Rate

Alkisah cerita jilid 1

Adventure Series 581

BAB 1 permata didalam kapal hamba

Atok! Ajarilah sesuatu yang berguna kepada saya, kata axyles seorang budak berumur 10 tahun yang pipinya kemerah merahan. Baiklah cu, sambil mengelap keringat di dahi . Dia pun berkata kepada cucunya jom kita duduk sebentar di bawah pokok itu. Atuk ingin menyampaikan sebuah cerita ….~ ~suatu masa dulu.....

Di tengah tengah laut Mediterranean sebuah kapal hamba dari Pinggir laut semenanjung arab sedang meredah laut yang bergelora hendak menuju ke Athens.
Layarnya luas bak samudera . Di dalam kapal itu tersimpan sejumlah bekas kayu yang sarat mengandungi makanan dan harta. Sekumpulan hamba hamba sedang diikat di dek paling bawah kapal itu dengan rantai besi dan mereka sedang mengemudi kapal.

Angin kuat menghembus lembut mengenai kapten ,saudagar hamba dan kelasi kapal yang lain .

Bagaimana kau boleh bernasib baik dan kaya hingga memiliki kapal secantik ini? tanya si penjual hamba itu kepada kapten kapal. sepatutnya akulah yang dikurniakan kekayaan melebihi engkau !

Hahahaha ! Ketawa kapten kapal itu. AKu dulu hanyalah orang miskin dan tidaklah sekaya ini. Ini adalah takdir Allah swt yang menjadikan aku begini, Oleh kerana engkau bertanya kepadaku Baiklah ! akan aku kongsikan ceritaku ini kepadamu kawan baikku

Sang kapten pun menceritakan sejarah hidupnya menjadi kaya.

“Alkisah suatu dulu di negeri Yaman ada Sebuah kerajaan aman dan Makmur serta maju bernama Tubar. Bandar itu mempunyai banyak gedung gedung tinggi yang dihiasi dengan taman 2 gantung yang indah indah mirip seperti di zaman kegomilangan Babylon
Pengangkutan rakyat di bandar itu adalah Karpet terbang. Terdapat kincir angin di setiap penjuru bandar membekalkan tenaga serta mengepam air ke taman gantung.
Kapal magnet yang bergerak tanpa pemandu digunakan untuk menghantar barang.
Mentol rumah yang dijana dengan bateri Baghdad menerangi bandar Tubar
lif terbang dengan konsep magnet dicipta untuk mengangkat barang ke tempat tinggi serta bangunan tinggi moden dengan hiasan piring piring kaca yang indah . Ini semua dibuat oleh arkitek yang diupah dari Sumeria “

Kebijaksanaan Alwaris sang pemerintah yang berasal dari negeri Babylon banyak mempengaruhi kemajuan sistem kewangan negeri itu. Alwaris menceritakan rahsia kekayaannya itu kepada datukku. datukku seorang menteri kewangan.Selain datukku ,

Alwaris juga menceritakan rahsianya dan beberapa golongan atasan negara mereka juga sangat kaya dengan hasil bumi terutama kayu gaharu
Oh begitu ! kata saudagar hamba itu.
Jualan kayu gaharu meningkat dan Banyak orang romawi yang membeli kayu gaharu di Yaman.
Cukai yang dikenakan sangat rendah dan dibelikan tanah oleh Alwaris di wilayah lain untuk penanaman gaharu serta digunakan untuk membeli hamba untuk membina bandar mereka.
Wah! sungguh! Kata saudagar hamba itu tidak sabar menanti cerita seterusnya.

Datuk kepada atok sendiri semasa hayatnya dapati ilmu pelaburan emas yang diajar oleh Alwaris amat berguna ...dan lama kelamaan mengamalkannya .

Bab 2 Kematian Alwaris

Guuh ! Goh ! suara batuk Alwaris kedengaran di dalam Istana. Rupa rupanya Alwaris jatuh sakit . isterinya begitu risau. Semua tabib di seluruh negeri telah cuba untuk mengubatinya namun gagal. Sakitnya sukar diubati dan akhirnya meninggal dunia di atas katilnya yang mewah.

Setelah kematian Alwaris sang pemerintah , Kegemilangan negeri itu tidak kekal lama
Datukku tinggal di Kawasan lain dan tidak lagi bekerja sebagai Menteri kewangan.
Beberapa dekad kemudian, Keadaan negara menjadi huru hara dan semua kekayaan berbentuk emas keluar dari negeri itu .Ramai orang yang miskin kerana negeri itu dijajah oleh tentera dari seberang laut Habsyah yang dipimpin oleh tentera Abrahah dan Abrahah mengaut semua emas emas di negeri itu.
Datukku dan keluarganya sempat lari keluar negeri itu dan pindah ke negeri di utara Yaman iaitu Mekah.

semasa kecil aku diajar untuk mewarisi llmu kewangan itu.
Aku pada mulanya bekerja membuat kasut di Mekah dengan upah yang kecil. Namun dengan didikan oleh datukku aku sikit sikit menjadi seorang yang kaya raya.
Pada masa itu aku simpan wangku di bawah rumah dan hujung bulan akan pergi membeli sebidang tanah . Tanah 2 yang aku belikan aku sewakan dengan saudagar kurma dan Zaitun.

Selama beberapa bulan sewa dari ladang ladang itu memberikan hasil dan akhirnya aku berhasrat untuk mengembara dan membeli sebuah kapal mewah ini !

Dia sang hamba pun mendengar kisah shahaddin saudagar kepada seorang kapten di dalam ceritanya yang Panjang semasa dibawa oleh saudagar gamba ke Greek di dalam sebuah kapal. Dia pun meneruskan perbicaraannya.

Bab 3 Lima undang undang kekayaan


Antara perkara yang diajarkan kepadaku kata Kapten , adalah

Lima undang undang kekayaan

Undang- undang 1 : dinar akan bangga dan bertambah yang menyimpan sepersepuluh dari pendapatannya
: Gaji yang kita dapati sepersepuluh adalah milik kita

Undang undang 2: dinar emas akan bekerja kepada pemiliknya yang bijak mencari pekerjaan yang menguntungkan
maksud: Jangan simpan wang emas tapi belikan harta yang menjemput harta contohnya seperti tanah dan rumah yang disewakan

Undang undang3: dinar emas akan sentiasa berpaut kepada pemilik yang sentiasa mengawasinya dengan melaburkannya di bawah nasihat orang yang bijak mengendalikannya
maksud:Memastikan wang anda dikelola oleh orang yang arif tentangnya

Undang undang 4: dinar Emas akan lari daripada orang yang jahil dalam bidang pengurusan
maksud: Pengurusan kewangan yang bijak dapat mengatasi masalah kekurangan wang

Undang undang 5: dinar Emas akan lari dari orang yang melaburkannya di tempat yang salah
maksud: laburkan wang anda di tempat yang betul

Malam itu cuaca agak buruk, kilat menyambar. Kapal itu hampir karam kerana banyak lubang,Kapten kapal itu pun meneruskan ceritanya Selama 10 hari.

BAB 4 Patung dewa Rhodes

Kapal pun berlabuh sebentar di kepulauan Rhodes dan mereka kagum melihat patung yang besar yang disulami emas tulen .
Hamba 2 itu berdoa kalau kalau emas tulen itu adalah milik mereka seakan akan mereka merdeka. Meraka percaya pada Tuhan yang esa . Ajaran Nabi Ibrahim yang monotheism berasal dari mekah dahulu membuat mereka yakin bahawa mereka akan selamat..Kerana waktu susah dan senang agama amat bermakna bagi seorang hamba .

Hamba hamba lain berbicara sesama sendiri adakah mereka dibebaskan di Rhodes.
kapal pun meluncur berlalu dibawah kangkangan patung di Rhodes
tidak lama kemudian kapal pun berhenti di pelabuhan.

Semua orang turun dari kapal .
Kapal berhenti di bengkel dan kapal pun dibaiki.

"Kami memerlukan khidmat membaiki kapal di negeri anda kata kapten kepada penjaga kapal di rhodes."

Baik kapten! nanti saya mencari pekerja saya untuk menampal kapal yang bocor itu Kata mekanik kapal Rhodes
Kapal pun dibaiki dengan sempurna
Setelah setengah hari membaiki , kapal pun pulih
Kapal punsudah baik dan mereka pun meneruskan pelayaran selama beberapa hari

BAB 5 pelabuhan Athens yang sibuk

Sesampai di Greek mereka pun berlabuh di pelabuhan Athens, cuaca mendung dan sedikit berangin dengan desiran ombak yang memukul pantai
Bunyi ting ! besi yang mengikat kaki hamba berbunyi
Mereka turun dari kapal. Cepat ! kata kata kelasi kapal sambal memukul hamba hamba itu agar bergerak

Mereka deheret dan dibawa ke bandar .
Kapten kapal menurunkan barang barang dan sebelum beredar dia singgah di kedai buah buahan di Greek. Ngap! Bunyi mulut kapten mengunyah anggur sambil menikmati hidangan lazat di Athens

Tidak jauh dari situ ada pasar hamba yang sangat besar
Suasana orang tawar menawar membeli hamba membuatkan dia menjadi ketakutan takut 2 dibeli oleh majikan yang jahat.

100 dirham! 200 dirham!
1001 dirham jual! Kata si penjual hamba
Dengan Izin Allah swt Ada seorang yang membelinya yang kaya

Dia pun berpisah dengan kawan kawan hamba yang lain dan majikan barunya merupakan pemilik kebun anggur.

Keesokan harinya dia pun mulabekerja di kebun anggur
Setelah sekian lama selama 3 tahun bekerja majikannya jatuh sakit dan meninggal dunia.
Di teringat akan kisah dalam kapal tadi.
dia pun mengamalkan 5 undang undang emas

Oh ya baik aku amalkan cerita di dalam kapal tadi! Ujarnya di dalam hati .
Dia bersumpah pada hari itu supaya tidak menjadi hamba sampai bila bila lagi.

Dia pun berusaha bermula bekerja di ladang zaitun milik majikan barunya dan selama 2 tahun
Dia Berjaya mengumpul wang sebanyak 1000 dinar.

benar kata kapten kapal itu ! katanya dalam hati selepas mengingati peristiwa itu
Dia pun menggunakan wang itu dengan penuh cermat

BAB 6 Kekayaan Menjadi Kenyataan


Sepurnama kemudian sudahpun memiliki beberapa ekor kuda dan sebuah pavilion yang terbesar di Athens . ini semua berkat mengamalkan 5 undang undang emas itu.
Sesudah itu dia turut memiliki harta berupa kuda , barang kemas dan tanah kebun yang luas,

beberapa bulan kemudian, diapun berhasrat untuk berkahwin,
walaupun dia seorang Arab badwi namun hasratnya mengahwini putri Athens yang cantik terkabul.

Itulah cerita Atok. Atoklah hamba dalam kapal itu.. kata datul kepada axyles.

Darimana atok dapat tahu cerita ini! Ujar cucunya.
Inilah pelajaran yang atok dapati dari sebuah kapal hamba. Oooh begitu ujarnya!.semasa berehat di bawah sepohon pokok di Kawasan rumah datuknya di Athens.


~~ bersambung ~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience