezanya. Dia hanyalah Safura. Yang gemar bersendirian saat waktu rehat atau di masa lapangnya. Yang gemar memonteng kelas dengan menyembunyikan diri di dalam asrama lama.

—di asrama yang konon berhantu itu.

Safura, rendah sahaja orangnya. Anak sulung daripada lima. Perangainya bahkan sangat ganas.

Sedikit kelelakian.

Beberapa kali sudah lelaki menangis kerana berani mencari masalah dengannya.

Hmm.
—Safura melepaskan keluhan.

Cuma dia yang tahu soal kelemahan Danny yang satu itu. Dia berpaling ke arah telefon itu. Dia menggigit bawah bibirnya.

'Kejam ke eh, aku buat macam ni?' hah! Safura merebahkan badannya. Dia pusing!

Dia mengetap giginya.

'Ah!' serentak itu tangannya mencapai telefon dan menghidupkannya kembali.

"Saya serius ni." pesanan teks daripada Danny itu ditenung lama. Safura menjuihkan bibirnya.

"Kau ingat aku nak percaya? Playboy macam kau, aku tak nak." Safura menjelingkan matanya ke atas. Nafas dihela kasar. Dia benar-benar berharap agar lelaki itu putus asa.

"Saya nak awak tolong saya untuk berubah."

Safura terdiam. Dia tahu benar apa yang dimaksudkan Danny. Bahkan, hanya dia yang tahu satu titik kelemahannya itu.

"Aku tak boleh tolong. Cari orang lain." namun balasan pantas daripada Danny membuatkan dia terdiam;

"Saya nak awak."

Tangan Safura terketar. Suhu badannya langsung menaik. Dipegang telinganya yang sudah panas.

'Danny tak guna.' Air matanya menitik.

Safura tahu kepayahan yang telah dilalui Danny untuk berubah. Memang mereka tak sebulu dari dulu. Namun, hanya dia yang tahu soal sisi gelap Danny. Danny sudah mengejarnya sejak peristiwa itu.

Safura memandang sepi telefon pintarnya yang bercahaya.

'Kau benar suka atau kau hanya nak mempergunakan aku?'

Bila yang dikejar tak dapat, tapi yang dibiar mendekat. Apa yang perlu dibuat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience