Rate

IT'S TOO LATE

Drama Series 1270

TIT!
Deringan telefon yang sering berkumandang itu dimatikan, kelihatan punat silent di dalam telefon dihidupkan supaya deringan telefon itu tidak kedengaran sama sekali.

“Siapa yang call kau tu dik? Jawabla, tak baik tau buat macam tu. Kot kot ada kecemasan ke apa" Nasihat Hani kepada adiknya Hanim.

“Hm biarla kak, Hanim takda mood la nak jawab telefon. Kita kan tengah makan ni, tak baik bercakap masa makan." Beberapa saat mesej pun masuk ke dalam telefon Hanim yang berbunyi.

‘Aku kat luar rumah kau, kau keluar sekarang sebelum aku buat heboh kat sini.'

Sebaik sahaja membaca pesanan tersebutni, Hanim pun bergegas membasuh tangan dan mencapai tudung lalu keluar daripada rumah. Sebaik sahaja membuka pintu, kelihatan seseorang lelaki berwajah bengis memandang tepat pada wajahnya sambil duduk di atas motosikal yang diparkir berhampiran rumah Hanim.

“Awak nak apa lagi?" Soal Hanim dengan wajah yang serius.

Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis sebaik sahaja mendengar pertanyaan Hanim itu.

“Kau tanya aku, aku nak apa? Kau betul ke nak putus dengan aku? Hah Hanim! Aku tahu kau ada lelaki lain cakap je lah!" Kata lelaki itu dengan nada yang tinggi.

“Pernah ke saya bergurau sebelum ni hah Aizat? Saya dah tawar hati kat awak! Saya dah penat dengar kata maaf dari awak. Saya dah penat dengan semua lakonan awak!" Keluh Hanim berasa kesal atas sikap Aizat yang tidak pandai berubah.

“Hanim, we can fix this. Please, jangan macam ni. Saya betul betul menyesal. Saya nak kita macam dulu, kalau tak saya akan cederakan diri saya atau saya akan cederakan sapa je lelaki yang dekat kat awak. Tolong la sayang." Rayu Aizat sambil menundukkan wajahnya.

“Dahla Aizat, cukupla. Keputusan saya muktamad, walau kita berbaik macam mana sekalipun. Hati saya dah tawar, takkan rasa sayang tu datang."

Sebaik sahaja Hanim hendak berlalu pergi, Aizat pun mengenggam lengan Hanim dan mengugut untuk mencederakan Hanim. Hanim pun berusaha untuk menarik tangannya daripada genggaman Aizat, namun apakan daya kudrat wanita nya itu tidak berdaya.

“Aizat, you hurt me! Lepaskan!"

“Aku takkan lepaskan kau Hanim! Aku ada kau je! Kau faham tak!"

Pang!!

Tamparan tepat mengena di muka Aizat, tamparan daripada Hani yang menyaksikan adiknya itu dikasari sebegitu rupa. Aizat pun melepaskan Hanim, lalu menahan pipinya yang ditampar.

“Eh Aizat! Kau dengar sini eyh. Sapa je yang nak dengan lelaki yang berperangai macam kau ni? Selama ni aku sabar je dengan kau, sebab kau boyfriend lah sangat kepada adik aku. Aku perhati je kau berkasar dengan Hanim. Sekarang ni aku dah tak sabar dah, baik kau pergi dari sini sebelum aku call polis!"

Hani pun membawa Hanim masuk ke dalam rumah. Perbualan dan pergaduhan itu berakhir disitu. Tinggallah Aizat yang masih menahan muka nya lalu berlalu pergi dengan perasaan marah setelah beberapa minit terpaku.

####

“Asal kau ni hah dik! Akak dah cakap dari dulu jangan berkawan pun dengan Aizat tu kau tak dengar. Ikutkan sangat hati muda kau sampai dia dah sakitkan kau macam ni pun kau stay dengan dia?" Kata Hani bengang kesal dengan sikap adiknya itu.

Hanim hanya terdiam seribu bahasa sambil menahan sebak di dadanya itu. Hatinya tidak dapat menangis, dia hanya mampu menahan kesakitan di dadanya. Kalau menangis, pasti akan terasa lega sedikit fikirnya.

“Ya, adik tahu adik bodoh. Adik bodoh setiap kali adik sayangkan orang. Adik bodoh sebab stay dalam hubungan macam ni. Adik kumpul kekuatan nak lepaskan Aizat. Kenapa mesti adik yang sayang orang berlebihan, kenapa orang tak pernah sayang adik macam adik buat?" Luah Hanim selepas lama berdiam diri.

Hani merenung wajah adiknya itu dengan penuh kasih sayang. Perlu diakui, Hanim seorang gadis yang kuat. Setahu Hani, Hanim tidak pernah meluah apa yang dirasai olehnya kepada sesiapa. Tidak kepada mama atau papa. Hanim simpan sendiri apa yang dia lalui, namun raut wajah Hanim tidak dapat menipu Hani yang telah lama tahu berkenaan hubungan adiknya dengan Aizat. Hani tahu, Aizat selalu mengasari Hanim namun Hanim menyimpan segalanya.

Melihat adiknya itu di dalam kesusahan, Hani pun memeluk Hanim dengan erat lalu berkata.

“Sudah dik, yang berlalu biar berlalu. Ya akak tahu apa adik rasa sebab akak pun pernah lalui zaman tu. Lepas ni adik mesti kuat, kat luar sana ramai lagi lelaki yang baik."

Pujukan Hani itu membuat Hanim berasa tenang. Hanim bersyukur mempunyai kakak yang prihatin terhadapnya. Walaupun mereka selalu bertengkar, namun mereka amat menyayangi satu sama lain. Begitu la ajaran Puan Rolia dan Encik Bazli kepada anak anak nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience