Rate

Kau Cintaku, Kekasihku Selamanya ??

Romance Completed 1960

Perpisahan membuatkan hati bagai disiat-siat sehingga lumat. Aku hanya mampu mengenggam erat baju ku menahan sakitnya perpisahan yang aku alami saat ini. Menahan air mata ku daripada jatuh menyembah bumi. Aku terus bertahan sehinggalah bumi bagaikan bersimpati dengan ku, hujan turun membasahi bumi menutupi kesedihan hati ku dan membiarkan aku air mata ku mengalir bersama-sama hujan yang turun.

Aku berjanji kepada diri ku, aku tidak akan jatuh hati untuk kali kedua dengan orang yang sama. Aku tak akan biarkan perasaan ku mengkhianati diri ku buat kali kedua. Jika ditakdirkan untuk aku jatuh cinta sekali lagi, aku pertahankan diri untuk menafikan perasaan itu sekeras-kerasnya. Aku akan lindungi hati dan perasaan ku daripada terus disakiti kerana sakitnya perpisahan tidak mampu untuk aku galas.

Daripada jauh aku lihat Mika berlari ke arah ku. Jelas terpancar kerisauan di wajah polosnya.
"Jom balik," ujarnya lembut sambil menggenggam erat tangan ku.
"Dian bersalah," ujarku lemah sambil membiarkan diri ku terus dibasahi hujan.
Kami berdiri di perhentian bas berteduh daripada hujan. Mika beri sweaternya kepada ku.
"Mika tahu dari mana Dian ada di sini?"
Mika diam membisu. Aku berpaling melihatnya. Tajam mata Mika memandang ku. Wajah seriusnya menggerunkan. Membuatkan air mata ku jatuh di pinta. Menyedarinya, aku berusaha tersenyum, walaupun payah.
"Dian," ujar Mika perlahan.
Sesuatu yang aku tidak duga, Mika menarik ku masuk dalam pelukannya. Mika menepuk lembut bahu ku. Aku yang kaku dan terkejut dengan tindakannya, terkesima seketika. Kehangatan badannya menyerap ke badan ku dan degupan jantungnya jelas kedengaran di telinga ku. Aku tersenyum. Aku menarik muka dan mendongak sedikit melihat wajahnya yang bertukar kemerahan.
"Hahaha.." tanpa aku sedar, aku gelak. Melihat wajah Mika yang kemerahan itu. Aku membalas erat pelukannya.
"Terima kasih, Mikail."

10 tahun kemudian..

Mikail bengang dengan seorang pelajarnya yang betul-betul mencabar kesabarannya dan kredibilitinya sebagai seorang guru.
"Kali ni Aina buat apa pula?" Tanya James melihat wajah Mikail merah padam menahan marah.
"Dia boleh lukis aku dan dia pakai baju pengantin," jawab Mikail bengang.
James yang sedaya upaya menahan gelak, terlepas akhirnya.
"Lucu ke?" Soal Mikail geram melihat James gelakkan dirinya.
"Kau bertuah tau, Aina suka kau. Dah la pelajar contoh, cemerlang lagi, cantik, tinggi, berbakat, lengkap pakej dia ada mengalahkan orang dewasa tau," ujar James.

James akui, dia sedikit cemburu dengan Mikail. Walaupun Aina baru 17 tahun, tapi mempunyai tubuh badan yang menjadi idaman wanita dewasa, cantik, pintar, dan dalam kategori anak orang berada. Aina juga terkenal dengan hati dinginnya dan sudah ramai yang kena reject dengan Aina. Tapi, Mikail telah menambat hati Aina menjadikan Mikail dicemburui dalam kalangan pelajar dan guru lelaki.

Bagi Mikail pula, dia tidak pernah menganggap Aina lebih daripada seorang pelajar dan tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan insan yang pernah bertakhta di hatinya.

Hari ini, Mikail tetiba terasa ingin menghirup udara segar petang di taman berhampiran rumahnya. Mikail memasang earphone ke telinga dan mendengar lagu-lagu mp3-nya sambil berjalan-jalan mengelilingi tasik. Mikail tiada niat untuk bersenam selain daripada menikmati suasana tenang. Tetiba hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Mikail berlari ke arah pondok. Tetiba Mikail terhenti dan terkesima.

Mikail melangkah perlahan ke arah satu tubuh yang berhenti di tengah-tengah hujan yang turun. Mikail menghampiri seseorang yang membiarkan dirinya dibasahi hujan. Kejadian yang dilihatnya ketika ini hampir sama dengan kejadian 10 tahun lalu.

"Kenapa berhujan?" Tanya Mikail.
"Ibu," ujarnya perlahan. "Ibu pergi," ujarnya lagi.
Mikail keliru dengan apa yang gadis di depannya cuba sampaikan.
"Jom, nanti awak demam," ujar Mikail.
Mikail mencapai tangannya dan membawanya ke pondok.
Di bawah satu pondok berteduh, hanya kedengaran bunyi hujan yang turun dan angin bertiup. Mikail turut membisu dan tidak berniat untuk bertanya. Memori Mikail kembali ke peristiwa 10 tahun lepas. Gadis di sebelahnya turut membisu seribu bahasa. Benteng sunyi antara mereka pecah apabila guruh di langit berbunyi bertemankan kilat.
"Saya hantar awak balik. Jom," ujar Mikail apabila cuaca semakin buruk.
"Cikgu tahu rumah saya ke?" Tanyanya terkejut.
"Manalah saya tahu. Nanti awak beritahulah saya alamat rumah awak. Saya hantar awak," jawab Mikail.
"Terima kasih, Mikail," ujar si gadis perlahan.
Seiring kilat yang memancar, Mikail terpanar seketika.
"Awak cakap apa tadi?" Ujar Mikail memandang wajah gadis di sebelahnya.
"Terima kasih?" Balasnya terkejut.
"Selepas terima kasih tu, awak panggil saya apa?"
"Cikgu," jawabnya jujur. "Terima kasih, cikgu," ulangnya. "Kenapa?"

Aina melakar wajah sayu Mikail. Sungguh jelas wajah itu tadi.
"Kenapa wajah cikgu terlalu sayu dan sedih?" Ujar Aina sambil melihat wajah Mikail yang dilukisnya tadi.
Sebenarnya, Aina terkejut apabila Mikail tetiba menghampirinya tadi. Aina dapat rasakan ada seseorang menghampirinya tapi dia tidak menduga bahawa itu adalah Mikail. Dalam sedih, terselit rasa bahagia apabila Mikail memegang tangannya. Aina tidak menyangka ibunya pergi ke London tanpa dirinya.

Senyuman Aina bukan main manis lagi hari ini. Mata yang melihat senyumannya tidak semena-menanya mencair.
"Amboi kau, senyum tak sudah hari ni. Nenek kau dah boleh terima kau ke?" Sapa Aisya, kawan baiknya.
"Takde kena mengena dengan nenek aku pun. Aku terasa bahagia hari ini."
"Eh?"
"Cikgu Mikail aku dah sampai ke?"
"Oh, cikgu Mikail rupanya. Faham."
Aisya geleng kepala melihat sahabatnya yang angau mmbuk kepayang dengan cikgu matematik mereka.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, hari-hari yang berlalu tidak pernah suram untuk Mikail. Hari-harinya diwarnai dengan kenakalan Aina yang suka mengusik sehingga menaikkan darahnya. Namun, hari demi hari, Mikail dapat menerima kenakalan Aina sehinggakan dia rasa terhibur dengan kesungguhan Aina memikat hatinya.

"Cuti nanti Mika balik rumah. Mama janganlah dramatik sangat nak ugut Mika," ujar Mikail yang faham sangat drama Mamanya.
"Mama bukan apa, mama rindukan Mika," kedengaran sayu suara mamanya dari corong telefon.
"Baiklah, ma. Mika habiskan cuti kat rumah. Papa mana, ma?"
"Papa biasalah, bermain dengan anak Along kamu."
"Along ada, ma? Bila Along sampai?"
"Dua hari lepas."
"Kenapa Mika tak tahu?"
"Bukan Along dah beritahu ke? Mika yang busy sangat tu," sindir mama.
"Sorry, ma."
"Okay la, selamat malam. Assalamualaikum, sayang."
"Wa'alaikumusalam, ma."

Aina memandang wajah Mikail dari kejauhan. Terasa sayu dan sedih terbit di jiwanya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sebelum dia menduduki peperiksaan.
"Hey," sapa Aisya.
"Kau rasa, cikgu akan lupakan aku tak lepas ni?"
"Apa kata kali ni kau luahkan perasaan sebenar kau kat cikgu."
Mereka mendiamkan diri.
"Kenapa tak balik lagi ni?" Sapa Mikail tanpa mereka sedari.
"Cikgu," ujar Aisya.
"Ya?"
"Kalau cikgu tak keberatan, Aina nak belanja cikgu makan ais krim, sempena hari terakhir sesi persekolahan kami ni, boleh?"
Aina yang tidak menduga terkejut mendengar cadangan Aisya yang tetiba itu. Yang lebih memeranjatkan Aina, Mikail bersetuju.
"Takde hal lah. Jom lah, sekali saya hantar awak berdua balik."
"Saya tak boleh join, cikgu," ujar Aisya lagi.
"Kenapa?"
"Ayah saya datang ambil."

Mereka berdua menikmati ais krim tanpa bersuara. Suasana terasa sesikit janggal kerana Aina menjadi senyap dan pasif. Mikail pula, jasad sahaja bersama Aina, tapi fikirannya jauh melayang.
"Mika nak jadi cikgu?" Ujar Dian terkejut.
Mika tersenyum melihat reaksi Dian.
"Tapi, Dian tak nak jadi cikgu, Dian nak jadi pelukis," rajuk Dian.
"Jadi cikgu seni kan boleh," usik Mika.
Mika tahu yang Dian sebenarnya tidak suka terikat dengan suasana kerja yang formal.
"Forget it!" Ujar Dian geram.
Mika gelak suka dapat mengusik Dian.
"Jahat!" Pukul Dian ke bahu Mika.
"Ais krim tu cair nanti," ujar Mika melihat ais krim Dian yang tidak terusik daripada tadi.
"Mika nak ajar subjek apa?"
Dian menghabiskan ais krimnya yang hampir cair sepenuhnya.
"Matematik."
"Cikgu matematik paling kacak dan diminati ramai yang menjadi kegilaan para guru dan pelajar perempuan. Uh! Cemburunya!" Ujar Dian lagi.
Mika suka dengan reaksi comel Dian.
"Kenapa nak cemburu pula?"
Dian merenung jauh ke dalam mata Mika sambil tersenyum manis membuatkan jantung Mika berdegup pantas.
"Nanti Mika akan berjumpa seseorang yang Mika suka, dan saat itu, Mika dah terlupa dengan kehadiran Dian," ujar Dian sayu.
"Bukan kau ke yang lupakan ke?" Ujar Mikail.
"Eh? Kenapa pula saya nak lupakan cikgu?" Soal Aina hairan mendengar kata-kata Mikail yang secara tetiba itu.
Mikail tersedar dari lamunan sebaik sahaja suara Aina menyapa telinganya.
"Eh? Kenapa pula saya nak lupakan awak?" Ujar Mikail hairan.
"Cikgu takkan lupakan saya? Janji?"
"Eh?"

Lima tahun kemudian..

"Jika aku diberi seribu nyawa sekali pun, aku takkan beri satu pun nyawa aku untuk kau," ujarnya dingin membuatkan air mata Aina mengalir.
Aina terasa berat langkahnya. Dia tidak menyangka CEO mereka sedingin ais Greenland.
"Aku kena reject," ujar Aina dalam esak tangisnya.
"Kenapa mesti Cik Dian juga yang kau nak?"
"Sebab hanya dia yang boleh bantu aku secara langsung."
"Kau kena ingat Aina, kalau projek kali ni kau gagal, kau kena pecat terus tau."
"Tu la masalahnya. Projek kali ni, diketuai oleh Cik Dian."
"Memang masaklah kau kali ni."
"Aku menyesal tak dengar cakap ayah aku!" Raung Aina menyesal.

Mikail hairan melihat wajah Aina yang masam mencuka sepanjang hari.
"Besar sangatkah masalah tu?"
"Antara hidup dan mati," balas Aina suram.
Mikail tergelak mendengar jawapan Aina.
"Mana Aina yang optimis dan ceria yang pernah saya kenal pergi?" Usik Mikail.
"Sayang tak faham masalah Aina," rajuk Aina kecil hati Mikail tidak bersikap serius dengan masalahnya.
"Macam mana saya nak faham, kalau Aina tak cerita," pujuk Mikail.
"Aina ada projek kena uruskan, dan projek tu diketuai oleh CEO kami. Aina ada sedikit salah faham dengan client dan pihak client akan teruskan projek tu kalau ketua projek minta maaf."
"Salah faham macam mana sampai kena minta ketua projek yang minta maaf?"
"Takdelah serius sangat pun. Client tu yang mengada lebih. Lagi pun Aina yang bersalah, bukan Cik CEO. Tapi client tue bertegas nak Cik CEO yang minta maaf."
"Then?"
"Kalau projek tu gagal, Aina kena pecat, syarikat menanggung kerugian, nanti buruklah prestasi kerja Aina. Mana ada syarikat lain nak ambil Aina bekerja."
"Cik CEO tu cakap nak pecat Aina tanpa siasat punca masalah sebenar?"

Dian terpaku melihat jejaka yang berada tidak jauh daripada pandangan matanya. Jejaka itu tersenyum manis dan bahagia di samping gadis cantik menawan. Kemudian, Dian tersenyum nipis.
"Akhirnya, kau tersenyum bahagia," ujar Dian.
Dian berpaling dan meneruskan langkahnya.

Mikail hairan dengan sikap Aina hari ini. Tak habis-habis memuji Cik CEO-nya.
"Cantik sangat ke?" Ujar Mikail acuh tak acuh.
"Bukan sahaja berkarisma dan berkeyakinan tinggi. Kewujudan dirinya umpama bidadari tau," puji Aina.
"Amboi, umpama bidadari bagai. Aina pun apa kurangnya. Tak perlulah nak puji orang lain melebihi diri sendiri."
"Serius Aina cakap. Anak matanya yang greenish, ketinggiannya lebih kurang 6.5 kaki macam tu, kulitnya yang sangat cerah, alis mata yang melentik, bibirnya kecil dan kemerahan bak delima, rambutnya yang ikal dan hitam pekat menambahkan lagi kejelitaannya, dan suaranya yang serak basah dan tegas melengkapkan pakej wanita tercantik bak bidadari," ujar Aina panjang lebar.

Mikail terpaku melihat seseorang yang sedang memandangnya sambil tersenyum nipis dan manis. Tanpa Mikail sedari, air matanya mengalir melihat wajah yang tersenyum itu. Dan wajah itu berpaling dan menghilang di dalam keramaian manusia yang berada di sekelilingnya.

"Sayang," ujar Aina terkejut melihat Mikail tetiba mengalirkan air mata.
"Kenapa ni?" Soalnya risau.
"Maaf. Saya.." belum Mikail menghabiskan ayatnya, Mikail berlari ke arah bertentangan meninggalkan Aina yang hiaran kebingungan.
Aina hanya melihat perangai pelik Mikail yang tercari-cari seseorang. Setiap wajah dipandangnya dengan wajah penuh kerisauan dab sedih. Sepanjang lima tahun bersama Mikail, baru hari ini, Aina melihat dengan jelas wajah risau dan kehilangan Mikail.
"Argh!" Jerit Mikail.
Aina terkejut dan risau melihat keadaan Mikail. Aina berlari ke arah Mikail. Aina memeluk Mikail yang menangis seperti kanak-kanan kehilangan ibu. Aina tidak mempedulikan orang yang lalu lalang sedang memerhatikan mereka dan beberapa minit kemudian, hujan panas turun membasahi bumi seolah-olah memahami perasaan Mikail saat ini.

Aku mencapai segelas jus tomato yang tersedia di meja dan kemudian melukis kejadian hari ini. Lukisan yang aku jadikan sebagai diari hidup ku. Dan tema lukisan hari ini, 'Seribu Tahun'.

"Dian tunggu Mika. Dian hanya pergi apabila Mika telah melupakan Dian," ujar ku.
"Tapi Mika tak akan pergi kalau Dian tak ikut sekali," tegasnya.
"Dian tak boleh pergi dari sini. Mika kena faham itu."
"Kenapa Dian masih tak boleh lupakan lelaki tak guna tue?! Kenapa?!"
Mika akhirnya meluahkan kemarahan yang terpendam.
"Bukan sebab dia atau sesiapa pun. Dian memang tak boleh nak keluar dari sini."
Aku tak tahu nak jelaskan bagaimana tapi aku..
"Aku akan tetap ada di sini bila mana kau teringatkan aku. Aku tetap tunggu kau di sini."
Itu janji ku kepadanya.
"Tipu! Kau tipu! Kau sebenarnya tunggu dia!"
Aku berputus asa untuk yakinkan dirinya.
"Percaya atau pun tidak, terpulang. Kerana saat aku melangkah keluar daripada sini adalah saat di mana kau telah melupakan kewujudan ku."

Mikail terjaga dari tidurnya. Mikail ke dapur dan mencapai jus tomata yang sedia ada di dalam peti aisnya.
"Bukan aku yang lupakan kau, tapi kau yang tinggalkan aku."
Keluh Mikail bergema di segenap penjuru kepekatan malam.
"Kerana saat aku melangkah keluar daripada sini adalah saat di mana kau telah melupakan kewujudan ku."
Tetiba ayat 15 tahun yang lepas kembali segar di ingatan Mikail.
"Aku sangat merindui kau, Dian."

Dian hilang sabar dengan hasil kerja Aina. Dian mencampak hasil lakaran akhir reka  bentuk Aina ke lantai.
"Saya nak sesuatu yang baru, awak faham tak?!"
Kecut hati Aina dengan jerkahan  keras Dian.
"Awak dah lupa ke dengan janji awak dengan saya?" Ujar Dian tenang dan mengutip satu persatu hasil lakaran yang dicampaknya tadi.
"Awak ada bakat dan awak genius. Seharusnya awak tahu apa yang saya nak. Ini bukan apa yang saya nakkan. Saya bagi awak peluang terakhir. Kalau awak gagal sekali lagi, saya terpaksa keluarkan awak dari projek kali ini."
Dian menyerahkan hasil lakaran yang dikutipnya kepada Aina yang berdiri kaku bak patung cendana.
Langkah kaki yang lemah hanya mampu Dian perhatikan. Dian sendiri tidak dapat mengawal kemarahannya.

"Kau okay?"
Aina hanya mampu mengangguk. Tenaganya hilang lesap bersama semangatnya.
"Cik Dian memandang tinggi dengan hasil karya kau. Kau jangan berputus asa, Aina."
Aina akui, apa yang dikatakan rakan sekerjanya itu betul. Cuma hasil kerjanya kali sangat tidak memuaskan hati kerana hatinya terganggu menyebabkan dia sukar menumpahkan perhatiannya dengan kerjanya.

"Muram semacam je, kenapa ni?" Ujar Mikail dan memberi Aina segelas jus lobak.
Mata Aina tertumpu ke arah jus tomata yang Mikail teguk.
"Sekilas pandang, jus tomato tu mirip darah membuatkan Aina mual setiap kali melihat sayang minum jus tomata," luah Aina tetiba.
Mikail tersenyum nakal ke arah Aina.
"Oh tidak! Vampire!" Jerit Aina.
Kemudian mereka tergelak bersama. Aina terasa sedikit tenang dan jauh daripada keresahannya.
"Apa yang awak risaukan sampai gloomy sepanjang hari?"
"Aina ada soalan untuk Mikail, dan Aina harap Mikail jawab Aina dengan jujur, boleh?"
"Boleh. Apa dia?"
"Aina nak tahu kisah cinta pertama Mikail, boleh tak?"
Mikail tersentak seketika dan sedaya upaya mengawal reaksinya.
"Tu bukan soalan, tu permintaan lah," ujar Mikail bersahaja.
"Boleh lah," pujuk Aina.
"Tapi kenapa tetiba nak tahu pula?"
"Ceritalah dulu, nanti Aina beritahu apa sebabnya."
"Tak boleh ke beritahu dulu sebabnya?"
"Alah. Aina nak dengar cerita cinta Mikail sebab nak jadikan ilham segar Aina."
"Ilham?"

Awal perkenalan kami semasa aku ditempatkan di kelas yang sama dengan pelajar perempuan yang aku jumpa pertama kali semasa mendaftar sesi kemasukan, tahun lepas. Minggu pertama sesi persekolahan, orientasi untuk pelajar baru. Minggu kedua, sekali lagi aku ditemukan dengan pelajar perempuan yang mendaftar sama-sama dengan ku. Kami disatukan dalam satu kelas yang sama. Aku gembira tak terhingga saat itu. Dia sungguh peramah dan ceria. Mereka senang dengan dirinya. Malangnya, walaupun kami sekelas, kami jarang dapat berbual.

Sehinggalah suatu hari..
"Mikail!" Jeritnya.
"Apa?!" Balas ku geram.
"Tolonglah aku," ujarnya. Aku tersenyum dalam diam.
"Aku malaslah. Kau buatlah sorang," ujar ku.
"Mika!" Dia membaling gumpalan kertas ke arah ku sambil menjelirkan lidahnya. Geram barangkali.
"Dian!" Aku menjerit memanggilnya.
"Apa?" Balasnya sambil menyusun satu persatu buku-buku yang berselerak.
"Nah."
"Eh, macam mana kau tahu?" Ujarnya teruja.
"Aku selalu tengok kau minum. Dah serupa vampire aku tengok kau ni."
Dia hanya tergelak kecil.
"Empat tahun kita dalam kelas yang sama, baru hari ini aku lihat kau senyum untuk aku," ujarnya membuatkan aku terkesima.
"Kau, dengan pelajar lain, ringan je senyum, dengan aku, pandang pun tak, apatah lagi nak senyum. Sombong!" Ujarnya lagi.
Terbit rasa bahagia di hati ku mendengar luahan hatinya.
"Apa pula. Kau tu yang sombong, tak pernah nak tegur aku. 24 jam berkepit dengan best friend kau. Pandang aku pun tak," bidas ku.
Dan senyumannya sentiasa mencairkan hati.

Suatu hari, dia berlari ke arah ku dengan wajah penuh ceria. Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya.
"Kenapa ni?" Tanya ku. Entah kenapa perasaan aku ketika itu bercampur aduk. Ada perasaan gementar dan tidak sedap hati saat itu.
"Aku ingatkan, aku bertepuk sebelah tangan selama ni. Tak sangka perasaan aku berbalas. Senior Faiz luahkan perasaan dengan aku, Mika," ujarnya teruja.
Dan saat itu, aku terasa bagaikan langit jatuh menghempap ku. Hati dan perasaan ku hancur remuk bagai direntap kasar oleh kata-katanya. Tapi yang lebih menyakitkan ialah melihat air matanya yang mengalir kerana lelaki tak guna tu dan kesetiaanya terhadap lelaki yang telah melukai hatinya. Itu adalah perkara yang aku tak boleh lupakan. Aku berundur keluar dari hidupnya. Aku harapkan selamanya, tapi...

Aina terpaku mendengar kisah cinta pertama Mikail. Rupanya, Mikail mempunyai kisah terindah zaman remaja dan persekolahan yang sama sepertinya malah lebih indah daripadanya walaupun kisah klimaks nya kabur dan suram.
'Klimaks?? Kenapa klimaks??' Aina tersedar dengan bisik hatinya sendiri.
'Aku berundur keluar dari hidupnya. Aku harapkan selamanya, tapi...' apa maksud Mikail dengan ayat terakhirnya itu?

"Awak tahu, dia selalu ditemani hujan. Bumi terlalu menyayanginya sehinggakan apabila dia bersedih, hujan pasti turun. Kerana dia tidak boleh berdepan dengan cahaya matahari secara langsung dan saya saya selalu mengelar dirinya vampire kerana sifat dirinya yang seakan-akan puntianak dongeng barat," sambung Mikail mengakhiri ceritanya.
"Jika diberi peluang sekali untuk bertemu dengan dirinya, adakah Mikail akan jujur dengan perasaan Mikail?"
Aina dapat merasakan betapa dalamnya kasih dan sayang Mikail terhadap cinta pertamanya. Mikail pegun mendengar kata-kata Aina. Hatinya berbisik sama ada dia telah melukakan hati dan perasaan Aina terhadapnya atau itu sememangnya pertanyaan jujur yang keluar dari hati Aina.

Mikail berdiri betul di hadapan Aina membuatkan Aina sedikit hairan dan bingung Mikail. Mikail memeluk tubuh kecil Aina dan membisikkan sesuatu di telinga Aina dan bisikan itu bagai rentapan kasar yang merentap hati dan perasaannya. Terasa sungguh sakit dan mengguris.
"Kerana saat aku melangkah keluar daripada sini adalah saat di mana kau telah melupakan kewujudan ku," bisik Mikail ke telinga Aina.
Bisikan itu membuatkan air mata Aina mengalir tanpa dia sendiri sedari.
"Ayat itu adalah ayat terakhir darinya untuk ku dan ayat itu bagai satu sumpahan," ujar Mikail lagi dan melepaskan pelukannya.
"Peluang yang awak maksudkan adalah satu penentuan untuk kami berdua. Satu perjanjian dalam pertaruhan untuk memori kami di masa silam," sambung Mikail lagi.
Terbit rasa cemburu dalam masa yang sama rasa kagum turut hadir sama dan tidak terkecuali rasa menyesal. Aina terduduk lemah melihat air mata Mikail mengalir tanpa segan sekali lagi di hadapannya. Seingat dirinya, ini kali kedua dia melihat air mata lelaki Mikail mengalir dan fahamlah dia bahawa air mata pertama adalah untuk insan yang sama. Rasa menyesal mengetahui kebenaran itu lebih pahit dan berat rupanya, apabila kebenaran pahit itu keluar daripada insan yang sangat dicintai.

"Maafkan, saya Aina," ucap Mikail tetiba sambil menggenggam eratjari-jemarinya.
"Kerana aku rela menunggu dirinya walau seribu tahun lagi dan aku sentiasa merinduinya dan sangat merindui dirinya sehingga saat ini."
Mikail melutut depan Aina dengan seribu seselan kerana dia telah melukai satu-satunya insan yang mencintai dirinya sepenuh hati dan jiwanya.
"Maafkan aku."

Aina perlahan-perlahan meleraikan genggaman erat tangan Mikail. Air matanya mengalir semahunya. Langkah kaki yang terasa berat itu diangkat sedaya upaya pergi daripada situ. Aina menutup pintu studio Mikail tanpa berpaling memandang Mikail yang ditinggalkannya. Aina menangis disebalik pintu menahan perasaan yang bercampur baur tanpa kepastian. Dan kini mengerti lah dia dengan perasaan sebenar Mikail.

Benarlah ada pepatah mengatakan bahawa, cinta pertamanya selalu tidak akan bertahan. Sukar dikenang dan sukar dilupakan kerana terlalu indah untuk dilupakan dan terlalu pahit untuk dikenang. Tapi aku masih tidak berputus asa dengan cinta pertama dan aku berharap, akan adanya keajaiban untuk pengakhiran kisah cinta pertama kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience