PanBoy (Episod 4)

Young Adult Series 1731

DI dalam kelas, pelajar tersengguk-sengguk mendengar syarahan Encik Fitri yang membosankan selama dua jam. Ada yang cuba menahan mata, ada yang meconteng-conteng buku, ada juga yang sibuk bermain telefon pintar. Apapun, mereka tetap kurang fokus.

Intan tak dapat fokus dek kerana kesejukan dari penghawa dingin. Menggigil-gigil dia. Tangan disorok di bawah paha. Hangatlah sikit. Aisyah? Awal-awal dah tertidur. Mujur duduk di kerusi belakang. Tak adalah kantoi.

“Baiklah. Sampai sini saja kelas.” Akhiri Encik Fitri.

Mendengarkan itu, terus Aisyah mengangkat kepalanya. Kiri kanan matanya meliar memandang pelajar lain yang sibuk mengemas barang-barang untuk segera beredar.

“Eh, Aisyah. Saya ingat awak tak hadir. Tak nampak pun tadi. Awak tidur ye?” Tegur Encik Fitri.

Mendengar namanya disebut, terus Aisyah berdiri.

“Taklah. Mana ada tidur. Encik Fitri yang tak nampak saya kat belakang ni. Rasanya Encik Fitri kena pakai spek matalah. Saya ada je ni, macam mana boleh tak nampak.” Aisyah tersenyum sumbing.

Gamat kelas dengan ketawa mereka mendengarkan jenaka Aisyah. Intan hanya menepuk dahi sambal menggelengkan kepalanya.

“Pandai awak buat kelakar ye?” ujar Encik Fitri.

Semakin lebar senyuman Aisyah sehingga terlihat gigi atas bawahnya.

“Awak jangan balik dulu. Kejap lagi, saya nak bincang berkenaan dengan assignment awak.”

“Alright.”

Terus Aisyah duduk di tempatnya. Intan masih duduk. Langsung tak berdiri. Mira, Fakrul dan Azman yang sudah berdiri, duduk semula.

“Kau orang tunggulah aku dekat luar.” Arah Aisyah sambil tangannya dikipas-kipaskan, menghalau.

“Oklah. Aku tunggu kat luar, tahu.” Ujar Amira.

Amira yang duduk di sebelah kiri Intan terus berdiri dan berjalan keluar dari barisan kerusi, melintas depan Intan dan Aisyah. Azman dan Fakrul turut berdiri. Ketika Azman berselisish di kerusi Aisyah, Azman berhenti. Fakrul yang ikut dari belakang terpaksa berhenti di depan Intan.

Intan jadi kurang senang. Dia memandang Azman. “Dah kenapa berhenti?” bisik hati Intan.

“Habislah kau. Kena marah nanti.” Perli Azman sambil ketawa jahat.

“Tak guna kau!” sempat Aisyah hadiahkan sebiji penumbuk ke bahu Azman.

“Sakitlah oi!” jerit Azman.

“Padan muka kau. Blah lah!” Aisyah acah-acah nak tumbuk Azman lagi.

Azman hanya ketawa dan beredar. Fakrul menggelengkan kepalanya dan…

“I tunggu you kat luar, ye.” Ucap Fakrul pada Aisyah.

“Ok.”

Ketika memandang Fakrul beredar, tiba-tiba mata Intan menjuling ke atas. Rasa menyampah barangkali dengar suara Fakrul.

“Eh, kau pun tunggulah dekat luar.” Tegur Aisyah.

“Tak.. Tak apa. A.. Aku temankan.” Gigil-gigil Intan cuba menolak.

“Hm.. Kau tunggu je dekat luar. Kau kan tak suka sejuk-sejuk ni. Nak cakap pun ter ter ter... gagap! Pergi!” ajuk Aisyah.

“Hmm, ye lah. Cepat tahu.”

“Itupun kalau Encik Fitri bagi blah cepat.”

Intan mengangguk lemah. Dia bangun dan terus beredar. Aisyah pula menunggu Encik Fitri memanggilnya. Malas dia nak pergi dekat. Pensyarahnya pun sedang sibuk kemas.

Fakrul, Intan, Amira dan Azman menunggu di depan pintu kelas. Amira menjeling jam di tangannya dan mengeluh.

“Man, jomlah kita balik dulu. Aku ada hal dekat rumahlah.” Ajak Amira.

“OKlah. Kita balik dulu. Jom.” Balas Azman.

“Ok. Hati-hati memandu.” Ujar Intan. Lembut.

Amira dan Azman berjalan meninggalkan Intan. Tiba di pintu gerbang, Amira berpaling. Azman pula terus berjalan keluar.

“Eh, Rul. Tak nak balik ke?" jerit Amira. Memandangkan boleh tahan jauh jugalah jarak mereka.

Intan terkedu. Dia ingat Fakrul dah ikut Azman. Intan memusingkan badannya. Air liur ditelan kasar. Fakrul kini betul-betul di belakangnya.

*****

Di dalam kereta, riak wajah Amira menunjukkan seribu tanda tanya. Jari dibiarkan mengetuk perlahan bibirnya.

“Kau kenapa? Gelisah semacam.” tegur Azman.

“Aku peliklah. Fakrul dengan Intan tadi macam ada sesuatu.”

Azman memandang Amira dari ekor matanya.

“Sesuatu macam mana?”

“Entahlah. Cara Fakrul pandang Intan. Cara Intan pandang Fakrul. Sebenarnya dari dulu lagi aku curious. Intan tu macam cuba nak jauh-jauh dari Fakrul.”

Azman diam. Amira memusingkan badannya dan menghadap Azman. Azman kaget.

“Kau kan rapat dengan Fakrul. Takkan kau tak tahu apa-apa?”

“Tahu apa? Pelik-peliklah kau ni. Ala... Tak ada apa pun. Biasa je tu. Orang perempuan macam nilah. Suka fikir bukan-bukan.” Dalih Azman.

“Orang laki macam tu lah. Cakap sikit nak marah.” Jeling Amira.

“Eh, aku pula kena. Ah, sudah!”

*****

“Aku tunggu Aisyah kat dalamlah.”

Intan berpusing untuk masuk ke dalam kelas tadi. Namun, Fakrul sempat menghalang.

“Err.. Intan?”

Tanpa menoleh, Intan menyahut. “Ye?”

“Aku ada benda nak cakap. Boleh kau pandang aku?”

“Cakap sajalah. Apa dia?”

“Aku sayangkan kau.” ucap Fakrul tanpa berselindung.

Intan terkejut. Pantas dia berhadapan dengan Fakrul. Dikawal perasaan gugupnya sebaik mungkin agar tak kelihatan. Mujurlah waktu itu waktu kemuncak dan kosong. Semua orang sibuk di kelas.

“Apa yang kau merepek ni? Agak-agaklah kalau nak bergurau pun,” Intan cuba ketawa.

“Tak, aku tak gurau. Aku tak main-main. Aku sedar aku tak boleh lupakan kau. Aku bercinta dengan Aisyah tapi aku rindukan kau. Apa maknanya lagi kalau bukan aku masih sayangkan kau?” Terang Fakrul, bersungguh-sungguh.

Intan menggelengkan kepalanya dan ketawa. Dia cuba percaya yang Fakrul hanyalah bergurau. Intan mengambil nafas dan lepaskan dengan perlahan.

“Fakrul, Aisyah tu sayang dan cintakan kau. Maybe kau terfikirkan aku sebab, yelah, selalu kau orang keluar, kan aku ikut. Maybe kau teringatkan aku sebab kau rasa aku ni semak aje ikut korang, kan?” duga Intan. Satu kemungkinan yang dia rasa tak mustahil.

“Tak! Perasaan aku, aku tahulah. Aku sayangkan kau, Intan! Dari dulu lagi!” tegas Fakrul.

Intan berpura-pura ketawa dan berpaling untuk pergi. Lagi lama dia di situ, susah nanti kalau Aisyah terdengar benda mengarut yang keluar dari mulut Fakrul.

Tanpa diduga, Fakrul menggenggam lengan Intan dan memalingkannya. cepat-cepat Intan melepaskan tangannya. Mukanya berkerut marah.

“Aku cintakan kau, Intan, bukan Aisyah! Tolonglah jangan buat aku macam ni. Aku tahu kau pun cintakan aku jugak, Intan!” tekan Fakrul lagi. Suaranya sedikit meninggi.

Klak!

Bunyi tombol pintu dibuka dari dalam kedengaran. Serentak Intan dan Fakrul berpaling ke arah pintu.

“Aisyah?” panggil Intan, gugup.

©KaryaSitiNadiahShahron (March, 2021)

“Aku tunggu Aisyah kat dalamlah.” Intan berpusing untuk masuk ke dalam kelas tadi. Namun, Fakrul sempat menghalang. “Err.. Intan?” Tanpa menoleh, Intan menyahut. “Ye?” “Aku ada benda nak cakap. Boleh kau pandang aku?” “Cakap sajalah. Apa dia?” “Aku sayangkan kau.” ucap Fakrul tanpa berselindung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience