Rate

Mula

Romance Series 35557

Ke hadapan diriku,

Wilda pada masa hadapan...

Aku dari masa lampaumu ingin memberitahu sesuatu yang kini aku sedang hebat diuji tentang perasaan.

Pedihnya mencintai tapi tidak mampu memiliki.

Sudah puas aku menepis segala macam bisikan dan godaan perasaan. Namun kali ini ternyata aku kalah. Kalah dalam peperangan yang aku sendiri tahu aku akan kalah. Entah kenapa aku memasuki jua medan pertempuran ini.

Benarlah manusia sering leka dengan keindahan yang ternyata hanya sementara.

Dan kini yang kekal hanya perasaan merindui dan meraikan hari-hari yang sedih.

Kepada diriku pada masa depan, aku berdoa ketika kau membaca surat ini aku mendoakan tubuh kita, hati kita dan perasaan kita telah dapat melupakan tentang rasa mencintai lelaki itu.

Semoga kita terus kuat dan tidak lagi jatuh cinta.

Maafkan aku kerana terjatuh cinta tanpa sengaja dan membenarkan perasaan ini hanyutkan aku dan membuatkan dirimu terpaksa mengharungi hari-hari yang muram disebabkan kesalahan lamaku.

Yang Benar,
Wilda pada masa lampau 2018

8 Julai 2018

Wilda terus tersandar lelah setelah dia membaca surat yang dia sendiri tulis pada dua tahun yang lepas. Komputer ribanya ditutup dan keluhan dilepaskan.

Malam ini sejuknya terasa hingga ke tulang. Dan sunyi malam setia merangkulnya tanpa persetujuaan dirinya.

Perlahan dia memejamkan matanya, lantas teringat kisah dua tahun lepas yang membuatkannya menjadi seorang yang sunyi dan sentiasa menyeru malam.

Dia tanya pada hatinya tentang perasaan itu.

Ada lagi ke Wilda?

Sudah, sudahlah mencintai yang bukan hak kau.

Share this novel

Federica Fingkey
2021-03-23 21:13:48 

xsabar nk baca sambungannya

Federica Fingkey
2021-03-23 21:13:48 

xsabar nk baca sambungannya


NovelPlus Premium

The best ads free experience