Completed
1167
Hyemi duduk di mejanya sambil membuat semakan pada buku catatan pada bulan July 2018 . //Kring kring // "Ye Tuan ? ". Hyemi mengangkat panggilan dari boss nya . "Datang ke pejabat aku sekarang ". Kata seorang lelaki di talian . "Nae". Hyemi meletakkan panggilan . . . "Ye tuan? ada apa saya boleh bantu ?". Tanya Hyemi dengan tidak semangat.Dia tahu ,kadang kehadirannya di sini hanya sia-sia dan menatap wajah lelaki itu sahaja . " Tolong keluarkan semua fail dalam almari tu ,then letak sini ". Jihoon menarik meja kecil berhampiran dengannya. "Nae". Hyemi hanya menurut . Beberapa minit kemudian semua fail telah diletakkan di atas meja kecil itu . "Done .Kalau tak ada apa-apa saya balik ke tempat saya ye". Hyemi sudah melangkah beberapa tapak . "Oi gi mane tu ? sini! suka hati je nak keluar tanpa kebenaran aku .Duduk sini tolong aku siapkn fail ni ". Jihoon menunjuk kerusi di hadapannya . "Eii nak je aku sekeh mamat ni bertubi-tubi ". Kata Hyemi dalam hati . "Aku tau aku kacak ,tak perlu la pandang sampai macam tu sekali ". Jihoon memandang Hyemi sekilas. "Cehh perasan! keling botol hensem lagi dari kau la!". Jerit Hyemi dalam hati . Hyemi mengorak langkah dan melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Jihoon. //Tut tut tut tut// Telefon Hyemi berdering . "Er,kejap ye tuan ". Baru sahaja Hyemi ingin menekan butang hijau ,terus telefon itu dirampas oleh Jihoon . "Tiada sebarang panggilan ketika dalam pekerjaan ye". Jihoon meletakkan telefon Hyemi di sebelahnya. "Kalau ye pun bak la balik fon saya tu ". Hyemi sudah panas dengan sikap Jihoon. "Nanti kau dah siap kerja,baru aku kasi balik ". Jihoon mencapai sebuah fail di sebelah kiri nya . "Annoying! ". Bisik Hyemi perlahan . "Kalau rase tak nak overnight kat office ni jangan cari pasal ye ". Kata Jihoon yang terdengar perkataan yang keluar dari mulut Hyemi . "Arraso! saya tahu la". Hyemi mencebik .Dia sudah serik di mana dia perlu menjalankan kerjanya sehingga lewat pagi dan bersengkang mata menyiapkan semua fail . . . . "Ehhh?!suka hati je kau letak panggilan aku Hyemi? sedihnyee". Park Hara selaku sahabat sehidup semati Hyemi sudah membuat muka monyok . "Kenapa tu ?". Tanya Jimin yang duduk di sebelah Hara. "Hyemi letak panggilan saya gitu je ". Hara mencebik. "Mesti Jihoon suruh dia buat kerja berat-berat lagi tu ". Jangkaan Jimin . "Saya pun rasa gitu.Awak bukan tak tahu ,sejak sekolah lagi si Jihoon tu asyik buli Hyemi je.Tak sangka pula Hyemi kena jadi PA Jihoon".Hara menongkat dagu . "Dan tak sangka CEO syarikat kita kerja ni Park Jihoon, selaku budak kelas saya juga dulu ". Jimin hanya menggelengkan kepala. "Erm..nasib badan". Hara hanya membuat muka pasrah . . . . Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam ,Hyemi dan Jihoon masih lagi meneruskan kerja mereka . "Oi..gi buatkan kopi untuk aku ..".Kata Jihoon sambil matanya menatap komputer . "Hello encik Jihoon, saya ada banyak kerja nk siapkn lagi ni.Gi ar buat sendiri". Keadaan Hyemi sudah serabut bertungkus lumus menyiapkan fail itu manakala Jihoon hanya steady sahaja . "Kau kn pembantu aku, cepat laa buat ape boss kau suruh ni ". Jihoon menyilang tangan memandang Hyemi . "Shireo! awak ingat saya nak sangat jadi pembantu awak? sikit2 kena ikut cakap awak jeee". Tanpa disedari Hyemi sudah terlepas cakap seolah Jihoon hanya kawannya sahaja,bukan boss nya . "Mesti la kene ikut.Aku boss kau , kalau aku suruh kau jadi gf aku pun kau kena ikut tau tak". *gelak jahat* "B-bwo?!". Hyemi terkaku sebentar mendengar ayat Jihoon.Tiba-tiba sahaja Jihoon mengedip sebelah matanya pada Hyemi . "Jangan mengarut boleh tak ". Kata Hyemi sambil sambung membuat kerjanya . "Kau nak buatkan air untuk aku ke atau aku ....". Jihoon mendekatkan diri pada wajah Hyemi sambil tersenyum sumbing. "Yee saya nak buatkan la ni!! ". Hyemi terus bangun dari kerusinya dan bergerak pantas keluar dari pejabat Jihoon . "Ade sebab kenapa aku suka ganggu kau dari sekolah menengah dulu ..Choi Hyemi ". Jihoon hanya tersenyum melihat Hyemi keluar dari pintu pejabatnya .Dia menarik laci mejanya.Terdapat sekotak kecil bewarna merah .Dicapainya kotak itu lalu dibuka .Ada Sebentuk cincin dengan berbatu berlian berbentuk hati ditatapnya sambil tersenyum. . . "A-apa dia fikir tadi! ". Hyemi memegang dadanya yang berdebar .Tanpa disedari air kopi yang ditahan oleh Hyemi sudah penuh dan *Psss* "Auch!! panas!!! ". Hyemi mengibas-ngibas tangan nya . . . . Hyemi perlahan-lahan membawa air itu dengan sebelah tangannya dan sebelah tangannya lagi masih mengibas-ngibas untuk hilangkan rasa pedih .Tiba di pejabat Jihoon, Hyemi meletakkan perlahan cawan itu . "Yahh Hyemi! asal tangan kau ?! ". Jihoon terus memegang tangan Hyemi yang kemerahan akibat melecur . "Aniyo.Takde apa pun". Hyemi menarik semula tangannya . "Ishh sini ah ". Jihoon menarik Hyemi .Hyemi terkaku berdiri di hadapan Jihoon. "Jap". Jihoon mengeluarkan peti kecemasan dari bawah mejanya . "Saya tak apa-apa la". Hyemi cuba menarik tangannya dari genggaman Jihoon. "Ishh duduk diam-diam la! ". Jihoon menyapu perlahan ubat pada tangan Hyemi . "Kenapa awak tiba-tiba belagak baik ni?Dulu awak bukan suka buli saya ke?".Tanya Hyemi . "Aku buli kau sebab aku bosan kalau sehari tak bertekak dengan kau ". Kata Jihoon sambil fokus membalut tangan Hyemi . "Apa yang bosannye? awak ramai kawan , borak la dengan diorang ". "Diorang lain.Kau lain ". "Apa yang lainnya ". Hyemi pelik . "Choi Hyemi ..". Jihoon memandang anak mata Hyemi . B-bwo?! ". Hyemi terkaku seketika apabila ditenung sebegitu . "Asal kau lembab sangat ha nak detect kenapa aku buat macam tu? ". "Apa maksud awak ?". "Takde apa la.Dah,gi balik la.Esok tak perlu datang kerja ". Kata Jihoon sambil melepaskan perlahan tangan Hyemi . "Apahal laki ni .Pelik je ". Bisik Hyemi dalam hati. "Aniyo.Saya tak boleh cuti,nanti appa bising ". Hyemi kembali duduk di hadapan Jihoon sambil membuka semula fail . "Takpe,tahu la aku nak cakap dengan appa kau ". "Tk perlu .Saya boleh urus diri saya ". "Lantak kau la". Jihoon menjeling Hyemi . . . . . Keesokan harinya .Hyemi terkekeh-kekeh berlari anak menuju ke pejabatnya .Hari ni dia terlewat datang kerja kerana jam loceng nya tidak berbunyi. "Oit Hyemi! asal lewat harini ?". Tanya Hara yang berselisih dengan Hyemi . "Jam aku tak bunyi la pagi tadi ". Hyemi merenung jam tangannya . "Lah.Habis la kau dengan Jihoon nanti ". Hara sudah membuat muka terkejut . "Beb,sorry tau semalam tak angkat call kau.Jihoon yang matikan panggilan tu .Kitorang tengah sibuk uruska fail ". "Takpe ,aku faham.Tangan kau kenapa?" . "Tak ada apa pun. Terkena air panas sikit je ". "Weh kejap lagi jom kita gi makan sama-sama?". Ajak Hara. "Haa boleh gak .Apa-apa inform aku nanti ea?aku nak gi punch crd kejap". Hyemi berlari anak meninggalkan Hara. "Aku rasa Jihoon sukakan kau la Hyemi ". Bisik Hara pelahan. "Saya pun suka awak ". Kata Jimin yang tiba-tiba muncul di hadapan Hara. "Apa?". Hara terkejut . "Haha takde la.Gurau je ". Jimin mengusutkan rambut Hara . "Yahh Park Jimin! ". Hara menyisir rambutnya . . . . "Kau lewat kan harini ?". Tanya Jihoon yang berdiri di hadapan Hyemi . "M-mianhae.Jam saya tak bunyi tadi ". Hyemi sudah menundukkan kepalanya.Takut dimarah oleh Jihoon. "Kan aku dah pesan jangan datang kerja harini.Kau degil nak datang juga ". "Yang cedera tangan saya,bukan kaki saya.Saya still boleh jalan lagi ". Entah kenapa Hyemi berasa seperti harinya tak lengkap tanpa melakukan pekerjaannya sebagai PA Jihoon. "Rindu aku ler tu kalau sehari tak pandang muka aku ". Jihoon tersengih lalu mengatur langkah menuju ke dalam pejabat nya. "B-bwo?asal awak suka perasan haa". Kata Hyemi namun tidak didengar Jihoon. . . Jihoon menatap screen telefon nya . "Nak chat ke tak ea?". Jihoon sudah menekan contact 'My only one' ."Ahh chat je la". Jihoon terus menaip sesuatu di telefonnya . //Tingg// Satu sms masuk dalam telefon Hyemi . Ikut aku pergi satu tempat petang ni .Kita ada projek baru nak kena sign [Monyet] "Ishh nak pergi mana pula.Semalam cakap harini takda apa nak kena buat pun.Tetiba ada projek nak kena sign pula". Hyemi mencebik . Okey. [Hyemi] . . . "Please..menjadi la rancangan aku petang ni ". Jihoon berdoa dalam hati .Kotak cincin itu ditatap lama olehnya ."Arraso! semalaman aku fikirkan pasal lamaran ni! aku dah buat keputusan betul ". Jihoon mengangguk sendirian . . . . Weh beb! aku minta maaf sangat-sangat kejap lagi tak boleh ikut kau pergi makan.Aku ada kerja nak buat. [Hyemi] Pulak! ishh kau ni.Ada je kerja tu .24 jam busy [Hara] Sorry la.Lain kali aku belanja kau makan ea [ Hyemi ] Arraso.Takpe,aku fham [Hara] Gomawo, mianhae [Hyemi] Gwenchana [Hara] . . . Tiba di sebuah tempat Hyemi memberhentikan kereta yang dipandunya . "Tuan.Tempat ni ke?". Hyemi memandang di sekelilingnya.Kelihatan bukan di hotel ,restoran atau syarikat yang selalu mereka pergi untuk menandatangani surat perkongsian syarikat atau apa-apa. "Haah sini .Jom". Jihoon keluar dari pintu kereta . "Jarang aku tengok orang orang nak bincang pasal syarikat dekat tempat macam ni .Bukan jarang ah! memang tak pernh! ". Hyemi mengaru kepalanya . . . . Sudah beberapa minit mereka berjalan .Hyemi langsung tidak membuka bicara.Begitu juga Jihoon. "Tuhan,kuatkan la mental aku nak lamar perempuan ni ". Kata Jihoon dalam hati sambil memejamkan matanya . "Awak .Awak pasti ke ni tempatnya ?". Akhirnya Hyemi membuka bicara. "Ye,sini la.Jom duduk situ ". Jihoon menunjukkan di sebuah tempat khas yang telah diaturnya sebelum mereka ke situ .Terdapat sebuah meja makan yang dihias dengan bunga mawar merah ,lilin dan belon berbentuk hati.Sekali pandang memang seperti tempat yang sesuai untuk lamaran . "Wahh..". Tanpa disedari Hyemi tersenyum melihat tempat itu . "Duduk". Jihoon menarik kerusi untuk Hyemi . "Eo? sepatutnya saya yang kena buat macam ni dekat Tuan ". Hyemi terkejut . "Takpe.Saya buat harini ". Tiba-tiba sahaja Jihoon berckap dengan lembut dan menggelar dirinya saya pada Hyemi . "Err...". Hyemi terdiam seketika . "Sebenarnya saya ada something nak bincang dengan awak ni ". Jihoon menundukkan kepalanya seketika mengambil nafas dalam . "Tuan..tuan ok tak ni ?". Hyemi tiba-tiba berasa kekok dengan keadaan mereka sektika .Orang ramai yang lalu lalang di situ tersenyum melihat mereka seolah pasangan kekasih yang sangat sweet . "Choi Hyemi ...". Jihoon memandang Hyemi . "De?". "Sudi tak...awak jadi isteri saya? dan PA saya ..untuk selamanya?". "B-bwo?". Ternganga Hyemi dibuatnya apabila Jihoon melamarnya tanpa ribut tanpa taufan .Semalam baru sahaja mereka bertekak ,harini Jihoon melamarnya.Adakah Hyemi sedang bermimpi ?. "Saya suka awak lama dah .Dari kita sekolah menengah lagi .Saya bukan sengaja nak buli awak,Saya cuma nak perhatian dari awak je .Awak takkan layan saya kalau saya tak buat apa-apa dekat awak .Walaupun masa tu awak bercinta dengan Minhyun, kawan baik saya sendiri saya kecil hati sangat-sangat .Saya yang mohon appa awak untuk jadikan awak sebagai PA saya .Supaya saya boleh lihat awak setiap hari .That time 2 month ago ,masa Minhyun curang dengan awak,saya jumpa Minhyun malam tu juga dan saya belasah dia cukup-cukup.Saya tak suka orang lain sakiti awak .Saya..cintakan awak Choi Hyemi ". Jihoon menghembus nafas panjang setelah mengeluarkan apa yang terbuku di hatinya . "Tuan Jihoon?awak nak prank saya ke apa ni ?". Walaupun kelihatan jelas kejujuran dari mata Jihoon dengan setiap tutur yang dikata olehnya tetapi Hyemi masih lagi terasa seperti tu bukan Jihoon yang dia kenal.Yang angkuh ,yang sombong ,kaki buli ,kasar orangnya .Dia terasa seperti di alam mimpi apabila Jihoon melayan nya dengan baik sekali. "Aniyo.Saya serius ni ". Jihoon mengeluarkan sebentuk cincin dan menunjukkan pada Hyemi . "Jadi awak la yang pukul Minhyun sampai teruk macam tu sekali? ".Hyemi terkejut . "Ye .Dah lama saya putus sahabat dengan dia ". "Awak sedar tak awak tengah buat apa sekarang ni Park Jihoon?". "Ye.Saya sedar.Saya tau apa yang saya buat ". "Awak tahu kan saya tak pernah suka awak ?tak pernah ada perasaan dekat awk?dan saya benci awak ?". "Tahu ..tapi ...". Jihoon tiba-tiba mati kata . "Sudah la Jihoon. Jangan main-main macam ni lagi .Mulai dari hari ni ,saya letak jawatan saya sebagai PA awak ". Hyemi terus berlalu pergi meninggalkan Jihoon sendirian .Tanpa disedari Jihoon telah menitiskan air mata .Jihoon tidak berganjak dari tempat itu .Orang ramai melihatnya yang menangis . Beberapa minit kemudian . "Yah Park Jihoon! ". Hyemi berdiri semula di hadapan Jihoon.Jihoon mengangkat pandangannya memandang Hyemi . "Sarungkan cincin tu dekat jari saya sebelum saya ubah fikiran ". Hyemi menyuakan tangannya pada Jihoon.Jihoon terkaku seketika.Fikirnya Hyemi sudah pergi meninggalkannya . "Awak..terima saya ke ni ?". Jihoon masih tidak percaya dengan apa yang berlaku . "Ingat saya tak pandai belakon ke ha ? Saya pun dah lama tau sukakan awak lepas ex boyfriend saya curang dengan saya dulu.Awak yang teman saya setiap hari pergi mana pun walaupun awak cari alasan untuk buli saya kan ?". Hyemi tersenyum . "Gomawo Hyemi-ssi". Jihoon menyarungkan cincin itu pada jari Hyemi dan terus mengucup bibir Hyemi . "Wuuuuuwwww". Orng ramai menepuk tangan melihat Jihoon dan Hyemi . . . . 2 Bulan kemudian ... "Awak termenung apa tu ?". Tanya Hyemi lalu berdiri di sebelah Jihoon yang mengambil udara segar di balkoni bilik mereka. "Saya terkenang zaman sekolah kita dulu, sampai kerja ,dan sampai berumah tangga sekarng ". Jihoon berdiri di belakang Hyemi sambil menongkat dagu di bahu Hyemi . "Haha kelakar kan klau diingatkan kembali masa sekolah dulu.Awak panggil saya timun la,saya panggil awak petola la, awak suka sekat kaki saya ek masa nak masuk kelas ". Hyemi mencekak pinggang. "Saya sekat kaki awak supaya saya dapat sambut awak kalau awak jatuh .Takkan saya nak biar awak jatuh ". Jihoon tersenyum . "Habis yang pasal awak tumpahkan air atas buku saya tu apa cerita?". "Tapi saya ganti buku yang baru dan kerja semua siap dah kan dalam buku tu ". Jihoon mengangkat kening. "Eo? jadi awak la yang salin semua nota saya buat dalam buku saya tu ?". Hyemi terkejut .Pagi itu dia membuka loker nya.Terdapat sebuah buku yang baru dan penuh dengan nota ringkas dan mudah difahami ditulis di dalam buku itu . "Haha saya hafal la apa awak tulis dalam buku tu sebelum saya rosakkan buku tu .Saya saja nak awak tatap tulisan saya setiap kali awak buka buku tu". Kalau nak diikutkan,Park Jihoon merupakan seorang pelajar paling terbijak pada ketika itu.Tidak pernah dia tidak mendapat ranking no 1 walaupun dia suka membuli . "Patut macam kenal tulisan tu.Tapi saya tak syak pun awak yang buatkan nota tu untuk saya ". "Semalaman tau saya tak tidur semata siapkn nota tu untuk awak .Siang tu saya tidur dalam kelas". Jihoon tergelak kecil. "Gomawo ..". Hyemi tersenyum. "Saya yg salah juga".Jihoon mengeratkan pelukannya dari belakang Hyemi . "Awak.Saya ada hadiah untuk awak ni ". Hyemi sudah memegang sesuatu di tangannya . "Apa?". Tanya Jihoon. "Sebelum tu tutup mata awak dulu". Hyemi memusingkan badannya menghadapn Jihoon. "Arraso ". Jihoon menutupkan matanya . "Ok,sekarang awak boleh buka ". Hyemi menunjukkan alat semakan mengandung di hadapan mata Jihoon.( ap bnda tah org pnggil tu ) "Omg ! Hyemi!! betul ke niii!!! ". Jihoon sudah melompat-lompat seperti kera apabila melihat alat itu menunjukkan dua line merah,iaitu isteri nya sedang mengandung . "Yes , saya dah check doktor petang tadi.Doktor cakap kandungan saya dah 3 minggu ".Hyemin tersenyum apabila melihat Jihoon bahagia begitu sekali . "Arrghhh!!! i will be a daddy soon!!! ". Jerit Jihoon di balkoni ."Thank you so much my wifee". Jihoon mengucup bibir Hyemi banyak kali . "Welcome yeobo". Hyemi tersenyum . "143 Park Hyemi ! ". Bsik Jihoon di telinga Hyemi . "143 stand for ?". Tanya Hyemi . "I love you! ". Jihoon berbisik . "I hate you ". Kata Hyemi sambil tergelak kecil . "No .You love me too ". Jihoon mencium pipi Hyemi . "Tau takut ". Hyemi tergelak kecil . -THE END- ( Thank for reading this ff! <3)
Share this novel