Rate

3

Family Series 2896

Di rumah~~
"Ummi,kenapa ya Allah anugerahkan anak kepada kita "soal aishah..lalu umminya menjawab pertanyaan aishah.

"Anak adalah amanah Allah kepada ibubapa.Anak merupakan anugerah dan rezeki kurniaan Allah yang tidak ternilai,lahir dalam keadaan suci bersih seperti kain putih.Ibubapa bertanggungjawab untuk mencorak permata hati ini.Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam sebuah hadis yg menyentuh beberapa perkara untuk tindakan dan perhatian awal para ibubapa.

    'Sesiapa yang dikurniakan anak,hendaklah ia mengazankan di telinga kanan sekiranya lelaki dan mengiqamahkan di telinga kiri sekitanya perempuan,nescaya bayi tersebut tidak akan diganggu oleh ummu sibyan iaitu syaitan dan jin.'
    'Sesungguhnya,kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.'(riwayat Abu Daud) dan 'tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik.'(Riwayat Tirmidzi)
    'Setiap anak pada dasarnya dilahirkan suci daripada sebarang dosa seperti sucinya fitrah yang setia ada dalam pembawaannya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud 'Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci dan bersih).Maka ibu bapa yang akan menjadikannya Yahudi,Nasrani ataupun Majusi.'
    'Sabda Rasulullah s.a.w lagi,'seandainya seorang lelaki itu dapat mengajar anaknya adalah lebih utama daripada bersedekah dengan satu sha' "

Pandangan mata Aishah kabur digenangi air jernih di saat dia membuang pandangan ke luar tingkap yang terbuka luas.Pemandangan di luar tingkap itu bagaikan kosong kerana fikiranya sibuk memutarkan memori hitam dahulu.Perutnya yang tidak berisi diusap sambil mengingatkan peristiwa yang lepas.

FLASHBACK SETAHUN YG LEPAS~~

"Erhhhhhhhhhhhhh....sakitnya....ya Allah ampuni dosa hambamu ini...hambamu sudah tewas dengan hasutan syaitan...erhhhh..."aishah mengerang kesakitan....tusukan kayu diperdalamkan...menusuk dalam ke rahimnya....atas hasutan syaitan anak luar nikah yang dikandungnya digugurkan...darah mengalir di celah kakinya...
Peritnya tidak terhingga...air mata deras bagaikan hujan lebat di musim tengkujuh...janin yang berusia 3 bulan sedang usaha dikeluarkan....aishah rasa dirinya cukup hina..masih lagi dia sanggup menyebut nama Allah yang maha besar dikala dia membunuh anaknya sendiri..anak haram yang dikandungnya..walaupun umminya pernah berkata bahawa kita haruslah sentiasa menyebut nama Allah dikala kesusahan walaupun kita berdosa..kerana Allah maha pengampun..tapi Aishah merasakan diri dia tidak layak menyebut nama mulia itu walaupu. Dari tadi kalimah mulia tadi yang jeluar dari mulutnya...
Dengan satu jeritan yang kuat....isi rahimnya sudah keluar...darah bertakung di bawah kakinya..janin sebesar tapak tangan dipandang sayu..."masyAllah apa yang aku lakukan ini...aku telah membunuh ya Allah..."rintih aishah..janin yang tidak bernyawa itu dipeluk...bau hanyir yang menyeringat tidak dihiraukan..Pakaianya penuh dengan keringat dan darah...aishah rasakan syaitan ketawa riang bertepuk tangan menari di sebelahnya..kerana berjaya menewaskan imanya..."maaf ummi..walid aisyah gagal untuk menjadi muslimah yang beriman....aishah bangkit dalam kesakitan..dia mahu menyemadikan si anak yang tidak berdosa...aishah membodohkan dirinya sendiri...

FLASBACK END

Air mata aishah sudah gugur...umminya kehairanan melihat aishah ..mana tidaknya aishah sering menyendiri sejak pulang dari mesir.risau juga dia melihat anak gadisnya itu...aishah minta pamit dari ibunya...aishah mengunci pintu kamarnya...dia ingin mengurungkan dirinya..ditelinganya bagaikan terdengar tangisan bayi....tangisan bayi yang kesedihan setelah dibuang ibunya...aishah meraung sekuat hati......

Keesokan paginya~~
    Pagi yg hening lagi dingin itu,Aishah bangun awal daripada kebiasaannya.Dia menunaikan solat subuh.Memohon kepada Allah kesejahteraan diri dan keluarga.Juga memohon kepada Allah memudahkan segala urusannya tanpa ada sebarang kesulitan.Dia berdiri di hadapan cermin,melihat biasan penampilan dirinya.Dia kelihatan cantik dan manis dengan sepasang kurung biru muda.Ditambah lagi dengan tudung yg membuatkan aishah lebih menawan.
    "Aishah,cepat siap!walid dah lama tunggu!"laung satu suara dari arah luar bilik.
    "Kejap!kejap,ummi."kelam kabut dia mencapai bedak lalu disapu ke muka.Dia membelek belek tubuhnya jika ada kekurangan.Yakin semuanya elok,Aishah tersenyum  di hadapan cermin..
    "Hai,anak dara ni...kalau bersiap berjam jam."
    Aishah terdengar pula suara garau milik walidnya,walidnya mula merungut tentang tingkah lakunya seperti ada yang tidak kena.
    "Yalah,aishah keluar."Dia mencapai beg sandang yang tersadai di atas tilam,memulas tombol pintu dan terburu buru keluar menuju ke meja makan.
    "Selamat pagi,umi...Walid,"ucapnya setelah menghafiahkan satu ciuman di pipi uminya.Kemudian,kucupan jatuh pada pipi walidnya pula.
    Uminya sekadar menguntumkan senyuman kepada anak gadisnya yang kian meningkat dewasa.Cantik dan manis bisik hatinya...

Bersambung~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience