Rate

CERITA KITA

Short Story Completed 34334

Hari pertama. Pertemuan pertama.

“Wow, you’re quick!” Dia puji.

“Thank you,”Aku jawab.

Hari kedua,pertemuan kedua.

“Can I help?”Dia tanya.

“No, I can handle this, thank you.”Aku tolak.

Hari keempat, pertemuan ketiga.

“Do you want some of this?” Dia pelawa.

“No, I already ate. Thank you.”Aku dalih.

Hari keenam, pertemuan kelima.

“Hi!How are you today?”Dia ramah.

“I’m fine,thank you.”Aku sombong.

Hari kelapan, pertemuan ketujuh.

“Can you show me…,”Dia menguji. Dan aku terus hilang sabar.

“What do you want from me actually?”potongku pantas.Aku sendiri naik pelik bila hampir setiap hari ternampak kelibatnya.Bukan saja sekali,malahan berkali-kali.Ada saja perkara yang hendak ditegur,ditanya,ditolong.

“Well…actually I want your heart.Can you share it with me?”dengan penuh terus terang dan yakinnya dia menjawab.

“Aaa…..,”aku cuba bersuara,tapi yang keluar cuma bunyi keliru.

“Ummm….Err…….awak ni….,”mataku meliar ke kiri dan ke kanan.Cuba mencari ayat yang betul.Dia tengah buat love confession ke?,tingkahku di dalam hati.Kalau salah jawab nanti malu pulak.Isyh!

“Ummm…ya saya….urmmmm….,”dia cuba memimik lidah kerasku. Eh budak ni,kurang asam betul!

“Awak ni main-main ke?”aku mula mahu marah ditambah dengan rasa malu yang mula menjalar ke wajah kerana direnung dengannya dari tadi. Mungkin jerawat sebutir yang baru timbul di pipiku pagi ini pun sudah diteropongnya.

“Yes,saya main-main cinta,”selorohnya siap dengan senyum kambingnya lagi.

“Ya Allah Ya Tuhanku….who are you? Kenapa main-main kat sini ni?”suaraku mula meninggi.Siap berdiri bercekak pinggang lagi.Aku pandang ke cubic Kak Ton.Dengan harapan dia ada di situ walaupun aku tahu Kak Ton memang tidak pernah ada di mejanya pada lunch hour.

“Saya lelaki yang tengah menyatakan rasa hatinya.Dan saya main-main kat sini sebab playgroundnya ada dalam hati awak,”masih tidak cukup bermain kata nampaknya lelaki ini.Aku mula menyirap.Dapatku rasakan mukaku panas.

“Ok,ok..saya berundur dulu…muka awak dah merah tu.Takut nanti meletup pulak sebab overheat,”sempat lagi dia bergurau sambil perlahan-lahan melangkah pergi dari cubic mejaku.

Pulang saja Kak Tun dari lunch,Aku terus menonong pergi ke mejanya.

“Kak Tun!!!”jeritku kecil.Sedikit perlahan.Kak Tun yang baru hendak duduk,terus bangun berpusing mencari siapa gerangan yang memanggil namanya.

“Eh,kau Mai! Terkejut Kak Tun!”marahnya padaku.Aku berdiri bercekak pinggang di tepi mejanya.

“Kak Tun tau tak budak yang Mai cerita semalam?”soalku cuba memutar kembali memorinya. Muka Kak Tun berkerut sedikit cuba mengingatkan apa yang kuceritakan semalam.

“Oo…budak yang Mai kata asyik tanya macam-macam tu?”

“Haa…yang tu,yang tu.Tau apa dia cakap kat Mai tadi?”kalut aku mahu menyampaikan apa yang berlaku.Kak Tun diam menunggu aku meneruskan bicara.

“Dia kata dia suka kat Mai!!! ‘Well…actually I want your heart’,”Aku meniru gaya percakapan lelaki tadi kepadaku.Mata Kak Tun terbeliak.

“Biar betul Mai? Apa tebiat ke budak tu? Mai tau tak nama dia?”bertalu-talu soalan Kak Tun kepadaku.Aku garu kepala yang tidak gatal.

“Tak tau….,”keluhku berat.Aku memang tidak tahu menahu sedikit pun tentang perihal lelaki tersebut.Entah-entah namaku pun tidak diketahuinya. Kami pun bukannya berkenalan secara rasmi.

“Ah, abaikan jela.Mai saja nak cerita.Sebab Mai geram dia datang main-main kat sini.Datang waktu lunch hour je.Pelik juga kan? Dia kerja kat aras mana agaknya?”di hujung-hujung ayat aku sudah berbisik sendiri. Yelah…kenapa aku tak terfikir?Dia kerja dekat aras mana?.

Keesokan harinya,Kak Tun sanggup membawa bekal kerana mahu berada di office pada waktu lunch hour.Penantian kami berakhir dengan kehampaan.Dia tidak muncul.TImbul rasa pelik.Kerana ini baru pertama kali dia terlepas ‘date’ kami pada waktu lunch.Tiga hari berlalu tanpa kunjungan lelaki misteri itu.Sedikit rasa hampa menjengah jauh di sudut hatiku.Tipu lah kalau aku katakan sedikit pun aku tidak tersentuh. Wajah pun molek,nampak waras,cukup serba serbi. Pastilah aku pun tidak menolak.Hai…apalah nasib badan…..

___________________________________________

Sedang aku menunggu lif sambil bersembang dengan Kak Tun,bunyi lif dibelakang kami berdenting.Cepat-cepat kami berpusing menukar arah. Pintu lif terbuka,kami beredar ke tepi memberi laluan pada penumpang untuk keluar terlebih dahulu.Lambat tu lambatlah jugak,tapi manner tetap kena jaga. Sampai ke penumpang terakhir, aku bersedia untuk melangkah masuk. Entah kenapa saat itu mataku bagai tertarik untuk mendongak. Lantas mataku bertembung dengan si dia.

“Eh…budak ni…,”tanganku menguis tangan Kak Tun di sebelahku. Sekilas mata si dia memandangku sepintas lalu.Tiada gaya seperti dia mengenaliku. Tanganku kaku dari menarik Kak Tun. Aku sedikit keliru. Aku pasti itu dia.Tapi kenapa dia tak endahkan aku?

____________________________________________

“Hai!” aku buat-buat tidak dengar.Mataku mengerling ke dinding di atas pintu masuk pejabat kami. 1.05 minit tengahari. Tanganku ligat mengira sales target dari laporan jualan harian yang baru tadi di pass ke mejaku.

“Hari ni macam bad mood je,”tergurnya lagi. Seriously?Dia tanya pasal mood aku?, aku menggumam dalam hati.

Ketara benar dia berpura-pura tidak nampak aku semalam.Atau memang benar itu bukan dia,cuma aku saja yang tersalah lihat? Balik dari lunch semalam,bising geng-geng lunch kami berbisik-bisik tentang group yang keluar dari lif sebelum kami masuk.Aku turut menumpang telinga. Alkisahnya,group yang baru keluar tu semua digelar group upper class. Sebab apa upper class? Bukan sebab mereka kaya dan pandang rendah staff bawah-bawah. Sengaja semua staff menggelar mereka begitu kerana office mereka semua terletak di tingkat paling atas sekali di bangunan ini.

Tingkat paling atas sekali merupakan tunggak utama dalam syarikat kami. Board meeting kerap di adakan di situ dan semua final decision juga datang dari situ. Aku sendiri tidak ambil tahu siapa sebenarnya yang berada di atas sana. Let’s face it….I’m just a finance assistant..I have no any direct link with any of them. Mereka semua advisor-advisor dan head-head yang cuma mahukan result.Dan result-result yang keluar itu barulah datangnya dari kami staff-staff di bawah. Kalau di buat susur galur laporan hantar dan diperiksa,aku pasti aku berada 7 atau 8 peringkat di bawah. Jadi buat apalah aku mahu menyesakkan kepalaku dengan staff upper class tersebut.

“Awak kerja aras berapa?”ajuku tiba-tiba.Kali ini aku pandang tepat ke anak matanya.Aku mahukan kepastian.Wajahnya berubah seketika.

“Well….technically…I don’t work here,”jawapannya sedikit meleret bunyinya.Aku diam.Pen di tangan aku goyang-goyangkan. Mata kami merenung satu sama lain.

“Do you really like me?”sedikit berbisik aku menyoal.

“Yes.I really like you.Dead serious,”

Aku diam. Memikirkan langkah yang seterusnya. Menyusur logiknya dalam semua keputusan yang mungkin kupilih.

“Then,let’s try,”jawabku.

“Try what?”soalnya kembali.

“Be friend,”putusku.

“I don’t want to be your friend.I want to be your special friend,”aku telan liur mendengar ulahnya.Mengapa dia begitu bersahaja meyampaikan rasa hatinya? Timbul sedikit rasa kagum dengan sikapnya yang aku tahu jauh menyimpang dari sikapku.

“I envy you….you talk wihout any restraint. Cakap straight to the point,”pujiku. Dia tersenyum buat aku terkedu. Comel. Wajahnya ala-ala baby face. Aku tarik kerusi dari cubic sebelah.

“Come….sit here,”ajakku sambil menepuk-nepuk kerusi di hadapanku. Dia senyum kecil sedikit menggeleng kepala. Dia menarik kerusi ke arahnya dan terus duduk.

“Umairah,”panggilnya.Aku tersentak.Dia tahu namaku?

“Can I call you Maira?”pintanya sedikit menyoal.Aku geleng kepala.

“Just Mai is okay,”pendek dan mudah.

“Maira,”tegasnya sebagai kata putus. Aku angkat bahu tanda tidak kisah. Ada sedikit gaya diktator di situ.

“Don’t treat me like a child.I’m a full grown adult,”kepalaku pusing 180 darjah memandangnya dari kertas laporan yang sedang kurenung.

“What do you mean?”soalku tidak faham.

“I mean this,”dia meniru gayaku menarik kerusi sebentar tadi.Menyalin gayaku menepuk-nepuk kerusi dan mempelawanya duduk. Mataku membulat.

“Itu ke yang awak faham? Saya treat awak macam budak-budak?”baru aku sedar cara pandangan setiap orang berbeza. Mungkin disebabkan anak buahku yang ramai,aku jadi terbiasa melayan semua orang begitu.

“Don’t you want to know my name?”soalnya tiba-tiba.Cepat benar otaknya menukar topik. perbincangan. Mataku terkelip-kelip memandangnya.Menunggu jawapannya sendiri.

“Nama saya….jeng jeng jeng..,”ohh..please…dia ingat nama dia selebriti ke siap buat macam surprise sangat tu.

“Tak payah nak poyo sangat kat sini,”pangkahku pantas.Makin galak dia ketawa.Seolah-olah aku sedang membuat lawak ke der di depannya.

“Awak ni cute lah,”pujinya.Wajahku terasa panas. Tidak pernah dipuji sebegitu.Sahih la budak lelaki ni rabun.

“Nama saya Irfan Khairi.”

“Ha? Irfan Khairi yang jutawan yang online-online tu?”serkapku. Aku pun tidak tahu sangat tetapi aku kenal nama tersebut.

“Ha.Ha.Ha…so funny,”ejeknya memandangku tajam. Aku tutup mulutku yang sedang ketawa.

“Uikss…sensitifnya cik abang ni,”aku mengusik. Berharap yang dia bukannya jenis baran tidak tentu hala.

“Eh,sedap jugak kalau awak panggil saya abang,”aku tepuk dahiku. Cepat benar otak dia beralih.Seolah-olah apa yang kami bualkan terbang dengan udara yang kami hembus.

Perbualan kami berterusan sehingga hampir pukul 2 petang. Sempat kami bertukar nombor telefon. Hasil galian aku pada hari itu, aku dapat tahu yang umur Irfan lebih 3 tahun dariku. Selain itu,aku dapat serba sedikit menelah sikapnya. Dia mudah ketawa dengan setiap apa yang aku tuturkan.Katanya, aku seperti buku yang terbuka.Setiap apa yang aku fikir dan rasa, jelas terpampang dari riak wajah,cebikan bibir dan pergerakan tangan.Aku sendiri terkejut dengan analisisnya yang tidak aku sangka dikumpulnya dari hari pertama kami bertemu. Kami berjanji untuk berjumpa di waktu lunch di office ku sahaja. Aku cuma menurut kehendaknya kerana katanya dia sibuk dan hanya boleh lari pada waktu lunch sahaja untuk datang ke tempatku. Sebelum berpisah,sempat dia memberi sepatah dua kata padaku yang membuatkan aku berfikir sepanjang hari sehinggalah ke waktu aku melelapkan mata.

“Saya boleh rasa awak punya refusal untuk truly open dengan saya. Honestly, this is also a sudden thing for me. Meeting you,knowing you,fall for you…and I can feel that I will fall harder when I truly know you. Saya cuma minta, awak try.Try to give us a chance.Try to accept me and my feeling. I’ve never felt this confident about someone before.”

_________________________________________________

Hari-hariku berlalu dengan gembira.Malahan hari esok lebih gembira dari hari ini. Adakah ini cinta? Ewah..aku sudah pandai bermain kata seperti Irfan. Walau jauh di sudut hati, aku dapat rasakan satu kekosongan,aku butakan mata,aku cuba isi kekosongan itu dengan bibit-bibit suka yang mula terbit di lubuk hatiku.

Hampir sebulan kami berjumpa di waktu lunch sahaja. Pada Kak Tun, aku sampaikan yang kami berjumpa di luar waktu pejabat. Irfan sendiri meminta aku tidak memberitahu sesiapa tentang dirinya. Alasannya mudah. Dia mahukan waktu lunch itu untuk duduk bersama denganku sahaja tanpa orang lain.

Aku jatuh,jatuh dan jatuh makin jauh ke dalam jurang cinta yang digali Irfan. Walau jauh di sudut minda, aku kerap memberi amaran pada diriku sendiri. Cinta sering menyakitkan. Pernah sekali aku tertipu membuatkan aku membina dinding yang tinggi di antara hatiku dan cinta.

“Awak kerja dekat building ni ke?”satu hari aku cuba mengorek rahsia. Suapannya terhenti di pintu mulut.Aku kini ringan tangan membawa bekal untuknya sekali setiap hari.Ada kalanya,dia yang akan membeli take out untukku. Give and take sementelah aku sendiri tidak suka dibelanja setiap hari.

“Why?”ajunya kembali sambil meneruskan suapan.Aku diam merenung wajahnya.Matanya melirik ke jam dinding.

“Eh,makan cepat.Lunch hour dah nak habis,”gesanya tiba-tiba.Mataku naik ke langit.Pandai betul Irfan menukar topic.Entah apa yang tidak kena,tidak dapat aku pastikan. Entah-entah dia kerja tukang cuci,getusku dalam hati.Geram kerana dia begitu berat mahu berkongsi cerita tentang dirinya denganku. Aku habiskan makananku dengan rasa sebal. Sebal kerana gagal lagi hari ini.

____________________________________________

Aku kelek-kelek calendar di atas mejaku. Hari ini genap 3 bulan aku berkenalan dengan Irfan. Dan untuk wanita kolot yang tidak pernah ada teman istimewa seperti aku,ini adalah satu pencapaian. Aku sudah mula meretakkan tembok penghalang di keliling hatiku.

Irfan sudah berjanji untuk membawa makanan tengahari hari ini. Aku tetap juga membawa beberapa potong buah untuk santapan pencuci mulut. Namun sehingga jam 1.15 minit tengahari,Irfan masih tidak muncul. Aku jadi bingung seketika.Lantas aku wechat Irfan bertanyakan perihalnya. Mungkin dia ada hal penting?

Bunyi pintu office terbuka menarik perhatianku. Seorang lelaki menjenguk ke dalam office. Aku memanjangkan leherku supaya dia dapat melihat aku. Lelaki tersebut segera dating ke arahku sebaik ternampak kelibatku. Ditangannya ada satu paper bag.

“Cik Umairah?”soalnya. Aku angguk sedikit pelik.

“Ya saya.Kenapa?”

“Ini ada bungkusan untuk Cik Umairah,”dia hulur paper bag di tangannya padaku. Aku sambut dan menjenguk melihat isi di dalamnya. Makanan! Irfan bagi kot,detik hatiku. Elok sahaja aku mahu bertanya,kelibat lelaki tadi sudah hilang di balik pintu office. Aku segera bangun mengejarnya.Niat mahu bertanya tentang Irfan,jika benar dia yang mengirimkan makanan tersebut. Sampai saja di lif,aku lihat lif sudah bergerak turun menuju ke ground floor. Segera aku menekan butang lif untuk turun.Pasti sempat, pujukku dalam hati.

Sampai saja lif yang kunaiki di ground floor,mataku melilau ke kiri dan ke kanan mencari kelibat lelaki tadi. Nasibku baik. Lelaki tersebut sedang berjalan menuju ke foyer. Baru saja aku berkira-kira mahu berlari mendapatkan lelaki tersebut,tiba-tiba mampir satu group staff kearah lelaki tersebut.Irfan! Jadi betullah dia yang mengirim makanan tersebut. Aku mengomel di dalam hati. Kalau dari tadi dia reply wechatku, pasti aku tidak perlu berkejaran seperti ini.Buang karan saja. Baru aku mahu menoleh ke arah lif semula,kaki ku terhenti. Aku berpusing kembali untuk melihat dengan lebih teliti. Irfan dan satu group. Group yang sangat aku kenali kerana mereka kerap menjadi bahan gossip Kak Tun dan budak pejabatku.Upper Class. Badanku terasa kaku.Tidak mampu bergerak.Irfan bersama mereka bermakna Irfan is one of them? Irfan is one of the upper class? My Irfan? Aku ulang-ulang soalan di dalam kepalaku.

Sedang aku berdiri seperti orang bodoh di situ,mereka sudah mula jalan menghampiri lif. Lelaki yang menghantar makanan kepadaku tadi sudah lama hilang ditelan lautan staff yang pulang dari makan tengahari. Berselisih denganku, Irfan sedikit pun tidak menunjukkan tanda dia mengenaliku. Matanya tegak memandang ke hadapan menuju ke arah lif bersama groupnya. Benarkah dia Irfan Khairi yang kukenali?Aku melangkah perlahan menurut dari belakang mereka.

Dalam kekalutanku tadi,aku turut membawa paper bag yang berisi makanan sebentar tadi. Apabila pintu lif terbuka,mereka masuk beramai-ramai.Aku tidak melangkah masuk. Aku pakukan kakiku di hadapan pintu lif. Dan seperti tadi juga,Irfan berdiri dihadapan sekali. Pintu lif masih terbuka. Aku tunggu sehingga Irfan betul-betul memandang ke arahku. Saat mata kami bertemu,aku angkat makanan pemberiannya di atas mulut tong sampah di tepi pintu masuk lif. Lantas aku melepaskan paper bag tersebut masuk ke dalam mulut yang sedang menunggu.

Dapatku kesan matanya sedikit berketik. Ahh…now I know for sure.He is Irfan Khairi.And he purposely acts like he don’t know me. Maksudnya,sebelum ini juga dia pernah berpura tidak mengenaliku semasa kami berselisih satu ketika dulu. Saat pintu lif tertutup rapat,aku masih merenung ke dalam matanya. Cuba mencari jawapan di situ. Aku usap-usap dahiku kuat. Menahan air mata yang terasa menyucuk-nyucuk di tubir mata. Bodohnya kau Umairah! Bodoh! Masih senang meletakkan cinta pada penipu-penipu yang wujud di atas muka bumi. Begitu tega mempertaruhkan hati yang baru saja kukuh dicantum selepas pecah berderai. Bodoh! Aku terus menyumpah kebodohan ku sendiri berhari-hari lamanya.

__________________________________________

Seminggu berlalu pergi begitu sahaja. Aku terasa seperti di awangan. Jalan seperti di awangan. Tidur seperti di awangan. Makanan seperti tidak jejak di perut.Hai….indahnya bila bercinta, suka di hati tidak terkata, bila kekasih hilang dari mata, sakitnya hati jiwa yang merana.

Dahulu selepas cinta pertamaku gagal, aku seakan tekad untuk tidak mahu jatuh hati lagi. TApi aku juga tahu,aku bukan sesiapa untuk melawan takdir. Aku pujuk hatiku. Aku ajar diriku untuk redha. Jika benar ini jalan yang tertulis untukku,aku terima seadanya.Kerana aku tahu,setiap perancangan pasti ada hikmahnya.

Waktu lunch hour,aku paksakan diriku untuk keluar setiap hari. Bukan saja mengekori Kak Tun,malah aku sehingga keluar mencari tempat-tempat makan yang jauh dari pejabat.Pulang ke pejabat pun,tepat-tepat jam 2.00 petang. Hatiku rasa kosong. Saban hari rasa sedih makin menikam. Lantas aku ambil tindakan untuk meluahkan kekecewaanku kepada Kak Tun.

“Ya Allah…Mai….kenapa tak cerita dari dulu…apa pasal Mai simpan sampai dah macam ni sekali…,”marah Kak Tun. Aku diam mengungkit bahu.

“Entah Kak Tun. Rasa bodoh pulak sekarang bila fikir-fikir balik. Lepas kes kat lif tu, banyak kali dia call and wechat,tapi Mai tak reply pun. Mai terus block nombor dia,”ujarku perlahan. Kak Tun merenungku lembut. Dia mengusap tanganku yang berada di dalam pegangannya.

“Kesian Mai..dahlah tak berapa kawan dengan lelaki..Bila nak serius,macam ni pulak jadinya ya,”aku cuba ukirkan senyum terpaksa.

“Tapi Kak Tun rasa, Mai tak boleh diam macam ni je.Maybe dia ada reason?”cadangan Kak Tun mengaktifkan sel-sel otakku yang sekian lama beku diserang ais-ais cinta Irfan.

“Bila Mai cerita semua-semua ni,Kak Tun terfikir pulak. Dalam group upper class tu,memang ada sorang tu yang unknown.Muda-muda,muka macam cute-cute gitu,tapi muka straight.macam tak boleh buat lawak punya muka. Agak-agaknya dia ke tu?” pertanyaan Kak Tun menimbulkan tanda tanya di mindaku.Irfan muka straight? Macam tak mungkin saja.

“Agak-agak bila Kak Tun start nampak dia dalam group tu?”aku cuba menjadi detektif tak bertauliah. Memeriksa sama ada waktu Kak Tun mula melihatnya padan dengan waktu dia mula bertemu denganku.

“Lama…dah berbulan-bulan dah,”hampa. Aku baru bertemu dengannya 3 bulan sahaja.

“Ahh…abaikan jelah.Kalau dia serius, dia patut usaha lebih lagi.Explain pun taknak.Sekarang pun dia dah tak call lagi dah,”aku cuba menutup kekecewaanku dengan bersikap acuh-tidak acuh. Sedang hakikatnya hanya Tuhan yang tahu. Semalam bantalku lencun lagi dengan air mata sebelum aku tidur. Pada siapa hendak aku bohongkan yang aku kuat. Tiada siapa yang peduli.Jadi untuk apa aku berpura-pura lagi?

“Kak Tun kenal Mai…takpelah…maybe Allah nak hantar yang lebih baik lepas ni kan,”Kak Tun kenyit mata padaku.Cuba menghiburkan hatiku.AKu ukir senyum tipis.Aduhai hati..sabarlah ya.

________________________________

Pagi aku sampai di pejabat jam 7.30. Hari ini aku bangun lebih awal dari selalu kerana semalam aku menghabiskan hariku dengan bermalasan di dalam bilik sahaja.Almaklumlah,hujung minggu. Pastilah budak liat sepertiku ini menghabiskan waktu dengan melingkar di atas novel bersama kindle kesayanganku. Emak kerap membebel,menyalahkan itu yang menjadi punca mataku semakin rabun. Aku cuma diam. Pendamkan saja marah emak kerana aku sangat sayangkan kindleku.

Keluar dari keretaku,aku menekan button lock dan berdiri seketika memerhati ke dalam keretaku.Memastikan semua pintu berkunci dan botol airku tidak tertinggal di dalam kereta.Aku kerap tertinggal botol airku di dalam kereta. Pusing saja kebelakang,langkahku terhenti.Irfan. Berdiri tegak menghalang langkahku ke hadapan. Aku tarik nafas panjang. Sedikit terkejut.

“Assalamualaikum..and morning,”dia membuka kata. Terkumat kamit mulutku menjawab salamnya.

“Running away from me?”soalnya terus. Tiada simpang siur langsung.

“Yes,”aku juga menjawab straight.Tiada berlapik kata lagi. Terus aku berjalan mengelakkan tubuhnya di hadapanku.Tali botol air yang kusangkut di bahu ditariknya kuat menyebabkan langkahku terhenti. Aku pandang Irfan geram.

“Awak nak apa?”tengkingku kuat. Wajahnya tetap tak berubah. Sedikitpun tidak terkesan dengan nada kasarku.

“Saya nak awak,”aku ketawa. Masih mahu bermain kata? Tiada malu gamaknya si Irfan ni.

“Sudahlah Encik Irfan Khairi.Saya tak kenal Encik ni siapa.Entah-entah nama tu pun palsu. Dah kenapa Encik hendakkan sangat saya ni? Saya takde apa-apa pun boleh diberi.Find someone else to bother,”aku rentap kembali tali botol airku dari pegangannya.

“Umairah!”nada suaranya mematikan langkahku.Dia kembali menahan perjalananku.

“Saya ada reason saya.Biar saya explain dulu.Awak tak boleh jatuhkan hukum tanpa sebab,”aku tarik nafas panjang.Aku akui kebenaran kata-katanya.

“Call me tonight,”putusku lantas terus berlalu masuk ke bangunan pejabat.

___________________________________

Aku menunggu,menunggu dan menunggu sehingga jam 1.00 pagi,hanya kesepian yang menemani. Handphone yang kuletakkan di hujung kepala katil sedikit pun tidak begerak,jauh sekali berdering. Sayu terasa. Sekali lagi hatiku remuk. Untuk kesekian kalinya, tidurku kembali bertemankan air mata. Di mana silapnya aku dalam meletakkan kasih? Sakitnya hati tak dapat aku ceritakan. Langsung aku tidak menyangka Irfan mampu mencalarkan perasaan aku sehebat ini. Terbayang wajahnya yang manis dengan senyuman setiap kali aku bertanyakan sesuatu yang di luar jangkaannya. Terbayang saat pertama dia meluahkan perasaan kepadaku. Dia yang memulakan semua ini,tapi kenapa aku yang terkesan di akhirnya?

Aku capai handphoneku dan menghantar satu pesanan ringkas kepadanya.

‘Tolong jangan cari saya lagi.Saya merayu..lupakan cerita kita yang pernah wujud..’

___________________________________

“Mai,Bebear cari Mai,” Imah yang baru datang dari pantry menjenguk aku dari cubicnya. Mataku membulat. Aku memandang Kak Tun dan Kak Liza yang sudah menoleh memandangku bila mendengar suara Imah.

“Nak buat apa?”soalku pada Imah.

“Imah pun taktau Mai.Dia baru keluar dari toilet masa tu.Imah pun terkejut dia cakap dengan Imah.Dia cakap ‘Panggil Nur Umairah masuk bilik saya’,”beria-ria Imah menyampaikan berita.Hatiku berdegup kencang. Bebear atau nama asalnya Encik Zul adalah Head untuk Finance.Kami tidak pernah bercakap secara personal dengan dia. Section Chief sahaja yang selalunya bertemu dan berbincang segala masalah dengannya. Mulutnya yang sentiasa ketat tanpa senyuman dan badannya yang sedikit berisi membuatkan kami menggelarnya Bebear. Biar enak sedikit telinga mendengar.

“Dia kenal aku pun tidak,”omelku perlahan. Kak Liza dan Kak Tun menggesaku pergi segera. Langkah kakiku berat sahaja. Sempat aku menoleh memandnag Kak Tun dan Kak Liza dengan muka toya. Mengharapkan mereka ada idea untuk melarikan aku dari situasi ini. Balasan mereka hanya dengan jegilan mata dan gesaan yang lebih mendesak.

Sampai di depan pintu bilik Bebear, aku tercegat sahaja. Terasa payah mahu memaksa tanganku bergerak mengetuk pintu. Bismillahirrahmanirrahim……Tok!Tok!

“Masuk,”aku tolak pintu perlahan. Gemuruh jantungku tidak terkata saat itu. Masuk sahaja,mata Bebear beralih memandangku. Dihadapan mejanya,membelakangkan aku ,duduk seseorang. Susuk tubuhnya dari belakang mengingatkan aku pada seseorang. Saat dia menoleh , terasa seperti darah turun dari mukaku.Irfan! Bebear tiba-tiba bangun dari kerusinya.

“I’ll leave you both to talk,”senyuman kecil terukir di bibirnya sebelum dia keluar dari biliknya sendiri.Meninggalkan aku dan Irfan sendiri. Aku jadi tidak keruan. Sudah sebulan tidak bersua dengannya,aku sangka aku sudah tidak terkesan lagi dengan dirinya.Ternyata sangkaanku meleset.

“Maira,”serunya perlahan. Aku kebelakang sedikit bila melihat dia cuba mendekat. Terlihat sayu matanya bila melihat aku menjauh.

“Stop running from me Maira..please,”rayunya perlahan.Aku jatuh sedih.Dia yang melukakan perasaanku,mengapa lagaknya seolah-olah aku yang menyakiti hatinya?

“Talk,”arahku keras.Aku berpeluk tubuh.Cuba menunjukkan kekuatan diriku yang sebenarnya sudah lama rapuh.

“I’ll introduce myself properly….My name’s Irfan Khairi,”okay. Bahagian itu dia tidak menipu.

“Irfan Khairi bin Haji Salleh Khairi,”ulangnya sekali lagi berserta dengan nama bapanya. Aku masih diam.Menunggu dia menyambung kata.Tetapi dia cuma memandangku seperti mengharapkan sesuatu.

“So?”soalnya tiba-tiba. Aku tercengang. Ada sesuatu yang perlu aku jawab ke?

“So? What so?”soalku kembali.Siap dengan tangan tergawang-gawang lagi.Irfan tiba-tiba ketawa.Aku semakin pelik dengan situasi ini.What am I supposed to say?Should I say something?

“Ya Allah…Maira,you never ceased to amaze me,do you know that?”

“Ha?”aku tidak faham dengan situasi ini.

“Apa nama owner building ni and most of the company inside this building?”apa kaitannya dengan masalah aku dan dia? Irfan menanti jawapanku dengan penuh tekun. Aku garu tapak tangan kananku.Tabiat yang aku petik sedari umurku 11 tahun bila saja aku tidak ketemu jawapan untuk soalan yang diajukan padaku.

“Tuan Haji….Tuan Haji…,”aku ulang perlahan namanya di bibirku.Tuan Haji apa ya? Semua staff selalu menggelarnya Tuan Haji sahaja. Aku sendiri tidak pernah tahu nama penuhnya.Ketawa Irfan kembali bergema.

“Awak tahu ke?”cabarku kembali.Geram melihat dia yang galak mengusikku.

“Of course I know..because….,”leretnya di hujung ayat.

“Because?”aku tembak laju.

“Because he’s my father,”terang dan jelas ayatnya menusuk telingaku.Aku kaku seketika.

“What?!”kuat suaraku yang keluar.Cepat-cepat aku menutup mulut.

“Tuan Haji tu ayah awak?”seperti tidak percaya,aku ulang sekali lagi statementnya.

“Dah tu maknanya awak ni anak Tuan Haji?”aku masih tidak percaya sehinggakan aku mengulang perkara yang sudah diketahui. Aku jadi tidak keruan.Sekejap memandangnya,sekejap memandang pintu.

“Jangan lari!”tingkahnya bila melihat mataku yang memandang pintu. Aku menarik muka memandangnya kembali.

“Then,why are you lying all this time?”Irfan tarik nafas panjang. Dia menggamitku untuk duduk di sofa. Aku menurut tanpa kata.

“The thing is….my dad want to test me,”test? Test anak sendiri dengan disuruh bekerja di syarikat sendiri? Eh,macam lawak je Tuan Haji ni.Main-main pula.

“Jangan ingat test ni senang. My dad’s so strict. I can’t even tell any staff other than the board member that he’s my fatehr.Suffice to say, the board member is my ‘valuer’,”dia menekankan perkataan ‘valuer’ di dalam perbualannya.

“That’s all?”tekanku.Dia terpinga seketika. Aku segera bangun dari dudukku.

“Eh…Maira,I’m not finish,”

“It’s the end for me. You never call that night. Even if you cannot tell me the truth,you should make that call. You lost your chance,”putusku tegas. Segera aku beredar mahu keluar.

“Maira,don’t..Malam tu,I got caught. My Dad knows about you from someone.He forbid me from making any contact with you until now,”

“Why now?”aku mahu tahu. Mengapa sekarang? Mengapa hari ini yang dipilihnya.

“Because today is the last day I work here. I will start my own company after this,”

“Then..after this….,”aku gugup tiba-tiba. Terkesan dengan kata-katanya.Takut bila memikirkan dia tiada lagi di bangunan yang sama denganku selepas ini.

“After this..,”dia menyambung ayatku yang tergantung.

“I’ll bring you home and meet my family. Then,let’s get married!”wahh…gembiranya dia.Wajahnya tampak bersinar dengan ideanya sendiri.

“Awak jangan nak merapu kat sini,”aku cuba mengeluarkan nada marah.Sedang dalam hati sudah terbit bunga-bunga bahagia.

“Nope. Jangan nak avoid. I’m not blind. I can see that you also love me. Kalau awak tak suka saya,awak takkan melenting sampai tahap macam ni bila awak tahu saya tak jujur dengan awak.Betul?”aku garu kembali tapak tanganku. Matanya singgah melihat pergerakan tanganku.

“You scratch your palm when you’re nervous kan?”aku menjelingnya geram.

“Tak!”dalihku. Dia ketawa kuat.Membuatkan aku semakin geram.

“Sabtu ni makan tengahari rumah saya,”

“Takmau!”potongku pantas.

“Ayah saya tahu nama penuh awak,position awak,aras berapa awak kerja.Awak jangan ingat awak boleh lari,”aku telan liur. Ini dah kes ugut. Perlahan aku bangun dari dudukku. Ingin lari. Mustahila dia akan mengejarku seperti dalam cerita Hindustan tu kan? Saat tombol pintu sudah kugenggam,sekali lagi dia menakutkanku.

“It’s a promise Maira.Sabtu nanti saya ambil awak dari rumah,”mulutku terbuka untuk membalas bila tiba-tiba dia memberi isyarat menyuruhku diam.

“Sebelum awak nak cakap apa-apa…saya dah tau semua alamat rumah parents awak,even no phone parents awak pun saya dah tau. Expect them to ask about me when you go home today,”tanganku sudah menggempal penumbuk di sisi.Irfan benar-benar menguji kesabaranku.Terus aku keluar dari bilik tersebut dan menonong jalan ke pejabatku. Singgah di pantry sebentar mengambil air suam untuk melancarkan pergerakan angin-angin amarah di dalam tubuhku.

Sampai di cubicku, sepucuk surat dan sejambak bunga ros merah sudah terhidang di atas mejaku. Aku pandang pejabat yang sunyi. Semua staff sudah keluar lunch. Aku buka sampul tersebut dan membuka lipatan surat di dalamnya.

My Maira…

Amboi…sejak bila aku jadi Maira dia?

I’m sorry for everything..Saya tak minta maaf secara berdepan sebab saya tau awak mungkin menangis.Saya tahu betapa lamanya awak memendam rasa tentang semua perkara yang sudah terjadi.And saya sendiri pun tak suka tengok orang menangis. Saya tak pandai handle a crying woman.

Just for your record, I do love you. I like you from the first time I saw you. I like you even more when I talk with you. And I fall for you when you get angry and ask me what I want from you that day.

Aku tersenyum berseorangan. Ya,hari yang dia membuat confession mahukan hatiku.

Let’s start again…and this time every moment we create will not be in your cubic desk anymore. We’ll draw our life with happiness and color it with beauty. Please accept me Maira…and I’ll make all your dreams come true.

Love,

Yours..

Setitik air mata menitik di pipiku.Oh…sweetnya Irfan..walaupun aku tahu tak mungkin dia mampu memenuhi semua impianku,tetap setiap kata-katanya terukir di jiwaku.Mana mungkin aku menolak.Aku tahu hatiku.Aku memang cintakan dia. Walau mungkin aku tidak tahu sejak bila perasaan itu hadir,aku tahu ianya memang wujud di dalam hatiku. Tanganku pantas menyambar handphoneku untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya.

Tak pandai handle perempuan menangis?Be ready Irfan…after we’re married,I’ll cry everytime you don’t give me what I wish for. (~p~)

Sedetik cuma,telefonku bergegar kembali.

Tak perlu menangis…senyum sikit pun abang mesti bagi walau istana emas sekalipun.

Cess…abang konon…aku senyum berseorangan. Tidak berniat mahu membalas mesejnya.Biarkan dia panas punggung sendirian.Oh,senangnya dalam hati.Terasa seperti satu batu berat terlepas dari bahuku.Akhirnya cinta hatiku berbalas dan aku dapat juga mengecapi kebahagiaan. Walau aku tidak tahu sehingga bila rasa ini akan kekal, tapi aku pasti, aku dan Irfan akan sentiasa berusaha menuju ke arah bahagia.

FINISHED AT 2254 ~AMARFI~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience