Bab 9

Other Series 2872

*Di sebuah dewan makan*

"Assalamu'alaikum nak.Ni mak cik nak daftar masuk anak mak cik sorang ni.."

Begitu lembut tutur bahasa Pn.Noraizah dalam bicaranya.

"Wa'alaikumussalam.Boleh² mak cik.Nama anak mak cik siapa ya??"

jawab Husna Afiqa yang merupakan exco menjaga bahagian pendaftaran penghuni baru pada masa itu..

"Nama dia Nurul Natasya"

Sewaktu Husna sibuk mencari nama si gerangan tersebut,,Tasya hanya membisukan diri tanpa mengeluarkan sebarang kata² daripada mulutnya.Mungkin dirinya masih berasa janggal dengan keadaan baru.

"Anak mak cik ditempatkan dalam bilik 17.Bilik 17 tu berada di tingkat 3,paras yang atas sekali.."

Ucap Husna dengan lembut.

"Awak.Awak jangan risau yaa.Best je duduk asrama ni.Kalau ada apa² awak bagitahu je kat saya.Awak boleh panggil saya Husna,Ok?"

Husna memulakan perbualan bersama Tasya yang bertujuan untuk meredakan keresahan dihati Tasya.

"Urmm,,Ok.Panggil Tasya je"

Jawab Tasya dengan ringkas.

selang 2minit kemudian,Husna menunjukkan bilik 17 kepada Tasya.Tasya menapak ke dalam bilik 17 buat pertama kali.Ketika itu tiada seorang pun ahli bilik yang berlegar didalam ruang bilik tersebut.Ermm kecuali seorang budak dihujung katil yang sedang menangis.Apa²lah malas nak melayan.Sedang sibuk mengemas tiba² Tasya didatangi oleh 3orang budak khenit..*Astaghfirullah* lalu salah seorang daripada mereka mengajukan soalan.

"Assalamu'alaikum..Kaq baru masuk ke?"

Begitu manis setiap tutur bicaranya lebih² lagi apabila dia menghadiahkan satu senyuman yang sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Wa'alaikumussalam.Ya baru je daftar masuk tadi..Adik form berapa?Nama apa?"

*Ishh,,banyaknya soklan aku*getus hati Tasya sambil menggaru-garu keningnya yang tidak gatal.

Junior itu hanya ketawa kecil apabila melihat gelagat senior barunya yang agak gelabah itu.

"Haha.Saya form1.Nama saya Wan Ain Arissa bt Che Wan Mansor.Ni kawan² saya..Yang ni nama dia Ajradah.Yang sorang ni pulak Aisyah.Kaq boleh panggil saya Arissa je..Nama kaq pulak??"

Ramah Arissa menjawabnya.

"Ouh,,Arissa...Selamat berkenalan.Panggil Kaq Tasya je.."

Selesai sahaja ta'aruf dengan junior 3orang tadi,,Tasya menyambung untuk mengemas barang² nya.Selang beberapa minit kemudian,,ada seseorang yang baru sahaja memasuki bilik tersebut.Namun Tasya hanya mengendahkannya sahaja.Bukannya dia tidak mahu bertegur atau sombong,tetapi akan sikap dirinya yang malu untuk bertegur dengan orang yang baru dia kenal,,telah menghalang dirinya untuk bergaul secara drastik dengan orang lain.

*Eh ada ahli baru laa..Apa nama dia erk..Nak tanya ke tak..Tapi mcam dia tengah sibuk mengemas je..Tapi kalau tak tegur,nanti segan laa pulak* Aqilah Zain berkata-kata sendirian.

*arghh biaq p la tegoq* kan dah keluaq bahasa kedah

"Hye nama awak apa??Baru masuk eaa??Nama saya Aqilah.Kalau awak nak tahu,,dalam bilik ni ada duaorang makhluk bernama aqilah.Sorang makhluk tu saya sendiri..And makhluk sorang lagi tu entah p merayap kat mana.Kalau awak tak nak tertukar nama yang mana satu,,awak panggil saya Aqilah Zain.Yang sorang lagi awak panggil dia Wan Aqilah.Kalau ada apa² awak cakaplah dengan saya yaa..Tu katil saya kat sana je.."

usai sahaja berleter tanpa henti*zuppppp*dengan pantas Aqilah Zain bangun dan berjalan dengan laju menuju ke arah katilnya sambil menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya akibat menahan malu start daripada dia bukak mulut dihadapan Tasya lagi...Haduii ada jugak manusia jenis macam ni..

Tasya yang masih terpinga-pinga itu tertanya
*apa masalah minah tu??* lalu secara spontan Tasya dari jarak antara 4meja mengajukan soalan

"Awak pakai blusher ke??Kalau ye pun nak pakai jangan sampai satu muka..Merah padam.Dah macam badut saya tengok"

Dalam bicara,,ada tawa kecil yang tak mampu dibendung lagi oleh Tasya akibat betapa lucunya melihat gelagat Si Aqilah Zain yang sedang terbaring kaku diatas katil sambil berselubung didalam selimut.Mungkin akibat malunya masih belum hilang lagi.Haduii laa...

"Btw,,biar saya jawab soalan berdas-das awak sebentar tadi tu meskipun awak tengah berselebung sekarang..*hahahaha*Nama saya Nurul Natasya.Awak boleh panggil saya Tasya dan..."

belum sempat Tasya menjawab soalan seterusnya..Tiba² Tasya mendengar satu bunyi suara disebalik selimut yang berselubung itu.

"Aa..a.awak datang da..dd..dari sekolah mm..ma..mana"

Makk aihh sejak bila jadi gagap ni..

"Haha,,saya dari sekolah menengah biasa je.Ya saya baru masuk harini.Apa lagi erkk soalan awak tadi...Tu je kan..Btw thanks sebab bezakan yang mana satu makhluk² bernama Aqilah tu..Selamat berkenalan laa ye..Awak,,tolong laa tunjuk ajar sikit kat ahli baru ni....Boleh kan awak??Awakk???Hello??? *Uittt,,asal diam je minah nim...Takkan laa malu lagi kot.."

Lalu Tasya bingkas bangun dan terus menuju ke arah katil Aqilah Zain kerana ingin tahu punca kenapa roomate barunya itu tiba² DIAM MEMBISU.Tasya duduk disebelah katil Aqilah Zain yang kosong itu lalu berkata...

"Awak,,takkan awak malu lagi dengan saya.Kalau ye pun awak malu..Jawablah..Jangan diam je..Takkan tiba² jadi bisu kot..Awakk...??"

Namun panggilannya tetap tergantung sepi tanpa sebarang jawapan.Arghh,,Tasya tidak puas hati lalu Tasya bangun daripada tempat duduknya lalu mendekati kearah Aqilah Zain dan secara automatik Tasya melulut dibirai katil Aqilah Zain.Tasya cuba merapatkan telinganya kearah satu jasad yang masih berselubung dalam selimut itu dengan harapan manusia disebalik selimut itu masih sudi berbual dengannya.Namun,,tetap sama...Tasya cuba menyelak secara perlahan-lahan selimut itu agar dapat melihat wajah Si Muka Merah tu..Hampir keseluruhan muka Aqilah Zain kelihatan DAN!!!!!

THAT'S IT...

"WHAT??!!Tengah aku potpetpotpet jawab soalan dia dari tadi,,dia boleh tido??!!Hurghhh memang wujud ke jenis manusia macam ni...Waaa aku cakap sengsorang dari tadi....."

Rintih Si Tasya

"Jangan nak diherankanlah...Time camni memang waktu dia membuta...Haha"

Tiba² satu suara muncul dari arah belakang..Tasya berpaling lalu terlihat seorang lagi junior yang agak tinggi jugak lah..

"Hye,,Nama saya Hawa Aini Afifah..Kaq boleh panggil saya Hawa je..Kaq Tasya kan??"

"Ha'aa Kaq Tasya..Ouh Hawa...sedap nama.."

sambil berbual Tasya sempat mengerling ke arah Aqilah Zain yang sedang nyenyak dibuai mimpi..Perliku Tasya ketika itu dapat dihidu oleh Hawa

"Kaq Qilah memang kuat tido sikit..Jadi jangan heran kalau time camni pn dia tidur...Time tengah berbual pun dia boleh tidur..Nasiblah tengah berjalan pn tak tidur...Hahaha"

Selesai sahaja mengemas Tasya memulakan langkah baru sebagai pelajar agama dan sebagai penghuni asrama

*Bismillah..Aku aturkan langkahku keranamu Ya Allah..Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah...Aaminn Ya Robbal 'Alamin..*Tasya mengaturkan langkah pertamanya dengan niat yang betul

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience