Rate

CHAPTER 1

Romance Series 1928

" BUNGAAAA!!! " jerit Maya dan Aiman sambil lari ke arah aku.
Okay jangan pelik.Nama aku bukan Bunga.
Aku, Aysara Rose binti Tan Sri Hussaini. 25 tahun. Single but unavailable. Eh tiber. Haha.Aku ada 2 bestfriend. Maya Qaisara binti Malek AKA Maya, bestfriend sengal aku sejak first day aku jejak kaki kat Taylor's University ni. Jugak Khalif Aiman bin Tan Sri Khaliq AKA Aiman bestfriend merangkap bodyguard tak berbayar aku. Oh and dua orang ni cousin.Kitaorang semua ambil course Business and Administration and tahun ni tahun last kitaorang.Okay sambung balik.

" Weh rinduuuu !!! " rengek Maya sambil acah lap air mata yang takde pon sebenarnya.
" Rindu atok kau. Kita semua baru jumpa minggu lepas. Gedik." balas Aiman tak puas hati.
"Itu kat luar. Ni dalam kampus. L-U-A-R. K-A-M-P-U-S. Kan lain tu. Eee hati kering betul" dibalasnya balik. Dorang nilah, kalau jumpa tak gaduh tak sah.Okay jangan nyampah ngan Maya dia memang camnie, dramatic terlebih. Tapi dia baik. Cuma sengal tu memang sejak lahir so endure okay. HAHAHA.

"Yelah makcik. L-A-I-N . Aku paham. Ni berlari macam orang tak betul ni korang dah daftar course belum?" tanya ku untuk leraikan gaduh gaduh manja dorang tu.

"Ofcourse lah dah. Final year ni best giler. Class dgn Sir Idris yang kedekut markah tu takde. Then, banyak free time. Class start Isnin tengahari. Last class pulak Jumaat pagi. Boleh cuti lelama. Heaven beb. Aku sayang sape buat jadual ni."

" WOW HEAVEN. Tahun ni bebas dari Sir Idris. Wah bahagianya! Btw, schedule petang ni ape beb? Aku tak daftar subject lagi" teruja aku.

" Haha sakai. Class start pukul 3. Human resource management with Sir Hisyam.Weh, aku lapar la. Makan jom, aku belanja" ujar Aiman sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

" Ha ni yang aku sayang kau ni. Jom, MCDonald. Nyam nyam" jawabku teruja.

_____________
" Bagi saya GCB large set dengan air Milo 2. Weh Bunga kau nak makan ape?" order Aiman pada akak mcdonald yang cun melecun tuh.

"Spicy chicken mc deluxe. Coke. Thanks" balasku laju sambil sambung balas whatsapp mama aku. Nak suruh balik weekend minggu depan, katanya penting. Ni malas nih. Bukan apa, malas nak jumpa papa. Mana taknya, asal jumpa mesti ada je papa nak argue dengan aku. Kalau bukan sebab mama, memang tak aku nak balik.

"Bunga amek ni" Maya hulur dulang berisi set aku. Aku ambil dengan senang hati. Bila aku pusing nak cari meja...

Bukk. Aku terlanggar orang. Terbalik kau dulang aku. Burger aku uuuwaa

"S-sorry, saya tak sengaja" ucapku kelam kabut.
Bila aku pandang muka dia , pergh, muka iras iras sean lee. Mata dia yang sepet tapi tajam menikam. Bibir dia yang seksi. Aum. Bila aku usya badan dia, sado beb. Mama nak kahwin! Malangnya, bila aku pandang balik muka dia..

" Like what you see? Lain kali, guna mata tu untuk tengok kiri kanan depan belakang bila jalan. Bukan usya anak teruna orang. Sekarang kemeja Uniqlo limited edition aku dah basah, kau nak ganti baru ke?" balasnya kasar sambil senyum sinis.

Ni. Melebih. Aku malu campur marah. Aku bet muka aku dah merah sekarang. Mama, Ay cancel, Tak jadi kahwin.Orang dah minta maaf , dia nak kasar kasar plak. Ey la lelaki ni kurang adab. Muka dah helok dah, adab zero. Ape nak jadi generasi sekarang. Meh sini aku ajar.

" Setakat kemeja Uniqlo limited edition encik ni, 10 pun saya boleh beli la. Tapi adab tu, tak boleh beli tau. Kena belajar. Tak guna muka handsome tpi adab takde. Nah, buat beli yang baru."
Beberapa keping not 50 ringgit aku ambil dari dompetku dan letak atas tapak tangan dia.

"Sama-sama, encik. Maya, Aiman, jom"

Aku tarik lengan Maya sambil menuju ke arah kereta. Aiman diam je tpi sempat jgak dia glare sekali dua dekat mamat tu.Marah punya pasal, dorang pon aku heret skali tak kasi makan. Uuuuu dah la lapar, duit melayang. Apela nasib.

"Weh,kot la marah, kasi la aku amek makanan aku dulu. Adehh. Mahal tu" rungut Aiman tak puas hati. Maya pulak dh sedepa dah muncung dia. Sidai baju pun boleh. Haha.

"Ah takde. Tak selera aku nak makan kat sini. Jom kita makan tempat lain. Aku belanja. Tak sanggup aku nak hadap mamat tak beradab macam dia. Aku dah minta maaf kot. Dah la berlagak. Ingat dia je kaya. Nyampah aku"

"Iyelah sayang ku. Jangan marah marah nnti cepat tua. Jom kita makan. Perut kenyang hati senang" pujuk Aiman dgn suara yang sengaja di nyaringkan persis kanak kanak. Maya pulak tepuk tepuk tangan macam kanak kanak ribena.
Nak kasi aku gelak punya pasal. Aduhai sengalnya.

"Hmm yelah."
Maka Mcdonald pun kami tinggalkan.
Sikit pun Ay tak tau yang sebenarnya pertemuan dia dengan lelaki tadi bakal mengubah hidup dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience