14

Romance Completed 8316

"aku terima nikahnya Nur Azra Kayra binti Mazlan dengan mas kahwinnya 5 ribu ringgit tunai.."

"sah??"

"sah..sah.."

perkahwinan Azra..
sepanjang menunggu hari perkahwinan itu..
Azra tidak pernah berjumpa dengan bakal suami nya .
fotonya juga tidak pernah dilihat.
semua urusan perkahwinan dibuat oleh mama dan mak bakal suami.. sebab diorang orang tengah dalam perkahwinan tu..
kenapa lah tak boleh berurusan terus dengan bakal suami dia..
keadaan itu pula..
bakal suami nya membelakangkan nya..
persis dari belakang,sukar untuk dia kenal..
suaranya seakan kenal pula..
mereka bernikah di masjid terdekat dengan rumah mama..

selepas bacaan doa diselesaikan..
Azra terlopong melihat wajah suaminya yang sedang menuju kearah nya..untuk menyarungkan cincin...
suaminya manis tersenyum.. bahagia kali ya..

"assalamualaikum Azra.."

"w-waalai-kumsalam.."

"kau nampak cantik sangat hari ni.."

"hah..ye-ye terima kasih.."

"tangan kau..aku nak sarung cincin.."

"oh nah.."

Azra sangat2 terkejut..
dia menghulurkan tangan..
selepas tersarung cincin nikah di jarinya..
dia pula menyarungkan cincin..
dia mengucup lembut tangan suami yang baru dia nikahi itu..

dengan itu..suami nya pula mengucup dahinya..
agak lama..
sebab ada jurukamera yang ingin menggambar moment itu..huhu..

~~~~~

selepas jamuan nikah diselesaikan di rumah mama..
Azra meminta diri untuk masuk bilik..sebab..badan dia dah melekit..

walaupun Azra tak tinggal dalam rumah mama..
bilik dia masih ada..

selepas mandi..
Azra keluar dengan berpakaian lengkap..
cuma tudung saja tidak dipakai..
dia memakai pijama lengan panjang dan seluar panjang berwarna putih..
solat maghrib dan isyak sudah lama berlalu..
bila dia baru duduk di atas katil..
pintu bilik di buka..
berpaling laju suami nya,daripada memandangnya..

"kau dah kenapa macam tu??"

"kenapa kau tak pakai tudung??"

"ya Allah..kau ni..kau dah lupa aku siapa ke..aku kan isteri kau..hesy..masuk je lah.."

"ha..ye lah,ye lah"

"kau buat apa lama2 dekat bawah??"

"aku ambil beg baju aku..aku kan nak mandi.."

"ha..ye lah..tu..bilik air dekat sana.."

"hah..ya.."

"kau kenapa macam kekok je dengan aku..takkan kau dah lupa aku.."

"tak lah..tak pe lah..aku mandi dulu.."

"hrmm.."

terdengar pula telefon dia berbunyi..
ada orang call..
cepat je dia angkat..

"assalamualaikum.."

"waalaikumsalam.."

"Azra..maaf ae aku dengan Haris balik awal tadi..Anish tu hah,buat hal nak merengek.."

"tak pe lah..asalkan kau datang.. Anish macam mana??.. dah tak merengek dah??"

"dah bapa dia dodoi kan..memang lah susah nak merengek.."

"haha..ye lah.."

"dah lah..aku nak off..tak nak ganggu pengantin baru..."

"eleh kau..ye lah..jangan lupa,,malam ni boleh cuba.."

"cuba apa ni??"

"cuba dapatkan adik Anish.."

"amboi kau..kau pula amacam..tak nak bagi adik sepupu dekat Anish ke.."

"sabar lah..kau tunggu je daripada kak Ayra aku.."

"haha..kau ni pun..dah..abang kau dah panggil dah tu.."

"ye lah.."

apa benda lah si Azra ni..
cakap pasal anak pula.

selepas suaminya keluar dari bilik mandi..
suami itu disuruh Azra,untuk duduk dekat Azra..

"weh Adnel..kau tahu ke pasal kita kahwin ni??"

Adnel..
itu lah suami Azra..
memang tak sangka diorang pula yang kahwin..

"aku tahu aku kahwin dengan kau pun sebab aku nampak wali kau..tapi memang tak sangka kau isteri aku.."

"ceh..aku pun tak sangka juga.."

"huhu..nampaknya aku tak melepas.."

"hrmm..tapi kan..kenapa kau tak bagi tahu kau tunang pun.."

"aku tahu aku tunang ni pun,seminggu sebelum kahwin..mama aku yang aturkan bagi pihak aku.."

"oh macam tu..tak pe lah..aku penat lah weh..tidur je lah.."

"kau tidur dekat mana??"

"katil lah takkan kat lantai pula.."

"aku??"

"katil lah takkan kat lantai pula.."

"kita atas katil.."

"dah tu..walaupun aku masih anggap kau kawan..tapi hakikatnya kau suami aku..aku tak jahat nak biar suami aku tidur atas sofa atau lantai..dah lah..tidur je.."

"hrmm..ok.."

perasaan sebenar Azra..
dia agak takut bila nak tidur dengan Adnel..
tapi..dia cuba bertenang..
dia tahu Adnel faham perasaan dia..
nampaknya hari2 dia akan ditemani oleh suami dia..ataupun kawan dia..
seperti suamiku kawanku..
huhu..

~~~~~

"hrmm..apa lah nasib kita ni Kyle??"

"kenapa??"

"tengok kita ni..tinggal berdua je..yang tiga orang dah kahwin..kita ni bila lah nak kahwin.."

"amboi kau Kash..macam tak sabar pula nak kahwin..kau kerja dulu..aku ni baru je nak mula kerja..kahwin apa nya.."

"hrmm..ye lah..tapi kan..kau nampak tak betapa hambar hubungan Kai dengan kak Ayra tu.."

"hambar??..hambar macam mana??"

"kau tak nampak ke tadi..bila jamuan kahwin tu..muka Kai macam muram je..kak Ayra pula macam senyum paksa..tak bercakap cakap pula tu dengan Kai.."

"aku tak ambil tahu sangat..tapi kalau pasal kak Ayra senyum paksa tu aku perasan.."

"mesti konflik rumahtangga kan.."

"hrmm..ye lah kot.."

"dah lah..aku tidur dulu.."

"ye.."

~~~~~

Azra sedar dari tidur lena..
terkejut nampak Adnel disebelah..
nasib baik tak terkeluar jantung dia.
nasib baik dia juga ingat yang Adnel dah jadi suami dia..
kalau tak,dah kena tendang dah Adnel tu..
Azra mengambil pakaian dia yang perlu di pakai lepas mandi..lepas tu bersiap nak solat..
solatnya akan berimam..
Adnel masih belum bangun..
Azra mengejutkan Adnel..
dia tidak menyentuh kulit Adnel,,sebab dia dah ambil air wudhu'..

"Adnel..Adnel.."

masih tak berganjak..

"Adnel..bangun.. solat.."

"hrmm.."

"bangun..nak solat nanti.."

"hrmm..ye.."

masih ada 15 minit sebelum solat subuh..
sempat juga Adnel mandi..

"Azra..kau dah solat??"

"tunggu kau..lagipun belum masuk waktu lagi..dalam 5 minit lagi.."

"hah..ye lah.."

Azra sudah menyediakan sejadah..
dia duduk atas sejadah sementara tunggu waktu..

tak lama lepas tu..
mereka pun menunaikan solat Subuh secara berjemaah..
Azra mengucup tangan Adnel bila Adnel menyudahkan bacaan doa..
Adnel teragak agak nak mencium dahi Azra..
tapi dia berani kan juga..
itu kali kedua dia mencium dahi kekasih halal dia..
bahagianya..

"Azra..aku..nak minta maaf kalau aku pernah buat salah dekat kau..aku minta maaf kalau aku tak dapat jadi suami terbaik untuk kau..kalau aku buat salah,,tolong tegur aku.."

"kalau kau buat salah dekat aku,aku dah lama maafkan kau..aku pun tak pasti kalau aku boleh jadi isteri terbaik untuk kau..segala apa yang kau buat,aku akan sokong atau tegur..kau pun tegurlah aku kalau aku buat salah.."

"aku harap kita tetap bersama hingga ke syurga.."

"ya..kita usahakan.."

mereka berdiam diri sebentar..

"Adnel..aku keluar dulu..nak tengok2 dekat bawah.."

"ye.."

Azra menyimpan sejadah yang digunakan tadi..
dia ingin lihat apa sarapan pagi itu..

kelihatan orang gaji dah masak..
nasi goreng ayam..
hrmm..sedap tu..

"Azra.."

"papa.."

"mana Zifdan??"

"dekat atas..nanti dia turun lah tu.."

Zifdan..
itu nama panggilan Adnel oleh keluarga Adnel..dan juga ibu bapa Azra..

"mama mana??"

"dia kata dia penat, jadi dia sambung tidur.."

"tak lapar ke??"

"tak lah tu.."

"ye lah.."

"lepas ni Azra tinggal mana??"

"entah lah pa..belum bincang lagi.."

"ye lah..nanti kamu bincang kan..mana Zifdan ni.."

"err..biar Azra panggil kejap.."

Azra meluru naik tangga,lalu masuk ke bilik..

"Zifdan.."

"Zifdan??"

"hehe..kau buat apa dalam bilik ni..jom lah makan.."

"oh ye ..jom.."

terkejut juga Adnel bila Azra panggil dia 'Zifdan'..
tak pernah2,,selepas Azra cakap dia nak panggil ZIFDAN dengan nama panggilan Adnel..

sarapan pagi hanya ada papa,Azra dan Adnel..
rancak je perbualan diorang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience