Rate

PROLOG

Psychological Series 2849

"Semua barang untuk menyambung sudah pun tersusun rapi." katanya sendirian sambil tersenyum sumbing.

Benang jahitan, ubat bius, ubat khayal, kayu penjolok, kain, dan pelbagai lagi barang untuk menyambungkan Sharina, Fakira dan Danial sudah diletakkan diatas tempat yang sepatutnya. Gambar rajah yang dilukisnya juga diteliti untuk mendapatkan prosedur yang betul apabila mereka bertiga disambungkan.

"Hmm... hmm... hmm.." Dengus Fakira. Dia sudah tidak mampu untuk bercakap kerana sudah disuntik ubat bius.

Sharina hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya selepas ini. Danial yang kaku telah disuntik oleh Doktor Lokman awal-awal lagi.

Ubat khayal mula disuntikkan pada Sharina dan Fakira. Mereka khayal lalu tertidur.

Doktor Lokman mula mengangkat Danial dan meletakkannya ke atas katil pesakit. Baju dan seluarnya digunting lalu Danial ditelanjangkan. Kayu penjolok mula dicapai. Tanpa perasaan belas kasihan, dia menjolok kayu itu ke dalam lubang punggung Danial untuk dibesarkan lubang tersebut.

Danial yang sedang tidur tiba tiba menitikkan air mata semasa tidurnya. Mungkin kerana menahan kesakitan yang tidak tertahan. Setelah selesai menjolok lubang punggung Danial, Danial diturunkan dari katil pesakit lalu Doktor Lokman mengambil satu kain dan menggunting kain itu pada bahagian tengah mengikut saiz lubang punggung Danial yang telah dibesarkan itu.

Doktor Lokman terus mengambil jarum dan benang lalu menjahitkan kain tersebut pada punggung Danial. Sekarang tibalah nasib untuk Fakira pula. Mulut Fakira dimuncungkan sedikit dan dirapatkan pada lubang punggung Danial lalu terus dijahitkan menggunakan jarum dan benang. Setelah selesai pada Fakira, Doktor Lokman mengulang perkara yang sama kepada Sharina.

Dek kerana terlalu kekok melihat keadaan dua orang perempuan yang telanjang bulat itu, Doktor Lokman membuka semula jahitan tadi dan menyarungkan baju yang telah dijahit pada Sharina dan Fakira. Baju itu tertulis, 'SAMBUNG ITU BEST'

Kalau suka, boleh komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience