*Cinta dalam diam bukan kisah benar. Ia hanyalah rekaan semata-mata.
AKU Erina, pelajar tingkatan 5 yang biasa-biasa je. Aku sekarang tengah study subjek Bahasa Melayu, pelajaran yang aku minat sejak darjah 1. Bagi aku lah kan, Bahasa Melayu senang je. Hahahah. Aku ulat buku, rajin baca buku, minat tulis novel cinta. Cumanya.... ramai tak faham dengan sikap aku. Aku seorang yang pendiam di dalan kelas. Tak ramai yang suka dengan aku. Mereka kata, aku anti-sosial. Ke mana aku pergi, mereka berbual sekejap, lepas tu meminta diri katanya ada urusan. Ya ya je. Diorang sebenarnya nak mengelak jumpa aku.
" Huh... dah siap dah kerja BM aku". Rata-rata pelajar 5USM lain ada yang berbual kosong terutamanya Seri Nur Aisyah ( paling bising dalam kelas) , Intan Norsyafiqah ( geng kedua paling bising , tapi orangnya cantik ) dan Amira Hishamudin. Pelajar lelaki pula.... berbual berkaitan bola sepak. Aku rasa...., aku tidak dialu-alukan untuk berada dalam kelas ni. Keputusan PT3 ( 2016) aku agak cemerlang meskipun Matematik gagal ermm... ehem... . Tapi, guru-guru tingkatan 5 mahukan aku belajar di kelas ini. Reda je lah ya?.
" Erina, tolong saya boleh? " Amira membawa buku latihan karangan. Nak aku bagi jawapan lah tu. Aku dah agak. Bila perkhidmatan diperlukan, aku dicari, bermulut manis siap puji puji aku. Aku tak perlukan semua tu okey?. Aku boleh je tolong korang. Tapi, tolonglah hormat aku sebagai pelajar 5 USM, jangan anggap aku halimunan.
Halimunan
Cinta mu sekelip mata
Kau pergi begitu saja
Biar apa pun cerita
Ku tak percaya
Halimunan
Mana kau terbang melayang
Walau kau jauh menghilang
Tetap cinta mu merasuk ke dalam jiwa
Suara aku sumbang. Hahahahah!. Aku berhenti nyanyi sebelum hujan ribut petir puting beliung melanda Kluang. Aku mengambil buku di tangan Amira lambat-lambat. Tanya Cikgu Nazira je lah Mira.... aku bukannya pandai sangat. Sikit-sikit tu boleh.
" Awak kena cari tema dulu"
Amira sekadar mengangguk.
Soalan karangan SPM 2017
Tajuk : Penderaan kanak-kanak
Soalan : Penderaan kanak-kanak di Malaysia semakin berleluasa. Apakah peranan anda dalam menyelesaikan masalah ini?.
1.Ceramah keibu bapaaan
2. Mewujudkan tempat perlindungan khas untuk kanak-kanak didera.
3. Mengambil kanak-kanak tersebut jadi anak angkat.
4. Melaporkan kes penderaan kepada Jabatan Kebajikan Malaysia ( JKM)
5. Mewujudkan undang-undang tegas kepada ibu bapa yang mendera kanak-kanak secara fizikal.
6. Sesi kaunseling pada pasangan ibu bapa dan kanak-kanak yang didera.
" Saya cuma boleh bagi isi-isi penting je" Amira hanya diam. Aku tahu dalam hatinya tengah sumpah-seranah pada aku, sebab tak tolong siapkan semuanya.
***********
Waktu rehat
TUGASAN biasa pada waktu rehat : menjaga perpustakaan. Aku mengemas buku-buku cerita dengan teliti mengikut kategori. Sekumpulan pelajar tingkatan 6 memasuki perpustakaan dalam keadaan bising. Erina memberi amaran agar senyap. Mereka tidak mempedulikan Erina, lantas, mengacaunya.
" Wei, budak pendek ni bagi warning lah!. Takutnya!!!! " Zarul mengambil buku di tangan Erina. Erina menjongket-jongket merampas semula buku tersebut. Ya Allah tingginya budak gemuk ni!. Kawan-kawannya mentertawakan aku atas sebab : aku pendek, aku macam nerd dan bagi mereka, aku penyibuk. Salah aku. Aku sound diorang tadi apahal?.
" Bagi balik!!!!" Jerit Erina. Alahai... rasa nak nangis je bila dibuli. Cikgu Vettry tak ada pula masa-masa macam ni!.
ZAPP!
Buku sahabat dan pari-pari ajaib di rampas kembali oleh Iskandar, pengawas tingkatan 6 yang cool. Aku bermimpikah?. Amira dan geng-gengynya selalu cerita tentang Iskandar. Mereka sering berangan-angan Iskandar menjadi teman lelaki mereka.
" Kalau kau buli dia lagi, aku tak jamin nama korang ada dalam senarai Cikgu Hamzi"
Zarul mendengus kasar. Jelas sekali dia berdendam dengan aku dan Iskandar.
" Terima kasih...... Iskandar..... " Iskandar tak pernah datang perpustakaan masa rehat atas kesibukannya. Tapi...... hari ni dia datang pula......
Iskandar duduk di sudut paling jauh dari pintu masuk ( bahagian Bibiliografi). Aku buat kerja seperti biasa. Handsome juga si Iskandar. Tak hairanlah Amira, Seri dan Intan histeria!.
***********
ULLYA, Rosita menolak aku ke dinding. Badan aku berdebu akibat perbuatan mereka. Apa masalah mereka sampai tolak-tolak aku?. Aku tahu aku tak disukai semua pelajar 5 USM, jangan sampai aku naik angin apa yang korang buat ni!. Korang belum tengok aku mengamuk!.
" Jauhkan diri kau dari Iskandar!!. Jangan berangan kau dating dengan dia!!!. Dia milik kitorang!!!" Ullya menyua penumbuk. Rosita ketawa sinis apabila aku diugut Ullya. Aku dengan Iskandar?. Tolonglah. Apa korang nampak pada Iskandar?.
" Kau tak layak tau!!. Kau cermin diri kau dulu, ada hati nak Iskandar!. Eww! " Rosita menambah, menyilangkan tangan ke dada. Sakit sungguh hati aku!. Erina hanya bersabar meskipun hatinya ditusuk beribu pisau. Hina sangatkah aku hingga mereka terlalu benci pada aku?. Aku hanya seorang yang pendiam dan ulat buku saja.
Bukan makhluk asing.....
" Ini amaran kitorang!. Kalau kitorang nampak kau dengan Iskandar lagi lepas ni, aku kerjakan kau!!! " Ullya menumbuk dinding. Siapa korang nak halang aku?. Aku memekakkan telinga, kemudian beredar ke kelas.
***********
Waktu balik
Erina menerima nota dari Iskandar, selepas waktu rehat tadi.
Saya nak jumpa awak. Ada benda penting nak bagitau awak. Awak tunggu saya di kantin.
- Iskandar Zulhaimi-
Cepat sikit muncul boleh tak Is ???. Aku bukan tunggul nak tunggu lama-lama dekat sini!. Mak ayah aku risau nanti kenapa anak dara diorang tak balik!. Erina menggaru kepala, melabuhkan punggung di bangku kantin. Kantin agak sunyi. Ya lah. Dah waktu balik sekolah. Sekolah ni bukanny ada sesi petang!.
" Hahahah!. Kan aku dah cakap, Ully!. Erina memang lembap!. Percaya sangat Iskandar nak jumpa dia! " Lain ditunggu, lain pula muncul!. Rosita datang bersama Seri Aisyah, Ullya, Intan, Amira, Farah Izuani, Umi Nasrin, Shafiqah Sobri, Nabila, dan Shree Sangkaree. Wah wah... 'meriahnya' game korang!!!. Mentang-mentang aku sorang, kau bawak geng!.
" Hoi!. Aku tak suka kau rapat dengan Iskandar!. Dia kami punya okey?!! " Farah menolak Erina ke belakang. Aku datang elok-elok, korang semua layan aku macam ni???. Boleh tahan!!. Maka, mereka membuli Erina : mencampak alat tulis, buku latihan, buku teks dari beg, mematahkan pen-pen RM 1.50 sen!. Hei mahal tau aku beli!!!.
" Korang dah lah!!!. Aku bukan keluarga kaya macam korang!! " Aku menolak Farah dan geng-gengnya menjauhi beg aku. Cuba bayangkan 10 orang lawan 1 ?. Atau senang macam ni, Badak sumbu lawan kucing. Mana menang?. Aku kucing ya. Badak sumbu diorang!.
" HENTIKAN PERBUATAN KORANG SEKARANG!!! "
Aku menoleh belakang. Iskandar dan 2 pengawas sekolah tampil menegakkan keadilan ini.
" Apa kamu semua tak puas hati sangat dengan Erina hah?!. Tell me!! "
Iskandar dalam gaya tangan di kocek seluar, sebelah tangan bercekak pinggang.
" Er.... Erina ... curi buku Farah.... dia tak nak mengaku.... " Ummi menipu Iskandar agar dia terpedaya. Erina membatu menyaksikan 'drama akasia ' mereka. Kening Iskandar terangkat sebelah.
" Oh ya?. Kenapa kau tak nak bagitau Cikgu Hamzi atau Cikgu Mazlin?. Mereka guru pengawas! " Tempiknya. Ummi menyangka penipuannya berjaya. Tetapi... sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Iskandar mendapat tahu mereka menipu dan mahu Erina dipersalahkan.
" Aku tahu kamu semua buli Erina. Oleh kerana Ummi Nasrin Nisa mendapati menipu pengawas, aku terpaksa hantar nama yang terlibat ni, masuk kelas tahanan sehingga korang tamat sekolah... " Iskandar pantas menulis nama-nama geng Ullya itu dalam buku rekod disiplin pengawas. Muka-muka diorang dah hijau!. Hahahah!.
Membuli merupakan satu jenayah paling berat di sekolah. Hukuman setimpal terhadap pembuli ialah kelas tahanan bersama Cikgu Hamzi selama 6 tahun ( jika pelajar itu tingkatan 1 ).
" Kelas korang mula esok! "
Mereka lari lintang pukang menuju pagar sekolah. Haha. Lari lah. Korang dah tak boleh lari dah. Korang dah masuk senarai dalam kelas Cikgu Hamzi!.
" Are you okay, Erina? "
" Saya... okey... " Iskandar mendekati dirinya pada aku. Ketinggian 176 cm, berbanding aku berukuran 150 cm, macam adik dan abang je kan?. Huhuh.
" Macam mana.... awak tahu saya dekat kantin?. Saya ingat tingkatan 6 sekarang ada kelas tambahan... "
Iskandar merona. Tersipu malu. Muhamad Ikhlas menjawab soalan Erina.
" Iskandar selama ni... tengok cik adik manis ni dari jauh je!" Ikhlas tersengih menampakkan giginya yang putih, sambil memeluk leher Iskandar. Iskandar menampar tangan Ikhlas yang gatal 'mendaki' lehernya.
" Oh..... " Erina pusing belakang, dia tersenyum.
" Saya suka awak.... " Kata Iskandar dalam suara perlahan, tapi tak lah perlahan sangat. Ikhlas dan Nazri tersengih. Good job, Bro!. .
Share this novel