Series
159
Gadis yang mempunyai tangan kecil itu sedang memeggang sebatang pensil kayu. Pensil kayu itu dengan ringannya mencatat nota-nota yang sudah dituliskan oleh Cikgu Daniel Raziq sebentar tadi diatas papan hitam dihadapan murid-muridnya.
Kelas itu terlampau sunyi. Hanya bunyi pensil kayu mencatat balik nota-nota yang telah dituliskan oleh Cikgu Daniel Raziq tadi. Tiada siapa yang berani untuk bersuara. Kenapa? Kerana Cikgu Daniel Raziq itulah sebabnya.
Cikgu Daniel Raziq itu adalah salah seorang yang memegang jawatan yang disiplinnya diketatkan. Guru disiplin. Dimana-mana sahaja, cikgu itu akan membawa pembaris kayu yang panjangnya lebih daripada 20 CM dan lebarnya sebanyak 3 CM. Apabila sahaja lelaki guru disiplin itu berjalan disebelah salah satu dari murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), mereka akan terus berasa resah, gementar dan takut akan terhadap guru tersebut. Aura yang diberikan oleh Cikgu Daniel Raziq terlampau kuat, membuatkan murid-murid lain boleh merasakan bulu roma mereka meremang walaupun dari jarak yang jauh.
"Siapa yang sudah siap salin?" tanya cikgu Bahasa Melayu dan guru disiplin itu kepada murid-muridnya.
Tiada siapa yang berani untuk bersuara. Sunyi benar kelas. Sampai tinggal bunyi kipas berpusing sahaja.
Satu kelibat gadis yang sedang duduki tidak jauh dari meja guru itu mengangkat tangannya dengan tinggi dan lurus sekali.
"Saya cikgu," jawab gadis yang bernama Miki Noor itu.
Semua pelajar memalingkan wajah mereka kearah Miki Noor. Terkejut juga mereka. Miki Noor dapat menyiapkan salinan nota-nota yang panjang lebar itu dalam masa kurang dari 10 minit. Tulisannya juga kemas sekali! Terkejut Cikgu Daniel Raziq apabila melihat nota Miki Noor tersebut.
"Bagus Miki. Teruskan usaha kamu," Cikgu Daniel Raziq puji. Senyuman manis terukir diatas bibir Miki Noor sebelum gadis itu mengangguk dengan gembiranya.
"Baik cikgu!" kata Miki Noor.
•----------------------------------------------------------•
"Weyh, Mik!"
Suara seorang gadis yang mempunyai rambut hitam paras bahu memanggil Miki Noor sambil berlari anak kearah Miki Noor. Miki Noor yang sedang berjalan kearah kantin itu terhenti perjalanannya apabila kelibat rakan karibnya, Damia, sedang berlari anak kearahnya.
"Mia. Ada apa?" tanya Miki Noor kepada Damia. Kedua tangannya diletakkan keatas kedua lututnya. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Peluh ada diserata muka dan badannya, mambasahi baju uniform yang berwarna putih itu. Damia cuba sedaya upaya untuk menghembus nafas dari hidungnya dan menenangkan dirinya. Damia bagaikan sudah berlari maraton sejauh 10 KM. Risau Miki Noor untuk memerhati kawannya dalam keadaan begitu.
"Mia, awak okey ke tak ni? Risau saya," Miki Noor berkata dengan nada yang risau.
Damia hanya mengangguk.
"Aku okey. Tapi cikgu besar panggil kau. Dia nak cakap sesuatu dengan kau," balas Damia, masih dalam kepenatan.
"Cakap dengan saya? Cakap tentang apa?"
"Aku tak tahu. Aku cuma sampaikan je. Dah lah, aku kena pergi. Bye, Mik!" kata Damia sebelum bergegas pergi kearah dewan. Kelibatnya perlahan-lahan lenyap dari pandangan Miki Noor.
Sejak bila pula Mia sibuk sangat ni? bisik hati Miki Noor. Tanpa menjawab persoalannya sendiri, dia melangkah pergi kearah bilik cikgu besar yang sudah memanggilnya. Pelik juga baginya untuk cikgu besar memanggilnya secara tiba-tiba.
"Ada apa-apa ke?" tanya Miki Noor sendiri.
•---------------------------------------------------•
"Hah?"
Kata-kata Miki Noor ditukarkan daripada persoalan menjadi buntu dan keliru. Keningnya dirapatkan dan cermin matanya yang berwarna hitam itu terlonggar daripada batang hidung Miki Noor. Dengan menggunakan jari telunjuk dia membaiki arah cermin matanya itu.
Tiba-tiba sahaja kepala Miki Noor terasa pening dan panas dibawah tudung putihnya itu. Maklumat-maklumat yang telah diberikan oleh cikgu besar itu tersangatlah membuntukan.
"Cikgu mahu saya pindah sekolah?" tanya Miki Noor dengan penuh kekeliruan didalam nadanya.
Cikgu besar mengangguk.
"Dan mama dan papa setuju tentang ni?" Miki Noor bertanya lagi, tetapi kepada kedua ibubapanya yang sedang duduk bersebelahan dengan Miki Noor.
Tangan ayah Miki Noor perlahan-lahan megusap kepala kecil Miki Noor itu. Cuba menenangkan anak perempuannya. Tangan Miki Noor pula diusap oleh ibunya.
"Ha'ah. Mama dan papa setuju yang Miki patut ambil opportunity ni," ibunya bersuara.
"Cikgu cakap yang kamu telah mendapat satu surat daripada sekolah bernama Safinatunnajah. Dia orang nak anak papa masuk sana. Dia orang recommend yang Miki patut masuk sana," ayahnya pula menyambung.
Miki Noor hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa patut dia balas. Patutkah dia berkata ya ataupun tidak? Miki Noor memang suka teramat terhadap sekolah kebangsaannya ini. Dia mempunyai banyak kawan. Dia sudah pun selesa berada disini. Patutkah dia pindah untuk mendapat pengalaman yang lebih?
"Tapi..."
"Miki. Sekolah ni adalah sekolah yang terbaik di sekitar perkampungan ni. Sekolah ni ada asrama tahfiz. Mungkin Miki boleh join?" cikgu besar bersuara.
Miki Noor terdiam semula. Bibir merahnya menjadi masam. Pipinya bertambah pucat. Peluh membasahi dahi. Kedua tangannya bergeletar.
Wajahnya diangkat semula apabila seketika. Senyuman sedih diukir.
"Kalau cikgu besar, mama dan papa fikir yang saya patut masuk asrama tu, saya masuklah. Tak naklah lepaskan peluang emas ni kan?" Miki Noor berkata.
Senyuman gembira diukir diatas bibir semua orang di dalam bilik cikgu besar itu. Cikgu besar menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal, membuatkan Miki Noor mengetahui sesuatu tidak kena.
"Ada apa-apa lagi ke cikgu?" tanya Miki Noor.
Cikgu besar mengeluh berat.
"Kamu bukan seorang sahaja yang akan berpindah ke sana. Ada seorang lagi..."
"Siapa?"
Cikgu besar terdiam seketika.
"Badruz Zaman."
Kata-kata cikgu besar itu membuatkan hati Miki Noor berdegup kencang. Pipinya berubah kemerah-merahan, cuba menahan geram dan marahnya. Tangannya menggenggam tangan ibunya dengan erat sekali. Kepalanya yang diliputi tudung putih sekolah itu diusap beberapa kali dengan ayahnya.
Apakah nasibku ya ALLAH? bisik Miki Noor di dalam hatinya.
Share this novel