ABD 38: TIDAK PERCAYA

Romance Completed 1572856

Perlahan Adrian menapak menghampiri Miya yang masih tidak menyedari kehadirannya. Membongkok sedikit, dia menyentuh bahu Miya, membuat Miya terkejut.

“Kita balik, okay?” ujarnya dengan nada separuh berbisik, hampir tidak kedengaran. Jujurnya dia juga sedih melihat keadaan Miya seperti itu. Tangisan Miya itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa sakitnya luka yang dialami. Luka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apa Miya selalu begini. Diam-diam menangis tanpa menceritakannya kepada sesiapa?

“Saya hantar awak balik okay?” Adrian mengulangi kata-katanya apabila tidak mendapat sebarang reaksi daripada Miya.

Menopang dagu pada kedua-dua lutut, tatapan Miya jauh ke hadapan. Tangisannya sudah reda selepas Adrian menyapa, namun bahunya masih terhinggut kerana sisa esakan.

Melihat Miya hanya membatu, Adrian menarik lembut tangan Miya supaya berdiri. Namun Miya mengeraskan tubuhnya.

“Awak masuklah dulu,” ujar Miya tanpa memandang Adrian.

“Saya takkan tinggalkan awak sorang kat sini.”

“Saya akan masuk semula. Awak pergilah dulu.”

Adrian keberatan. “Miya…”

“Saya takkan tinggalkan majlis dengan biadap. Saya akan masuk semula lepas ni.” Miya bertegas dengan sedikit menaikkan suaranya.

“Saya akan masuk, tapi jangan balik tanpa saya. Saya yang bawak awak datang sini, jadi saya yang akan hantar awak balik,” tegas Adrian sebelum berlalu apabila tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Miya. Namun diam-diam dia menghubungi Akram supaya memerhatikan Miya. Bimbang jika Miya bertindak pulang sendirian.

Setelah Adrian berlalu, Miya perlahan berdiri lalu melangkah ke tandas. Membersihkan wajah, menyapu sedikit bedak dan lipstick, membetulkan rambut sebelum kembali ke dewan.

Berusaha meneutralkan wajahnya, menepuk-nepuk sedikit pipinya, dia melangkah ke mejanya tadi sambil mengukir senyum.

“Miya, lamanya, Pergi mana?” tanya PS Bethanie lalu menggenggam lembut tangan Miya.

Sungguh, nada lembut, sentuhan dan perhatian ibu mentuanya itu benar-benar membuat mata Miya memanas. Tidak pernah. Tidak pernah sekalipun sepanjang hayatnya dia mendapat perhatian serupa itu daripada seorang ibu.

“Tadi…Jumpa dengan assistant manager, Miya ada discuss something dengan dia. Tak sangka lama pulak,” dalih Miya.

“Oh…Mama ingat Miya sakit perut ke apa sampai lama sangat.” PS Bethanie mendesah lega.

“Sorry buat mama risau.”

“It’s okay.”

Tanpa Miya sedar, Adrian memerhati setiap gerak-gerinya. Riak wajahnya yang nampak bersahaja, senyumnya yang nampak berseri, tidak langsung menampakkan dia baru habis menangis. Tidak langsung menunjukkan dia baru melayani kesedihan. Malah, dia boleh berbual seperti biasa dengan beberapa orang yang berada di meja itu.

Tingkah Miya itu membuat Adrian terfikir. Selama ini, setiap kata-kata dan perlakuannya yang menyakitkan, adakah Miya hanya berpura-pura tidak terkesan? Adakah sebenarnya Miya sangat terluka namun berusaha menutupinya dengan senyum palsu seperti itu?

Kenapa?

‘Kenapa kau tanya? Tentu sekali kerana dia fikir kau takkan peduli, Adrian.’

Adrian menggeleng, cuba menyingkirkan segala bayangan kata-kata dan perlakuan buruknya kepada Miya sepanjang pernikahan mereka.

Bagaimana dia mahu menebus semua kesalahan itu? Bagaimana dia mahu memohon maaf di saat hati Miya bagai sudah tertutup untuknya? Apa masih ada peluang untuknya atau ia sudah tertutup seperti mana Miya menutup peluang untuk Ikmal dan Adam? Dia tahu Miya mampu melakukannya dan itu yang membuat dia takut.

DALAM perjalanan pulang, hanya kebisuan yang menemani. Baik Miya mahupun Adrian, tiada sesiapa yang mengeluarkan suara. Hanya di meja makan tadi Miya tersenyum dan bercakap dengannya dan itu berhasil mengaburi mata semua orang terutama mama dan papanya. Tentu mereka beranggapan hubungan dia dan Miya baik-baik sahaja sedangkan realitinya tidak begitu. Hubungan dia dan Miya sudah terbelah tanpa retak. Ibarat seperti kristal terlepas dari tangan, terhempas ke batu, lalu pecah dan berderai. Tidak ada peluang untuk mencantumnya kembali. Jika boleh sekalipun, tentu bentuknya tidak lagi sama.

Adrian menekan suis menaikkan penghadang yang memisahkan tempat duduk belakang dengan pemandu.

Miya yang menyedari itu, melirik sekilas. Dia mengagak Adrian tentu mahu mengatakan sesuatu dan tidak mahu Akram mendengarnya.

“Miya…”

Miya tidak menoleh. Terus membuang pandang ke luar.

“Saya nak awak jawab satu pertanyaan saya.”

Masih tiada respon. Menulikan telinga dan mengunci bibir, Miya membatukan dirinya.

Tidak peduli dengan reaksi Miya itu, Adrian terus bersuara. “Saya betul-betul nak tahu…Betul ke awak ambil abortion pill? Kalau betul, kenapa?”

Miya berdesis dengan senyum sinis. Pertanyaan Adrian itu benar-benar lucu di telinganya.

“Apa yang awak nak buktikan, Mr Adrian?” soal Miya tanpa memandang Adrian.

“What?” Adrian tidak mengerti.

“Apa yang awak nak buktikan dengan pertanyaan awak tu? Nak saya fikir yang awak tak bersalah, hmmm?” Kali ini Miya toleh, pandang wajah Adrian sejenak sebelum kembali melempar pandangan ke luar.

“Ya, saya memang tak bersalah dan saya tak tahu menahu tentang pil tu. Sebab tu saya tanya.”

“Saya cepat belajar, Adrian. Sekali orang perdayakan saya, sampai mati saya takkan percaya. I don’t trust you anymore.”

“Miya, please…Tolong bagi jawapan so that kita boleh selesaikan salah faham ni.”

“Tak ada yang salah dengan apa yang saya faham. Awak tak nak anak dalam kandungan saya dan awak bunuh dia supaya awak tak terikat dengan saya dan tak perlu bertanggungjawab. Dah jelas!”

“Saya tak bunuh dia, Miya! Betul, dulu saya tak nak awak mengandung, saya tak nak ada anak antara sebab tak nak terikat dengan awak tapi sekarang…” Adrian jeda. Memandang Miya yang enggan menatapnya. “…sekarang dah lain. Saya nak awak kekal…”

“Stop!” Miya toleh. Adrian dipandang dengan mata berkaca. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi yang akan membuat dia semakin salah faham dengan perhatian Adrian. Dia tidak tahu apa lagi muslihat Adrian kali ini, namun dia sudah tidak boleh pecayakan lelaki itu.

Bicara Adrian terhenti. Tegang wajahnya menentang tatapan Miya.

“Berhenti buat perkara yang sia-sia. I told you that I don’t trust you anymore. Saya dah tak boleh percayakan awak.”

“Miya…Boleh tak sekali ni…”

“Tak boleh.” Tidak akan ada peluang kedua dalam kamus hidup Miya kerana dia tidak akan membiarkan orang yang sama melukainya berkali-kali.

“Why?”

“Because it’s already late.”

MEMERHATIKAN langkah Miya menuju ke lif, Adrian menghubungi Balqis. Memberi alasan dia perlu menyelesaikan satu kerja di pejabat dan Lora pula bermalam di rumah Datin Fauziah, dia meminta gadis itu menemani Miya malam ini. Setelah Balqis menyatakan persetujuannya, dia memutuskan panggilan. Kebetulan Balqis dalam perjalanan pulang dari majlis makan malam tadi.

“Hantar saya pergi rumah Eryna,” ujar Adrian.

“Tuan?” Akram berkerut. Tidak percaya dengan permintaan Adrian. Dipandang majikannya itu melalui cermin pandang belakang. Untuk apa Adrian mahu ke rumah Eryna pada waktu begini?

“Hantar saya pergi rumah Eryna.” Adrian mengulangi kata-katanya walaupun dia percaya Akram bukan tidak mendengar.

Mahu tidak mahu, Akram menurut. Menurunkan berek tangan, menukar gear, dia memandu keluar dari tempat letak kereta itu.

DENGAN membawa sebotol wine merah, Adrian berdiri di depan pintu rumah Eryna. Menekan loceng sekali, dia menunggu jawapan Eryna dari dalam rumah. Ada sebuah kamera di depan pintu yang membolehkan orang di dalam melihat siapa yang bertandang.

Lebih seminit menunggu sebelum Eryna membuka pintu dengan senyum manis. Wajahnya kelihatan segar menunjukkan dia masih belum tidur. Entah apa yang dilakukannya sehingga mengambil masa yang agak lama untuk membuka pintu.

“Adrian…What brings you here?” tanyanya dengan wajah berkerut hairan.

“This,,,” Adrian mengangkat sedikit tangannya, menunjukkan botol wine yang dibawa.

“Wow.” Terangkat kening Eryna melihatnya. Tidak sangka Adrian akan datang ke rumahnya pada waktu begini dengan membawa wine mahal.

“Boleh I masuk?” tanya Adrian.

“Yeah, sure.” Eryna menepi, memberi ruang kepada Adrian untuk masuk ke rumahnya.

Adrian menapak masuk sambil mata melilau sekeliling. Ini kali pertama Adrian bertandang ke rumah Eryna sejak wanita itu menjadi pembantu peribadinya.

Suasana ruang tamu agak suram kerana hanya diterangi oleh cahaya temaram dari lampu dinding.

“Sorry, tadi I tengok TV so tak pasang lampu,” ujar Eryna lalu memetik suis lampu ruang tamu membuat suasana menjadi terang benderang.

“Oh…”

“Duduklah. I pergi ambikkan gelas.” Eryna berlalu ke dapur, Adrian melabuhkan duduk di sofa ruang tamu sambil matanya melilau ke sekeliling ruang sebelum matanya menancap pada kedudukan meja kopi yang tidak simetri dengan dengan TV.

“Meja kopi sepatutnya simetri dengan TV. Meja tengah-tengah and bahagian kiri dan kanan TV tu kena sama besar.” Teringat dia kata-kata Miya kepada pembantu rumah yang datang mengemas kondo mereka pada hujung minggu.

Adrian bangkit, membetulkan kedudukan meja kopi itu dan memastikan kedudukannya simetri dengan TV. Berlutut, dia memerhatikan bahagian kanan dan kiri TV itu benar-benar sama besar.

Tanpa sedar, perlakuannya itu diperhatikan Eryna yang kembali ke ruang tamu dengan membawa gelas wine jenis Bardeaux di tangannya.

“I tak rasa you datang rumah I waktu-waktu macam ni untuk tolong betulkan kedudukan meja kopi tu.”

Teguran Eryna itu membuat Adrian menoleh. Ya, setelah berpuas hati dengan kedudukan meja itu.

Melihat Eryna sudah kembali dengan dua gelas, dia kembali ke tempat duduknya.

“You dah lama tak minum wine sejak kahwin dengan Miya,” ujar Eryna. Mencapai botol wine di atas meja, dia membuka penutupnya dengan menggunakan wing corkscrew.

“Let me do it.” Adrian menghulurkan tangan, meminta Eryna menyerahkan pisau dan botol wine itu kepadanya.

Eryna tidak membantah.

Menyambut botol dan pisau yang dihulurkan Eryna, Adrian cuba membuka penutup botol itu, namun ketika dia mencuba menarik gabus penutup botol wine, pembuka botol itu tiba-tiba patah.

“Oh, I’m sorry,” ujarnya.

“Kasar sangatlah you ni,” rungut Eryna.

“Dah lama tak buka botol wine.” Adrian tertawa. “You bukan ada sommelier knife ke? Yang I beli dekat Singapore dulu.”

“Oh…” Eryna kelihatan berfikir-fikir. “…dah lama tak guna.”

“I lagi suka guna yang tu. Yang ni senang patah.” Pembuka botol jenis wing corkscrew agak senang patah jika dibandingkan sommelier knife. Mungkin disebabkan penggunaan bahan yang kurang tahan lasak dan harganya lebih murah.

“Sekejap I pergi ambik.” Eryna berlalu, sebelum beberapa minit kemudian kembali dengan pisau pembuka botol itu.

“Here.” Pisau itu dihulurkan kepada Adrian yang lantas disambut oleh lelaki itu.

Sejenak, Adrian memerhatikan pisau itu sebelum dia mengangkat muka, tersenyum memandang Eryna. “Still looks like new. I love it when people appreciate my gifts.”

“Of course la I appreciate. Custom made untuk I.” Eryna tersenyum mengingat pemberian Adrian itu. Ketika itu Adrian ada urusan di Singapura dan apabila pulang, menghadiahkan pisau itu untuknya memandangkan dia adalah penggemar wine. Pisau itu ditempah khas dengan lukisan graffiti pada pemegangnya dengan varian glow-in-the-dark.

Adrian hanya tersenyum sebelum membuka penutup wine dengan menggunakan pisau itu. Mengembalikan pisau itu kepada Eryna, dia mencapai dua gelas lalu menuangkan wine merah itu sehingga satu pertiga penuh. Satu gelas dihulurkan kepada Eryna.

“This is DRC 2012,” ujar Adrian, merujuk kepada wine yang dibawanya. Dipandang Eryna yang sudah menyesap sedikit minuman itu.

“No wonder. A stunning blend of floral notes, firm tannins and renowned minerality, tak hairan kalau harganya cecah 18 ribu dollar.”

“Yeah.” Adrian memutar-mutarkan gelasnya sambil memerhatikan pusaran air akibat pergerakan itu. “Sejak I kahwin dengan Miya, memang I dah tak minum. Sebab dia tak suka bau yang…You know. Bau yang asing.”

Eryna tersenyum. “So sekarang you nak minum balik?”

“Well, yeah. You’re my partner in wine.”

Tersenyum, Eryna mengangkat gelasnya sebelum Adrian yang mengerti, melagakan gelas mereka.

Menatap Eryna, Adrian mendekatkan gelas itu ke bibirnya, sebelum bunyi notifikasi mesej membantutkannya.

Menggagau telefon di dalam saku seluar, Adrian melihat mesej yang dihantar oleh Akram.

“Siapa?” tanya Eryna penasaran.

“Akram. Nak minta cuti esok sebab nak bawak mak dia ke hospital.”

“Lewatnya.”

“Dia baru sampai rumah kut sebab tadi dia yang hantar I ke sini.”

“Nanti macam mana you nak balik?”

Adrian tidak segera menjawab. Mencapai gelas winennya yang masih berlum berusik, dia memandang Eryna dengan tatapan yang membuat dada Eryna berdegup kencang.

“I think..I want to spend the night here.”

Seiring dengan kata-kata yang keluar dari mulut Adrian, mata Eryna membuntang sempurna.

“W…What?” Terbata-bata suaranya saking tidak percaya.

“Kematian Dahlia, perceraian dengan Miya, buat I sedar yang…you satu-satunya perempuan yang tak pernah tinggalkan I. Through good times and bad, you’re always be there for me. Thank you Eryna.”

Terkejut dengan pengakuan Adrian itu, namun tidak diurung turut membuat dia bahagia.

“Don’t mention that, Adrian. Kita kan dah kenal lama. Dan I PA you. It's my responsibility to always be with you.”

“Apa yang you dah buat pada I, I akan balas.”

“Tak payahlah Adrian. I ikhlas kerja untuk you.”

“I pun ikhlas Eryna. Cuma buat masa ni, I masih tak boleh lupakan Miya. I nak seseorang yang boleh buat I lupakan dia and the person is you. You je yang faham I, Eryna.”

Eryna tersenyum nipis. Kata-kata Adrian membuat dia terasa seperti dia hanyalah persinggahan di saat lelaki itu kecewa.

“I nak rujuk dengan Miya, tapi I tak nak paksa dia. Dia masih marah dengan I. I pun tak tahu kenapa dia tuduh I yang beri pil tu, sedangkan I tak tahu menahu. Tak terniat sikit pun dalam hati I nak bunuh baby tu. Betul I jahat, tapi I takkan bertindak sekejam tu pada darah daging I.”

Eryna diam. Hanya mendengar luahan Adrian tanpa menyela.

“Dan masa tu kalau dia assume I tak nak anak tu, kenapa dia makan pil tu kalau dia tahu pil tu daripada I? Dia boleh buang je kan, macam…macam…dia buang bunga-bunga yang Ikmal hantar.” Adrian mengeluh.

“Mungkin…dia tak sangka you akan buat macam tu.”

“Masalahnya I tak hantar ubat tu Eryna!” Suara Adrian naik seoktaf.

“Habis tu siapa yang hantar? Takkan Miya beli sendiri?” balas Eryna membuat Adrian tercenung sejenak.

“Ya…Siapa yang hantar ubat tu?” Adrian menggumam sambil terus memutar perlahan gelas berisi wine yang belum dia sisip setitik pun. Sejak tadi dia hanya bermain-main dengan gelas itu.

“Siasatlah. Cuba tanya Miya cerita sebenar. Dia tuduh you tentu ada sebab.”

“Setahu I, Miya tak ada musuh. Dan kalau ada pun, musuh dia tak tahu dia mengandung sampai sanggup hantar pil tu pada dia. Sama jugak kalau musuh I…Tak ada sesiapa yang tahu I dah kahwin, apatah lagi sampai tahu dia mengandung.”

“Betul.” Eryna mengangguk-angguk. “Kita je yang tahu. I pun tak tahu dia mengandung sampailah hari tu I pergi office DayMond and dengar orang bercakap-cakap, kata Miya keguguran. Mulanya I tak percaya sebab…Yeah…Dia dah setuju untuk tak mengandung dalam tempoh pernikahan ni kan. Bila I pergi melawat dia kat hospital, rupa-rupanya betul dia keguguran.”

“Entahlah Eryna. Mungkin I dan Miya ada musuh dalam selimut.”

“You syak siapa?”

“I rasa Balqis.” Adrian melirik Eryna. “You rasa?”

“I pun syak dia jugak. Sebab dia kan best friend Miya. Mungkin Miya ada cerita yang dia mengandung pada Balqis.”

“Boleh jadi. Yang I tak faham, kenapa Balqis sanggup buat macam tu.”

“Hati orang kita tak boleh nak ramal, Adrian. Mungkin dengki, mungkin jugak dia tak nak Miya terus terikat dengan you.”

Berkerut dahi Adrian dengan kata-kata terakhir Eryna. “Kenapa pulak?”

“You pernah nampak kan, macam mana posesifnya Balqis pada Miya. Satu sebab, mungkin dia ada naluri sukakan kaum sejenis. Satu sebab lagi, mungkin dia didorong oleh perasaan ingin melindungi. Balqis tahu you tak cintakan Miya. You tak defend Miya masa orang hina Miya depan lif DayMond. So…” Eryna meneguk titisan terakhir wine dari gelasnya. “…you faham-faham sendirilah.”

Adrian diam sambil tersenyum getir.

“Atau…Mungkin Adam.”

“Adam takkan buat macam tu.” Adrian menafikan.

“Siapa tahu. Mungkin secara tak sengaja Balqis atau Miya sendiri tak sengaja bagitahu dia mengandung. Dan Adam mungkin masih ada perasaan pada Miya, dia cuba buat Miya benci you.”

Adrian terdiam. Tajam matanya menatap lurus ke depan. Tangan kirinya yang tidak memegang gelas wine terkepal erat dan itu tidak luput dari mata Eryna.

“Sekarang ni semua kembali berjalan ikut perancangan you setahun yang lalu. Jadi lebih baik you teruskan hidup you macam biasa, seperti sebelum you kahwin dengan Miya.”

“Yeah…Maybe you’re right. I should move on huh? I masih ada you.”

Eryna mengangguk dan tersenyum.

“Tak salah I datang cari you malam ni. Sekarang I dah lega.” Adrian menuang lagi wine ke dalam gelas Eryna yang sudah kosong.

“I masih ingat dulu you pernah kata…In wine, there’s truth,” ujarnya.

“That’s not my quote. It’s from Pliny the Elder, a Roman author.”

“Yeah.”

“So you are looking for the truth in this expensive wine?” soal Eryna.

“I already found it. You dah banyak tolong I. I tahu thank you is not enough, but…Thank you so much Eryna.”

“You’re welcome.” Tersenyum, Eryna menghirup wine yang baru dituangkan Adrian. Namun entah bagaimana, wine itu tertumpah sehingga membasahi bahagian dadanya.

“Oh my…” Membuka ikatan tali jubah tidurnya yang berbahan satin, Eryna menurunkan jubah itu dari bahunya. Kemudian dia berdiri, membuat jubah itu tertanggal lalu melonggok di kaki jenjangnya.

Terangkat kening Adrian melihat aksi Eryna itu yang nampak begitu berani.

“I masuk bilik sekejap, nak tukar baju. You tunggu sini okey?”

Adrian hanya mengangguk.

Namun, baru beberapa langkah Eryna meninggalkan ruang TV itu, bunyi telefon Adrian membuat dia terbantut.

Menghentikan langkah, dia menoleh, memandang Adrian yang namapk sedang mebgeser skrin telefonnya.

“Hallo ma…”

“…”

“What? Suhu dia berapa?” tanya Adrian cemas.

“…”

“Okey, okey, I datang sekarang.”

Mematikan panggilan, Adrian berdiri lalu menoleh ke arah Eryna.

“Datin Fauziah call. Dia kata Lora demam panas. Temperature 38.9. Sorry, I have to go. Kita postpone dulu acara kita malam ni okay?”

Eryna tersenyum dan mengangguk walau dalam hatinya tidak rela.

“I balik dulu.”

“Macam mana you nak balik? Nak I hantarkan?”

“Tak apa. I boleh call Akram.”

“Kan dah lewat ni, takkan nak ganggu dia lagi.”

“Tak apa. Dia setia…Macam you.”

Tersenyum Eryna dengan kata-kata Adrian. “Okay. Take care. Jumpa Isnin nanti.”

Adrian mengangguk sebelum keluar. Eryna membuntuti langkah Adrian sehingga ke pintu sambil memerhatikan langkah bosnya itu sehingga ke pagar. Setelah Adrian hilang dari pandangannya, barulah dia menutup pintu.

MIYA yang baru bersiap-siap hendak tidur, berkerut dahinya saat melihat panggilan daripada Balqis. Dengan perasaan tertanya-tanya, dia menjawab panggilan itu.

“Hallo Bee. Ada apa? Kau sakit ke?” Ya, atas tujuan apa lagi seorang sahabat menghubungi pada pukul dua pagi jika bukan kerana sakit?

“Eh kurang asam. Aku datang nak temankan kau, kau doakan aku sakit pulak! Tolong turun ambik aku dekat lobi. Cepat! Pak guard Nepal dari tadi dok jeling-jeling aku.”

“Hah?” Bukan tidak mendengar, tetapi tidak percaya Balqis datang ke kondonya pada waktu begini.

“Hah! Hah! Cepatlah wei!”

Nyaris tuli telinga Miya dengan jeritan nyaring Balqis itu. Digosok-gosok telinganya yang berdesing.

“Yalah. Yalah. Aku turun sekarang.” Miya turun dari katil, mengambil sweater dari walk-in closet lalu disarungkan ke tubuhnya sebelum keluar untuk menjemput Balqis di lobi.

BALQIS menggosok-gosok tapak tangannya sambil tersenyum canggung ke arah pengawal keselamatan berbangsa Nepal yang sejak tadi asyik memerhatikannya.

“Ada apa tengok-tengok?” Tidak dapat menahan diri, Balqis akhirnya bertanya.

“Pertama kali saya tingo orang Malaysia pakai silipar dekat tangan.”

Balqis memandang tangan kirinya. Tergantung yang dipakai ke majlis makan malam tadi pada lengannya. Terlalu gopoh mahu segera sampai ke lobi membuat dia menanggalkan kasut jenis ankle strap itu lalu digantung pada lengannya.

“Ni kasut mahal, memang pakai kat tangan!” jawab Balqis sebarang, membuat pengawal keselamatan itu tertawa sambil menggeleng.

“Mengutuk akulah tu!” Gerutu Balqis sambil mata tidak lepas memandang lif, berharap Miya segera muncul.

“Cepatlah Miya…” desis Balqis sambil sesekali menoleh ke arah pintu utama lobi. Kemudian matanya sempat melirik pengawal keselamatan yang duduk tidak jauh dari pintu. Lega setidaknya dia tidak bersendirian walaupun dia sempat curiga dengan lelaki warga asing itu.

Dua minit kemudian, pintu lif terbuka dan tanpa sempat Miya melangkah keluar, Balqis terus berlari masuk ke dalam lif.

“Kau kenapa? Macam nampak hantu?” soal Miya dengan dahi berkerut. Jarang dia melihat Balqis takut begitu. Selalunya dialah yang paling berani dan lantang. Jangan kata hantu, polis trafik pun dia tidak takut. Ya, kerana bila disaman, teman lelakinya yang akan membayar.

“Aku rasa ada orang ikut akulah Miya.”

“Hah, siapa? Kau ada musuh ke?” Menyentuh kad pada sensor, Miya menekan nombor 20.

“Entahlah. Kau tahulah mulut aku ni kan. Entah-entah staf DayMond yang kena pecat dulu tu. Takut pulak aku.”

“Mana kau tahu ada orang ikut kau? Kau nampak?” tanya Miya

“Aku tak nampak, tapi aku rasa. Masa aku drive datang sini tadi, aku perasan ada satu kereta follow aku tau. Then aku singgah stesen minyak, masuk kedai serbaneka beli kacang, sebab aku memang takut sangat masa tu. Sambil-sambil tu aku intai kut-kut dia follow aku kan. Nasib baiklah tak ada. Aku pun letak balik kacang tu, lepas tu keluar.”

“La, kenapa kau letak balik kacang tu?”

“Aku tak boleh makan kacang. Nanti jerawat.”

“Kot ya pun. Bayar jelah.”

“Aku masuk kedai tu bukan nak beli kacang. Aku mencari perlindungan.”

Miya menyengir sambil menggeleng sebal.

“Aku pun drive semula macam biasa keluar dari stesen minyak tu. Then, you know what Miya…”

“Kereta tu ikut kau balik?” Tidak susah untuk Miya meneka dari nada Balqis itu.

“Yup. Beberapa kilometer lepas aku keluar dari stesen minyak, aku nampak kereta tu semula. Aku tak tahulah sebelum tu dia menyorok kat mana.”

“Kau nampak nombor plat dia?”

“Nampak. Tapi dah lupa. Yang aku ingat WVE. Belakang tu aku lupa.”

“Kereta apa?”

“Entah. Warna hitam. Nampak macam kereta mewah.”

Miya diam. Kerut wajahnya menunjukkan dia sedang berfikir-fikir. Dengan mulut Balqis yang celupar, terlalu sukar untuk menebak siapa musuhnya. Terlalu ramai.

“Habis tu, kesudahannya macam mana?” tanya Miya.

“Bila aku masuk parking pelawat tadi, dia pun blah macam tu je. Dia takut agaknya sebab ada guard.”

“Boleh jadi.”

“Aku punya takut sampai aku tak sempat sarung kasut. Si Razin kemas kereta aku semalam, habis dia keluarkan semua selipar Jepun aku dalam tu. Tengok, tak berkasut aku keluar dari kereta.”

Miya terkekeh. “Tadi yang kau kata pak guard Nepal tengok kau semacam, kenapa?”

“Itulah. Aku ingat dia nak try aku ke apa kan. Rupanya kau tahu dia kata apa?”

“Apa?”

“Pirtama kali saya tingo orang Malaysia pakai silipar dekat tangan.” Balqis mengajuk pelat dan gaya pengawal keselamatan itu tadi membuat tawa Miya menjadi-jadi.

Sejenak, Miya seakan-akan terlupa kesedihannya. Kehadiran Balqis tidak gagal mengusir segala galau yang bersarang dalam hatinya.

BALQIS berdecit kagum melihat kondominium mewah yang didiami Miya. Apatah lagi panorama KLCC yang nampak jelas dari ruang tamu itu benar-benar membuat kondo ini kelihatan seperti syurga dunia.

“Wow!” Hanya itu yang terluah dari bibirnya sambil kaki segera dibawa ke arah floor-to-ceiling window.

Miya pula ke dapur sebelum keluar membawa satu tin minuman sejuk untuk Balqis.

“Ni je ada. Kau nak datang, tak bagitahu awal-awal.”

"Adrian yang call aku, mintak temankan kau. Dia kata Lora tidur rumah Datin Fauziah, dia pulak…Entah ada kerja apa entah.”

“Adrian?”

Balqis mengangguk. “Dia tu…Sebenarnya caring jugak kan? Tapi…Tak tahulah. Ego ke, ataupun zuhud ke…”

“Zuhud?” Miya tertawa.

“Yalah. Buat baik tapi sembunyi-sembunyi. Betul ke istilah tu?” Balqis terkekeh dengan kata-katanya sendiri. Tin air teh bunga itu dibuka sebelum dia menonggaknya. Haus setelah letih berlari-lari tadi.

“Entahlah.” Miya terdiam. Bersila di lantai, mereka sama-sama menatap ke arah menara berkembar yang menjadi mercu tanda negara itu.

“Jujurnya kan. Aku bengang dengan Adrian bila dia tak defend kau masa kes gambar kau bercomolot dengan Adrian tersebar hari tu. Tapi bila aku dengar dia pecat tiga mangkuk hayun tu, aku jadi suka dia balik. Dan bila dia call aku mintak temankan kau, aku rasa macam aku tak pernah benci dia.” Balqis tertawa.

Miya hanya tersenyum nipis. Balqis belum tahu dia dan Adrian sudah bercerai. Bukan berniat mahu berahsia, tetapi dia belum bersedia. Dia tidak mahu kelihatan begitu menyedihkan andai dia menangis saat bercerita.

“Hari tu sebulan kau lesap tak tahu pergi mana, dia cari kau macam orang gila. Boleh nampak muka dia tu macam…” Balqis terhenti. Tangannya yang selalu bergerak saat bercerita, tergawang di udara; tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan keadaan Adrian pada masa itu.

“…macam kucing hilang anak. Tapi dia ni macam bapak kucing hilang bini. Dia punya risau, gelisah tu memang nampak jelas kat muka dia.”

Miya diam, tidak menanggapi.

“Mungkin dia dah jatuh cinta dengan kau, Miya. Buktinya, sampai sekarang dia tak ceraikan kau lagi kan? Adam kata, dia pun sedih bila kau keguguran. So kau nampak tak, yang dia dah mula…ada perasaan pada kau?”

Miya hanya tersenyum. bangkit dari duduknya, dia turut menarik tangan Balqis supaya berdiri.

“Aku ngantuklah Bee. Jom tidur.”

“Tidur mana?”

“Biliklah.”

“Bilik kau?”

“Ya.” Miya mengangguk.

“Eh tak naklah aku tidur atas katil tempat kau bergomol dengan Adrian.”

Merah muka Miya dengan kata-kata Balqis. Dicapai bantal kecil di atas sofa lalu dihayun ke kepala sahabatnya itu.

“Salah ke apa aku cakap?”

Miya malas menjawab.

“Betullah tu kan?” Balqis masih belum puas mengusik.

“Dahlah. Kita tidur bilik Lora je,” ujar Miya, membuat Balqis ketawa besar.

LEBIH 100 meter meninggalkan rumah Eryna, Adrian melihat Akram sedang menunggunya tidak jauh dari simpang masuk.

Segera dilajukan ke arah itu, masuk ke perut kereta sebelum Akram memandu meninggalkan tempat itu menuju ke pejabatnya di Acasia Villa.

Sesampai di pejabatnya, Adrian memadamkan semua lampu sebelum melabuhkan duduk di kerusi sebelum menghidupkan mac booknya. Video CCTV yang menghala ke tempat Miya memarkirkan kereta yang dihantar Richard beberapa bulan lalu dibuka. Agak sukar untuk mendapatkan video itu kerana CCTV itu adalah milik sebuah premis judi yang diletakkan di luar premis mereka untuk memantau pihak berkuasa.

Berdebar-debar Adrian mempercepatkan video itu sehingga sampai pada minit Miya dirempuh oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Sudah beberapa kali dia melihat video itu namun tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah beberapa hari lepas dia menyedari sesuatu.

Menajamkan mata, dia memerhatikan setiap pergerakan lelaki itu sebelum matanya membuntang sempurna. Terkejut dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-10-16 02:21:46 

yes..makin membuak rasa ingin tahu. jgn seksa kami lama sgt ye author

Rimatanti Rasyid
2022-10-15 09:55:04 

semoga Adrian cpt tahu hal sebenar.. semoga Adrian dpt rujuk balik dgn miya.. semoga miya dpt terima Adrian semula selepas tahu kebenaran tu semua..

Rimatanti Rasyid
2022-10-15 09:52:59 

semoga betul apa yg kita semua teka, eryna pelaku sebenarnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience