Rate

Bab 1: Permulaan

Romance Series 1065

Di hadapan Sekolah Menengah Sakura terdapat seorang pelajar perempuan yang berdiri betul2 di hadapan papan tanda sekolah itu.

"Baiklah Yuki, kau boleh buat! Cari kawan, belajar elok2 dan berseronoklah berada di sekolah!"

Kata Yuki untuk tidak nervous. Setelah 6 bulan dihospital akhirnya Yuki dapat pun keluar dan jalankan hidup seperti biasa.

Yuki berjalan ke arah kelasnya iaitu kelas 1-C. Semua orang dah ada di tempat duduk masing2..

'Aku tak boleh main masuk je, nanti mesti diorang pelik, siapa dia ni? tiba2 je ada kat kelas kitaorang'

Ketika itu, nasib baik ada guru kelasnya lalu. "Eh, Yuki buat apa tercegat kat situ? Cepat masuk" kata cikgu Miwa.

"Ah, ya cikgu" balas Yuki. Mereka pun masuk ke dalam kelas.

"Semua! Senyap! Duduk kat tempat masing2!" Jerit cikgu.

"Hari ni kita ada murid baru! Jadi nanti kamu semua layanlah dia baik2" kata cikgu dan  pandang Yuki.

"Kamu boleh masuk"

Yuki pun masuk dan perkenalkan diri.

"Hai, nama saya Yoshikawa Yuki. Selamat berkenalan. Sila layan saya dengan baik" kata Yuki sambil tunduk.

"Baiklah Yuki kamu boleh duduk di tempat yang kosong"

"Baik cikgu" dia pun berjalan mencari tempat duduk. 'Ah, ada pun tempat duduk kosong' aku pun duduk kat tempat kedua dari kiri  tingkap.

Dia nampak seorang perempuan yang cantik duduk di sebelahnya di bahagian tepi tingkap. Yuki memandang perempuan tu.

"Cantik.."

Perempuan tu pandang Yuki dan senyum. "Terima kasih"

Yuki terkejut, 'aku cakap kuat2 ke perkataan cantik tu? Malunya..'

Dia duduk sambil tekup muka, pipinya merah menanggung rasa malu.

Sesi pembelajaran pun bermula..

---------ding dong ding dong----------

*Loceng waktu rehat*

"Hmm.. nak makan mana ni?" Kata Yuki sendiri. Maklumlah dia takde kawan lagi baru je masuk sekolah.

Dia pandang budak perempuan yang cantik tu. 'Wahh dia dikelilingi ramai orang' dia macam gula yang dikelilingi oleh semut!

'Rimas aku tengok, ramai sangat! Kesian kat perempuan tu penat layan ramai2 gini. Tapi muka dia nampak tenang dan senyum je..'

'Mestilah, tak macam aku.. baru masuk sekolah takde siapa pun nak tegur...'

Tak lama lepas tu, akhirnya diorang semua pergi..

"Hai!"

"Err.. hai.." balas Yuki, tiba2 perempuan cantik tu tegur.

"Nama saya Kaori"

"Hai Kaori, aku-"

"Dah tahu nama dah, Yuki kan?"

"Ya" balas Yuki pendek.

Suasana jadi awkward sebab Yuki balas pendek je. 'Aduh, aku ni memang tak ada skill nak bercakap dengan oranglah'

"Kaori, boleh tolong kejap tak?" Ada orang panggil dia.

"Ah, okay"

"Yuki saya pergi sana eh, nanti kita berbual lagi" kata dia padanya sambil senyum.

"Okay!" Balas Yuki dengan senyum.

Bila Kaori dah pergi sana, Yuku pun buka bekalnya, 'makan dalam kelas jelah..'

Selepas itu tiba2 ada dua orang budak perempuan datang pada Yuki.

"Jom makan sama2 Yuki." Kata salah seorang budak perempuan tu.

"Okay!" Balas aYuki dengan gembiranya. Mereka pun makan sama2.Banyak betul diorang tanya Yuki. Penat dia hendak menjawab soalan2 mereka

Tak lama lepas tu waktu rehat pun tamat..  Mereka pun mulakan pembelajaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience