BAB 1

Drama Completed 409

"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam
kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki"
‘Lelaki? Kenapa aku harus melibatkan diri dengan insan bernama lelaki.
Sudah berkali-kali aku ditinggalkan mereka. Eh, bukan aku ke yang
tinggalkan mereka?’ Rowena tersenyum. Dia tidak mempedulikan semua itu.

“Wena , kenapa kau buat Muth macam tu? Dia betul-betul
sukakan kau.” Kata Azlin. Rowena pura-pura tidak mendengarnya. Lelaki
semuanya sama. Hanya tahu mengambil kesempatan sahaja. Itulah pendapatnya.

“Dia pegang tangan aku. Aku reject. Dia tak layak!”
Rowena menarik kerusinya lalu duduk. Fikirannya ligat mengimbas
kembali kenangan yang tidak berapa indah yang berlaku semalam.

Rowena dan Muth berjanji hendak belajar bersama-sama
memandangkan mereka akan menduduki SPM.

“Wena , tolong ambilkan pemadam tu, Sham tak sampai.” Pinta
Muth kerana pemadam itu berada dihujung meja. Rowena menghulurkan
pemadam tersebut tetapi dengan sengajanya Muth memegang tangannya.
Rowena mulalah angin.
‘Apa kejadah lelaki ni? Pegang-pegang aku. Ingat aku ni patung beruang
nak dipegang-pegang. Nak disentuh-sentuh?’ Amuk Rowena dalam hati.
Pantas Rowena menarik kembali tangannya dan terus mengemas barang-barang.

“Wena ...” Panggil Muth .

“Stop!” kata Rowena . Muth hanya melihat Rowena
mengemas barang-barangnya. Dia pun mendonggak memandang Muth .
‘Al-maklumlah mamat tinggi macam galah. Ciri-ciri ini buat aku
tersangkut pada dia tapi....’ hati Rowena bengkak.

“Kita berpisah. Aku reject kau sebab kita bersentuhan.
Selamat tinggal.” Dengan nada yang jelas dan ayat yang terperinci
digunakan untuk memutuskan hubungan tersebut. ‘Mudahnya aku mengucap
kata perpisahan dengan lelaki.’

Sebelum Rowena meninggalkan lelaki itu, dia sempat berkata.
"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam
kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki.
Bukannya lelaki macam kau. Tahu ambil kesempatan aje." Rowena terus
berlalu pergi.

“Tapi dia lelaki yang ke seratus dah bersama kau.” Azlin
masih tidak berpuas hati. Hilang terus Rowena pada ingatan semalam.

“Biarlah. Buat masa ni aku tak nak serius dengan mana-mana
lelaki. Pelajaran itu lebih penting daripada lelaki. Aku pulang dulu.
Kalau kau nak terus lepak kat sini, silakan.” Kata Rowena sambil
bangun dan mula meninggalkan kelas. Masa persekolahan sudah lama tamat.

“Tunggu! Tunggu aku, Wena !” Jerit Azlin. Dia berlari
mengejar sahabatnya yang semakin jauh itu. ‘Comel betul perangai gadis
seorang ini. Main tinggalkan aku aje.’ Sempat hati Rowena membebel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience