Bab 5

Romance Series 8405

"Kau tak rasa dia tu kelakar ke?" soal Daneal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja kelas terakhir mereka tamat.

"Siapa?" soal Ezroy seraya memalingkan muka ke arah Daneal.

"Tipahlah..."

Ezroy tersenyum sinis.Tidak memberi sebarang komen.Matanya meliar memandang kenderaan yang berbaris di persimpangan lampu isyarat.

"Ada sesuatu dalam diri dia.Dia agak berbeza."

Spontan Ezroy tergelak mengalihkan tumpuan ke wajah Daneal. "Beza apa kejadahnya macam tu? mengelabah ja lebih."Dia jelik bercerita mengenai gadis itu.

"SHE's FUNNY....A BIT CLUMSY BUT LOOKS VERY COOL."

"Apa kau merepek ni?"Ezroy semakin tidak mengerti dengan ungkapan ungkapan rakanya itu.Seketika wajah Wisya terbayang di ruang mata.Mimik wajah gadis itu selepas jatuh tangga menjadi bayangan seketika.Tidak sedar tawanya meletus.

"Apa hal kau ni?" kening Daneal bertaut .Sekilas dia menjeling Ezroy yang sudah membuang pandang ke luar tingkap.Tawa lelaki itu sudah berhenti.Benak Daneal diserbu persoalan.Gila apa mamat ni?


PINTU rumah dikunci semula.Mata Ezroy meliar ke setiap inci rumah mencari kelibat seseorang.Seketika dia mendongak ke tingkat atas kalau kalau terlihat bayang yang dicari ada disitu.Namun keadaan di dalam rumah sepi.


"Nek wan....Roy dah balik ni," teriak Ezroy memanggil nenekny,lantas duduk disofa.Tiba tiba matanya menangkap sekujur tubuh berbulu putih yang enak tidur diatas sofa.

"Woi bangunlah! Aku balik je kau tidur.Bangun tidur makan.Habis makan,kau tidur balik.Tak guna betul kau ni! Bangun, bangun,bangun! "Tubuh bulat kucing parsi peliharaan Zaryn ,Adik bongsunya itu digoncang kuat.

Jamaliah duduk di sisi Thomas.Tubuh montok kucing itu dibelai belai. "Solat asar tadi.Kenapalah suka sangat menganiaya Thomas ni?"

Pandangan Ezroy terkalih ke arah Thomas.Nama kau nak best aje.Thomas konon.Kordi sudah!"

"Dah, pergi naik atas solat.sekejap lagi nak ambik Erin balik tuisyen pulak.Dengan kucing pun jadi kalau nak bergaduh,"suruh Jamaliah seraya menepuk paha Ezroy.

Ezroy pura pura memejam mata.Dia paling lemah tatkala disuruh mengambil Zaryn dari kelas tuisyennya.

"Pergi cepat!"gesa Jamaliah kala melihat Ezroy yang masih tidak berganjak .Hidung Ezroy ditarik kuat.

"Adui Nekwan !Sakitlah ...." Ezroy meyeringai kesakitan.

Jamaliah terkekeh kekeh ketawa.

DARI dalam kereta Ezroy memerhati gelagat Zaryn bersama rakan rakannya.Terlambai lambai macam esok dah tak jumpa.Dia hanya menanti dengan sabar.

"Dah lama sampai?" Soal Zaryn ceria sambil meletakkan begnya di kerusi belakang. Wajah Ezroy dipandang.

"Seminggu dah..."balas Ezroy acuh tidak acuh sambil menghidupkan enjin kereta.

Zaryn mencebik.Sudah dijangka jawapan 'logik' abangnya itu.Ketika kereta bergerak Zaryn sempat melambai kan tangan ke arah rakan rakanya..

"Oh kalau balik memang kena lambai tangan macam tu ke"?Soal Ezroy dgn nada mengejek.
" Wajib !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience