Aku tersedar disuatu tempat yang sangat sunyi.Bangunan-bangunan lama masih utuh dan kekal.Namun aku meneruskan langkah ku melihat sekeliling.Dimana aku? perasaan dejavu terasa dihati.Jalan aku teruskan mencari arah tuju .Dimana semua orang?kaki makin perlahan jantung berdegup laju,perasaan makin membuak-buak.
Namun aku terasa sesuatu memerhati.Aku ingin bersuara namun tidak terluah satu bunyi pun dari mulutku.Apakah aku bisu? atau aku menjadi pekak?sesuatu yang lain aku rasai apabila aku berhenti berjalan.Aku terdengar dengan tiba-tiba langkah kaki seseorang dibelakangku.Aku ingin berjalan laju namun kaki ku kaku.Aku terdengar suara seorang lelaki bertanyakan "mengapa kau disini?" .Aku tersentak ingin menoleh namun seperti sesuatu menghalangku dari menoleh.Aku hanya boleh berkata dalam hati, "apakah semua ini?".Semakin dekat suara dan bunyi langkah kaki itu dan makin menghampiri.Lalu aku pejamkan mata dan menutup kedua telinga ku dengan tanganku,lantas aku berkata dalam hati "Ya,Allah tolonglah aku." Dan aku membuka mata ku kembali aku melihat suasana yang lain jelas disekelilingku.Dimana aku di sebuah padang kosong dan terdapat rumah lama yang amat usang.Aku memandang dari jauh .Namun aku melangkah kehadapan,meneruskan langkah ke rumah usang.Baru sahaja aku ingin bersuara aku melihat sesuatu di hadapan rumah usang ,satu susuk tubuh yang tidak kelihata seperti manusia. Satu susuk tubuh yg sangat menyeramkan dan aku melihat ia mengeluarkan sesuatu dari tangannya namun aku tidak pasti apa,lantas aku perlahankan langkahku kerana aku takut,namun aku tiba-tiba melihat ia tersenyum dan tersengih menyeringai.Baru aku ingin patah balik dan berlari dan aku terus tersedar.
berdasar mimpi sebenar
Share this novel