Rate

Bab1

Romance Series 2920

Nur Qaisara masih lagi berdiri tegak di hadapan cermin almari bajunya yang antik.Sekejap dia mendekatkan dirinya betul betul seinci dari cermin itu.Sekejap dia menjauhkan dirinya 50cm dari cermin.Untuk memastikan dari sudut wajahnya kelihatan cantik.

Walaupon dia sendiri tahu yang cermin antik yang memang lagi antik dengan retak retaknya di sana sini itu tidak mungkin dapat memberikan keputusan yang ingin dia mahukan,tetapi dia tidak peduli akan hal itu.Tetapi, almari itulah yang berkhidmat kepadanya dan adik adiknya, almari antik itulah yang menempatkan baju bajunya dan adik adiknya.

Bagi Sara, selagi almari baju itu tidak roboh dan selagi itulah dia menggunakannya.Itupun sudah memadai untuknya.Janji, bilik yang berkeluasan 11X11 itu kemas dan teratur.

''Sara! Berapa lama lagi kau nak menghiaskan diri kau yang sememangnya CANTIK DARI AZALI lagi?'' jerit Mak Nani dari dapur.

'Mak puji aku ke atau perli aku, ehh??'!tanya hati Sara.

''SARA!!!''

Terdengar lagi laungan Mak Nani apabila dia tidak mendapat balasan daripada anaknya itu.

''Ya, kejaplah mak.Orang dah siap lah ni,'' jawab Sara selamba tetapi sedikit nyaring.

''Nur Qaisara binti Mustafa, sudah sudahlah tu menilik diri kau kat cermin tu!!!'' kata Mak Nani sedikit menjerit.Dan akibat cara Mak Nani yang seperti Spy yang masuk senyap senyap, membuatkan Sara terlompat sambil terjerit.

''Oh mak kau!Apa mak ni! main sergah sergah pulak!! Terkejut orang tau!!Suka sangat sergah sergah macam tu.Nasib baik tak kena sakit jantung,''kata Sara sambil mengurut dadanya akibat 'penangan' dari emaknya.

Sudah menjadi kebiasaan,anak anaknya yang lain juga sedia maklum tentang sikap Nur Qaisara kerana suka sangat melatah dan terdapat beberapa orang memanggilnya 'Minah Latah'.

#firststorysaya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience