Series
1139
Adriel Jones Edward Kim Dionne Millie Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Segala paparan seperti nama, latar tempat, latar kehidupan di dalam buku ini juga hanyalah imaginasi penulis. status : tak ada harapan yang tinggi untuk buku ni tapi kalau ada yang sudi membaca, terima kasih diucapkan. saya update ikut kelapangan masa Lots of love dari saya, na Pada era moden ini, beberapa buah negara telah menamatkan sistem pemerintahan di raja. Namun, masih terdapat negara yang mengamalkan sistem beraja sehingga kini untuk mengawal sistem politik di negara mereka. John Ethel, seorang lelaki berusia 58 tahun telah memerintah negara Esuberto selama hampir 20 tahun dan kini akan menurunkan takhtanya untuk diberi kepada salah satu anak lelaki yang dia ada. "Adriel, ayah nak kamu uruskan pemerintahan negara kita." Saat pertama kali jejaka berusia 25 tahun itu mendengar arahan ayah, dia terkedu sampai ketawa pun tak ada bunyi. Ayah gila! "Kenapa Ad? Bukan ke Edward yang patut gantikan takhta ayah memandangkan dia anak sulung dalam keluarga kita?" tanya Adriel yang tampaknya tidak mahu menerima penurunan takhta itu. Padahal, perkara itulah yang paling akan direbut oleh orang-orang jika ada peluang. Mana tidaknya? Status diri memegang pangkat paling tinggi dan disanjungi ramai. Tapi tidak dengan Adriel, dia langsung tidak berminat. Banginya, sang abang Edward Kim lebih layak menerima penghormatan ini. Adriel Jones dan Edward Kim, dua beradik ini mempunyai karakter yang bertolak belakang. Edward lebih matang dalam memikirkan masa depan dan menjaga imej diri sebagai keturunan diraja. Dari kecil, dia sudah mempunyai sikap kepimpinan dan tanggungjawab yang tinggi. Manakala Adriel, lebih sukakan kebebasan dan ikut kepala sendiri. Dia macam, keadaan dekat sekolah di mana ada pelajar yang suka memegang jawatan dan ada pula yang lebih selesa menjadi budak biasa tanpa mahu menggalas apa apa tugas. "Ayah nak turunkan kepada kamu, kenapa kamu taknak?" tanya si bapa dengan senyuman tipis dan masih ingin memaksa Adriel untuk menggalas tanggungjawab itu. Entah alasan apa John Ethel tetap menginginkan Adriel yang menjadi raja muda sehingga membuatkan Edward jadi memikir apa kurang dirinya sebagai anak sulung? Dia sudah berkorban zaman kecil dan remajanya demi menggalas tanggungjawab yang difikirkan akan diberi kepadanya. Sejak kecil, Edward sudah menerapkan di dalam diri untuk bersikap tidak seperti rakyat biasa kerana dia tahu pasti dia akan mengganti posisi sang ayah. Edward sangat patuh dengan protokol yang ada namun dirinya masih kurang di mata sang bapa? Lantaran mengapa Adriel pula yang menjadi pilihan sedangkan sudah secara terang dan nyata lelaki itu masih bersikap kebudakkan serta selalu sahaja berfoya-foya. Di tengah situasi itu, datang pula seorang gadis dari kalangan orang biasa, Dionne Millie yang bertemu secara tidak sengaja dengan Adriel. Pertemuan itu bagaikan satu takdir di mana secara tidak langsung menyeretnya masuk ke dalam kehidupan Edward juga. Bagaikan sebuah cerita dongeng dan klishe, kehidupan Dionne Millie berubah setelah berjumpa dengan dua orang putera muda diraja. Lantas, bagaimanakah kesinambungan cerita ini? Apakah peranan Dionne di dalam kehidupan Adriel dan juga Edward? •• to be continue => 01 _________ ____
<3
Share this novel