BAB 1

Drama Completed 402

Telefon bimbit di sebelah kanan kepala Zam berbunyi nyaring. Zam yang sedang enak tidur diulit mimpi terpisat-pisat bangun sambil matanya liar mencari sumber bunyi yang mengganggu dengkurannya sebenar tadi. Dengan mata yang masih berat, dia melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Pukul 8.00 pagi. Setengah jam lagi kelas pertama untuk hari itu akan bermula. Kelas Bahasa Kebangsaan yang sememangnya membosankan bagi diri Zam membuatkan dia berasa malas untuk bangun dari katilnya. Bantal yang seakan-akan melambainya untuk baring kembali mengakibatkan dia sekali lagi melabuhkan kepalanya untuk menyambung kembali tidur yang terganggu sebentar tadi. “Ponteng sehari apa salahnya? Lagipun, aku tak pernah ponteng lagi semester ni,” fikirnya. Tetapi, dia tiba-tiba teringat sesuatu. Lantas, dia segera bangkit & melupakan niatnya untuk tidur. Segera dia mencapai tuala mandi yang tersangkut dari petang semalam di birai katilnya. Dengan pantas dia berlari ke arah bilik air. Hari ini mata pelajaran Bahasa Kebangsaan mungkin akan menjadi menarik. Baru dia teringat yang hari ini adalah giliran Manisa untuk membuat pembentangan. Manisa yang memang selalu menjadi mangsa usikannya itu. Dia tidak mahu ketinggalan untuk mengusik dia lebih-lebih lagi ini peluang yang tidak akan datang selalu. Kalau boleh, dia mahu mengusik Manisa sampailah dia menangis tetapi cita-citanya itu tidak pernah kesampaian. “Mandi ala kadar je la. Nanti tak sempat aku nak tengok si Chom tu lalu kat kafe bawah tu.” Sambil dia menggosok gigi, berlegar-legar pelbagai jenis lawak jenaka & kata-kata sindiran yang ingin disampaikannya. “Hehehe.. Hari ni memang hari malang kau la, Chom..”

Jam 8.15, Zam sudah berdiri tertenggek di hadapan asrama lelaki yang menghadap ke arah Kafe Mutiara. Matanya liar memerhati sekiranya dia terlihat kelibat Manisa berjalan menuju ke arah blok utama. Tetapi, dia tidak nampak langsung kelibat si gadis yang ditunggu-tunggunya sedari tadi lagi. Tidak lama kemudian, kelibat yang dinantikannya itu muncul juga. Tersenyum-senyum Zam sendirian tanpa disedarinya. Tetapi, baru sahaja dia mahu melaung memanggil Manisa , niatnya terbantut. Kelihatan Manisa sedang berbual mesra dengan seorang lelaki sebayanya yang tidak pernah dikenalinya. Manisa langsung tidak sedar yang Zam sedang memerhatikannya. Zam menggaru-garu kepalanya sendirian. “Aik, siapa tu? Tak pernah pun aku nampak sebelum ni. Budak baru ke?” Zam membatalkan niatnya untuk menegur Manisa & segera berjalan menuju ke kelas. Hatinya berasa cemburu melihat Manisa melayan budak lelaki tersebut dengan mesra.

Semasa di kelas, Zam langsung tidak mengambil perhatian pada apa yang disampaikan oleh Manisa . Kepalanya terlalu sibuk memikirkan kejadian yang dilihatnya sebentar tadi. Perasaannya bercampur baur antara sedih & marah. Dia langsung tidak sedar yang Manisa memerhatikannya. Selepas sahaja kelas selesai, Zam segera berjalan keluar dari kelas. Tetapi, belum sempat dia keluar, ada suara menegurnya. “Zam , tunggu kejap.” Dia menoleh & melihat Manisa memanggilnya. “Kenapa dengan kau ni, Zam? Kau tak sihat ke? Tadi takde pulak kau kacau aku time aku tengah present. Selalunya, tu la aktiviti favorite kau.” tanya Manisa . “Takde pape la, Chom. Aku busy ni. Lain kali la kita cerita. Gerak dulu la.” Zam berbohong kepada Manisa . Kenyataannya, otaknya masih sibuk berfikir kejadian pagi tadi. Dia masih tidak boleh melupakan apa yang dilihatnya.

Kebetulan hari itu kelas seterusnya pada pukul 2.00. Oleh itu, Zam balik ke biliknya dahulu. Sampai ke biliknya, dia melihat teman sebiliknya, Andi sedang asyik melayan lagu Yang Sebenarnya nyanyian Yuna. “Wei, Di. Tutup lagu tu. Sakit telinga aku dengar lagu jiwang-jiwang ni,” kata Zam. Andi kehairanan mendengar kata-kata Zam itu. “Aik, setahu aku, lagu ni lagu favorite kau, Zam. Kau jugak la yang bawak lagu ni masuk bilik ni. Kalau bukan kau yang suruh aku dengar dulu, takdenye aku nak start minat lagu si Yuna ni,” kata Andi. Zam langsung tidak melayan apa yang Andi katakan. Benar kata Andi itu. Zamlah yang sebenarnya meminati lagu itu. Zam yang tidak pernah dilihatnya melayan lagu berentak romantis itu tiba-tiba pada suatu hari membawa lagu tersebut masuk ke bilik 602 tersebut. Rakan sebiliknya Andi & Aris berasa pelik pada mulanya. Kata Zam, dia hendak tukar selera sekali-sekala. Zam jugalah yang beria-ia mengajak mereka meminati lagu tersebut bersama-sama. Jadi, akibat perbuatan Zam itu menyebabkan seluruh warga bilik 602 tersebut menjadi peminat Yuna atau lebih tepat lagi, lagu Yang Sebenarnya. Tetapi rahsia sebenar kenapa Zam meminati lagu tersebut hanya dia yang tahu. Sebenarnya lagu itu adalah lagu kegemaran Manisa . Pada mulanya Zam mengusik Manisa mengatakan yang lagu tersebut tidak sedap & menyakitkan telinga. Tetapi dalam diam-diam, dia pun mula meminati lagu tersebut setelah Manisa menyuruhnya mendengar sendiri lagu itu. Hari ini pula dia terus hilang minat pada lagu tersebut kerana lagu itu menyebabkan dia teringat pada Manisa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience