BAB 2:PERTEMUAN BERSAMA HANI

Romance Series 2141

Selepas beberapa minggu,Tiara menghadirkan diri ke kelas seperti hari sebelumnya tetapi Tiara menyedari bahawa dia sering diperhatikan oleh orang sekeliling sehingga membuatkannya tidak senang duduk.Namun,Tiara berfikiran positif dan tidak mahu memikirkan hal tersebut.

Tiara berjalan menuju ke kelas dan terus duduk dan berehat apabila kakinya melangkah masuk ke dalam kelas.Sambil menunggu lecture memulakan kelas Tiara membuka buku pelajarannya dan mula mengulang kaji beberapa pelajaran dan menyelak setiap halaman buku tersebut.Namun,telinga Tiara mula diganggu dengan perbualan orang sekeliling yang berada di dalam kelas tersebut.Tiara menjadi semakin tidak senang duduk kerana anak telinganya mendengar namanya disebut².

Tiara berpaling ke belakang dan melihat seorang gadis anggun yang merupakan pelajar kelas tersebut sendang rancak berbual sambil menuding jari ke arah Tiara.Tindakannya disedari Tiara tanpa gadis tersebut perasan.Tiara cukup kenal dengan gadis tersebut.Nama gadis tersebut adalah Hani.Malah Hani adalah musuh nya sejak zaman persekolahannya lagi.Hani sering membuli dan memburukkan Tiara kepada semua orang agar Tiara dibenci dan tidak mempunyai kawan.

Tiara berasa amat sedih kerana dipertemukan dengan Hani.Pertemuan dengan Hani telah menimbulkan ingatan nya semula pada 2 tahun yang lalu.Tiara tahu bahawa Hani sentiasa membenci dirinya kerana pada zaman persekolahannya waktu Tiara berada di Tingkatan 5,Hani telah menuang air milo ke atas meja Tiara dan menghina bahawa Tiara hanyalah pelajar miskin yang menyusahkan dan tidak layak bersekolah dan sekelas dengannya.

Namun tanpa disedari Hani telah mendapat tempat kedua di dalam kelas setiap kali mendapat result peperiksaan manakala tempat pertama sentiasa dimenangi oleh Tiara.Guru²yang mengajar Tiara juga sentiasa menjadikan Tiara sebagai contoh pelajar lain untuk sentiasa berusaha agar dapat mencapai kemenangan.Mungkin kerana itulah Tiara dibenci oleh Hani yang merupakan rakan sekelasnya.

*****

Krekkk!Bunyi pintu kelas dibuka dan ianya bermaksud sesi kelas akan bermula sekarang.Lecture yang bernama Encik Kamal muncul,Encik Kamal sangat rapat dengan Tiara malah dia dan isterinya telah mengambil Tiara sebagai anak angkat mereka kerana mereka tidak mempunyai anak perempuan di dalam keluarga mereka dan hanya mempunyai anak lelaki.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua.Jadi hari ini nampaknya kita ada pelajar baru ya". Kata Encik Kamal.
Hani?Sila perkenalkan diri kamu dan sebab mengapa kamu memilih kelas saya.
Hani bangun memperkenalkan diri dan memberitahu sebab dia memasuki kelas Encik Kamal.Well,Saya kat dalam kelas ni sebab saya nak belajar mengenai perniagaan dan menyelesaikan urusan saya dengan seseorang sambil memandang Tiara

Tiara kenapa muka awak nampak resah aja dari tadi?Kata Encik Kamal
Lalu Tiara membalas" Takde ape saya cuma pening sikit sebab fikirkan pasal keluarga. Awak jangan risau,saya yakin keluarga awak baik²saja.

Selesai sesi perkenalan bersama Hani,Encik Kamal meminta Tiara untuk mengambil dokumen yang dia tertinggal di pejabat.Tiara,boleh awak tolong ambilkan dokumen saya di pejabat?Tiara mengangguk dan mengangkat punggung lalu beredar keluar dari kelas.Tiba di hadapan pintu pejabat Tiara melangkah masuk dan mencari meja milik Encik Kamal dan mencapai dokumen penting Encik Kamal.Sejurus itu Tiara terus melangkah keluar dari pejabat dan berjalan balik menuju ke kelas.

Ketika berjalan menuju ke kelas,Tiara telah bertembung dengan seorang jejaka yang kacak dan tampan sehingga terjatuh dokumen yang sedang Tiara bawa di atas lantai.Habis berselerak dokumen tersebut.

*****

Ishh,Habis selerak dokumen ni,keluh Tiara tanpa sedar yang dia terlanggar seseorang dan jejaka tersebut masih ditepinya.

Errr,aku minta maaf sebab terlanggar kau,aku nak cepat tadi sebab ada hal.Kata jejaka tersebut yang tidak dikenali Tiara.
Tiara berasa malu buat seketika waktu kerana dia tidak pernah mengeluh seperti ini dan sentiasa sabar jika ada sesuatu menimpanya.

ADUHHHH!!!APA AKU NI MENGELUH DEPAN LELAKI PULAK NI!!!ni kalau Encik Kamal tahu mesti dia ingat aku tak ikhlas tolong dia.Kata Tiara di dalam hati.
Tiara menundukkan badan dan mengendahkan kata maaf dari jejaka tersebut dan terus mengumpul semula dokumen yang dibawanya tadi.Jejaka tersebut memerhatikan tindakan Tiara yang sendang mengumpul semula dokumen dan dia turut menghulurkan tangan dan membantunya.

Errrr,Saya nak minta maaf jugak sebab terlanggar awak,sebenarnya saya tergesa²nak ke kelas sebab lecture saya suruh ambil dokumen ni.
Okay takpelah kalau macamtu aku pergi dulu,nah ambil dokumen ni.Kata jejaka tersebut.
Sebaik saja Tiara ingin mengucapkan ucapan terima kasih jejaka tersebut telah berlalu pergi.

Tiara masuk ke dalam kelas dan memberi dokumen kepada Encik Kamal.Tiara memberitahu Encik Kamal supaya memeriksa dokumennya semula kerana risau jika ada dokumen yang tertinggal dan tercicir semasa bertembung dan terlanggar jejaka tadi.

Encik Kamal menyuruh Tiara duduk dahulu dan menyambung kembali kelasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience