Part 9

Family Completed 3976

*****RUMAH NANCY*****
Selepas keluar dari badan si Nancy terus si Hanna keluar dari rumah.Dia keluar jalan-jalan di kawasan taman dekat rumah dia.Sampai di taman terus dia duduk di satu kerusi bawa pokok.Si Hanna nampak banyak pasangan couple di taman tu sedang dating.Ada juga yang suda ada keluarga.Satu keluarga lepak meluangkan masa bersama.
Tiba-tiba airmata si Hanna si Jatuh.Si Hanna teringat pasal si Michael sama si Andrea.Apalagi nampak sweet couple yang tengah dating di taman.Hati dia cemburu.'Kenapa sy nda boleh macam diorang.' Bilang si Hanna didalam hati.Hati si Hanna betul-betul sedih dan kecewa.Perasaan marah juga ada didalam diri si Hanna. "Kenapa?suda give up mau cari titisan airmata 100% tu?" Bilang si Kevin tiba-tiba muncul dan duduk di sebelah si Hanna."Macam.." bilang si Hanna menjawab.Terus terkejut si Kevin dengar."Sy suda cakap Hanna..manusia susah untuk diramal.Ramai manusia yg hidup penuh dengan kepura-puraan.H
anya sedikit yang betul-betul jujur" bilang si Kevin sambil menghembus nafas.
Kali ni makin kuat si Hanna menangis.Apa yang si Kevi cakap semuanya betul.Apalagi sekarang orang-orang yang si Hanna betul-betul percaya,sayang dan mengharapkan orang itu untuk memberikanya airmata 100% telah mengkhianatinya.Kali ni si Hanna menutup mukanya dengan kedua belah tangannya.Lepas tu dia menangis lagi. "Kau fikir-fikir dululah Hanna.Kalau kau sudah betul-betul give up nanti kau bagitau sy.Paling lewat bisuk petang."bilang si Kevin sambil tepuk-tepuk belakang si Hanna.Si Hanna kasi angguk-angguk kepala dia saja sambil menangis.Si Kevin terus jalan.Beberapa saat kemudian si Kevin terus hilang dari pandangan si Hanna.
"Mama..Bapa...Camela...Sy rindu kamu..Kamu saja orang yang betul-betul sayang sama sy...S aya sedih sangat.Si Michael sama si Andrea sudah mengkhianati cinta sy.."Makin kuat tangisan si Hanna.Malam tu si Hanna menangis sepuas-puasnya.Hanya itu yang si Hanna mampu lakukan sekarang.
*****HOSPITAL****
Si Fred masuk didalam wad si Hanna.Dia nampak tuan Aldo sudah tertidur ditepi katil si Hanna.Selepas tu si Fred pelan-pelan kasi kejut tuan Aldo.Tuan Aldo terbangun saja terus dia berdiri."Eeh..Fred.Sy ingatkan Michael yg datang." Bilang tuan Aldo sama si Fred.Terus si Fred salam tuan Aldo. "Si Michael tidak dapat datang tu uncle.Dia cakap dia busy."bilang si Fred.Terus tuan Aldo senyum.Nampak sangat tuan Aldo sedang kepenatan.Tidak mempunyai tidur dan rehat yang cukup."Ooh macam tu.Tidak apalah kalau si Michael tidak dapat datang.Sy jaga sajalah si Hanna ni sampai esok.Tadi si Michael Janji mau ganti sy bah tu..tapi nda apalah."Bilang tuan Aldo.
"Eeh..uncle baliklah dulu.Kasi rehat badan uncle.Kesian uncle macam tidak cukup tidur sama rehat.Pasal si Hanna Jangan risau.Biar sy jaga dia."Bilang si Fred.Terus dia tepuk-tepuk bahu si tuan Aldo.Tuan Aldo senyum sambil tepuk-tepuk balik bahu si Fred."Terima kasih Fred...Apa-apa nanti call uncle terus" bilang tuan Aldo."Ok no problem uncle." Bilang si Fred menjawab sama si tuan Aldo.
Si Tuan Aldo ambil sweater dia lepas tu baru dia keluar.Kesian tuan aldo.Mata pun macam panda sudah.Sudah hilang bayang tuan Aldo baru si Fred pelan-pelan pigi dekat sama si Hanna.Lepas tu dia duduk ditepi katil si Hanna.Dia pegang tangan si Hanna.'Cepatlah kau sedar kau Hanna.Ramai orang yg sedang merindui kau' bilang si Fred.Terus dia perhati muka si Hanna.
Kali ni si Fred perasaan ada airmata di mata si Hanna.Cepat si Fred ambil tisu dipoket seluar dia selepas tu lap airmata si Hanna.Si Fred sentuh muka si Hanna.'Hanna,kenapa kau menangis ni?Ada sesuatu yang buruk berlaku sama kau kah?please be strong Hanna.Masi ramai yang menanti kau disini.Kuatkan semangat.' Bilang si Fred didalam hati.
Si Fred genggamm tangan si Hanna.Hatinya terasa sebak dan sedih tapi entah mengapa airmatanya susah sekali mau jatuh.Perasaan ingin menangis tu ada tapi tidak tau kenapa terasa susah untuk melepaskan perasaan itu.Dulu sewaktu si Fred umur 7 tahun,si Fred kehilangan bapanya sebab bapanya menghidap penyakit kanser. Sekali lagi si Fred kehilangan mama dia kerana mamanya juga menghidap kanser semasa si Fred berumur 9 tahun.Sejak itu si Fred tinggal sama auntynya sehinggalah si Fred berumur 14tahun.Auntynya berkahwin dengan lelaki luar negara.Sejak itu kebajikan si Fred terabai.Dan si Fred hidup keseorangan sebab auntynya pergi menetap diluar negara bersama suaminya.
Jadi si Fred adalah orang yang kuat dan tabah.Sebab itu dia susah untuk menangis.Bagi si Fred menangis bererti mengalah.Lagipun dia sudah puas menangis di zaman kanak-kanaknya.Zaman dimana kanak-kanak harus menjalani hidup dengan bahagia dengan orang-orang yang disayangi.Tapi bukan semua orang bernasib baik.
Si Fred berdiri selepas tu dia ambil beg yang dia bawa lalu mengeluarkan sesuatu dari beg dia."Hanna..kau ingat ni?Ni lah permainan magic kad yang kau ajar sy dulu.Masa tu kita masi rapat.Nahh..sy main didepan kau supaya kau tidak sedih.Kau cakap permainan ni boleh kasi jadi kita happy.Sy tau kau sedih sekarang.Jadi sy mau main ni benda untuk kau" bilang si Fred. Terus si Fred teringat kisah silam di mana si Hanna orang yang mula-mula menegur si Fred di sekolah.Si Fred adalah seorang yang pendiam manakala si Hanna adalah seorang yang peramah.Sebab itulah si Hanna selalu kena buli.Sebab si Hanna telampau baik sangat sama orang.Sekejap termakan dengan pujuk rayu orang.Sebenarnya orang hanya mempergunakan si Hanna.
"Fred!jom kita main magic Card!Boleh kasi hilang perasaan sedih kalau kau main".Itulah kata-kata si Hanna sama si Fred sewaktu mula-mula si Fred belajar main magic card dengan si Hanna.Sejak itu si Fred menaruh perasaan cinta sama si Hanna.Namun si Hanna menolak dan bagitau si Fred yang diorang cuma kawan baik.
Sejak itu jugalah si Hanna berpindah ke sekolah lain.Tapi si Hanna bagitau si Fred yang dia berpindah sebab keluarga dia kena berpindah supaya urusan bisnes diorang senang.Dari situ juga si Fred tidak pernah berhubung dengan si Hanna lagi sehinggahlah si Fred datang dimajlis hari jadi si Michael.Tapi tidak sangkah si Michael sama si Hanna ialah pasangan yang sedang bercinta. Awal pagi lagi dalam jam 7 am si Hanna keluar jalan pigi rumah si Michael.Kali ni si Hanna tidak meminjam badan si Nancy.Si Hanna hanya berjalan sebagai roh supaya si Michael tidak boleh nampak dia.Lagipun bahaya kalau guna badan si Nancy.Nanti kalau ada apa-apa si Nancy yang tanggung.Si Hanna tidak mau melibatkan si Nancy.Si Nancy langsung tiada langsung tiada kena mengena dengan ni. Si Hanna jalan sana sini.Mundar mandir dia menunggu bas sampai.Kalau dia jalan kaki saja pigi sana rumah si Michael agak jauh juga.Lainlah kalau dia ada super power macam si Kevin.Petik jari saja sudah sampai di tempat yang dia mau pigi.Si Hanna lain.Dia cumalah roh manusia biasa yang tidak mempunyai kelebihan seperti si Kevin.
Tiiittt..tittttttt......Bunyi hon bas kedengaran.Cepat-cepat si Hanna naik dalam bas.Orang yang lalu lalang dalam bas tu langgar saja roh si Hanna.Si Hanna tidak sudah peduli.Ramai juga orang yang naik bas awal pagi tu.Sampai tiada tempat duduk kosong.Si Hanna duduk disebelah driver bas.Si Hanna mengeluh.Bas yang dia naik tu selalu berhenti sebab mau kasi turun penumpang.Si Hanna tingu jam suda jam 8 am. jam 8 am.
Dalam 30 minit kemudian tu si Hanna sampai ke destinasi yang dia mau pigi.Cepat-cepat si Hanna turun dari bas.Dari tepi jalan tu boleh nampak sudah rumah si Michael.Terus si Hanna jalan laju-laju.Anjing-anjing di kawasan situ mula sudah menyalak sama si Hanna.Betullah orang cakap.Mata anjing tajam.Boleh nampak apa yang manusia tidak boleh nampak.
Sampai saja didepan rumah si Michael terus si Hanna masuk.Didepan rumah tu si Hanna nampak high heel perempuan.Dia kenal siapa punya.Andrea! Makin berani sudah si Michael sama si Andrea.Si Hanna masuk dia nampak si Andrea tengah duduk di sofa.Si Michael duduk berdepan dengan dia.Si Hanna pigi dekat sama diorang.
"Andrea!kau kena dengar cakap sy.Perjalanan kita sudah jauh."Bilang si Michael sambil pegang bahu si Andrea."Tapi Michael kita sudah keterlaluan."Bilang lagi si Andrea.Kali ni si Andrea menangis sudah.Si Andrea macam dilema."Kau ingat Andrea..Kita kena dapatkan juga semua harta kekayaan bapa kau.Jangan nanti dia wariskan semua harta dia sama si Hanna."Bilang si Michael.Tinggi sikit suara dia. Si Hanna terkejut terus dengar kata-kata si Michael.Si Hanna pigi dekat si Michael lepas tu dia pukul tapi sia-sia."Kamu mau buat apa sama bapa sy!" Bilang si Hanna berteriak."Andrea..." si Michael peluk si Andrea.Si Andrea menangis sudah teresak-esak."Sy tau kau sayangkan diorang.Tapi cuba kau fikir apa yang diorang buat sama kau?sejak si Hanna lahir kau diabaikan.Sekarang masa untuk kau balas dendam.Lagipun sy ada disisi kau." Bilang lagi si Michael pujuk si Andrea. "Sy akan buat Michael.."Bilang si Andrea.Si Andrea lap airmata dia.Walauapapun dia kena juga dapatkan semua harta tuan Aldo.Ini adalah peluang bagi mereka.Lagipun tuan Aldo dan puan Hellen selalu melebihkan Hanna dari dia.Apa-apa masalah semua Andrea disalahkan.Pernah sekali sewaktu umur Andrea 7 tahun dan ketika itu Hanna berumur 4 tahun.Si Hanna memecahkan pasu kesayangan puan Hellen yang mahal.
Puan Hellen memarahi Andrea dengan teruk.Tidak sedikit puan Hellen menyalahkan Hanna.Puan Hellen dan tuan Aldo berubah setelah kehadiran anak mereka Hanna Donatella.Andrea yang dulu selalu mendapat perhatian kini dijadikan sebagai tunggul.Sekarang wasiat harta sudah ditangan si Andrea dan Michael.Diorang cuma memerlukan cop peribadi si Hanna dan segala harta itu bakal menjadi milik mereka. "Ya michael.Sy akan cari cop peribadi si Hanna sampai dapat.Sy tau di mana dia simpan.Biar sy uruskan."Bilang si Andrea sambil tingu si Michael.Terus si Michael peluk."Macam begitulah sayang.Kita dapat harta tu baru kita keluar dari sini.Kita pigi luar negara berkahwin sana."Bilang si Michael lagi.
"No Andrea! Jangan buat begini sama si bapa!" Bilang si Hanna berteriak lagi tapi sia-sia sebab si Andrea tidak dapat dengar si Hanna.Airmata si Hanna rancak jatuh sudah ni.Tidak dia sangkah si Andrea sanggup mengkhianati orang yang membesarkannya demi lelaki dan harta benda.'Kamu mengkhianati sy tidak apa..Tapi kalau melibatkan bapa sy,kamu sudah melampau!Saya akan halang kamu!' Bilang si Hanna dalam hati. Terus dia keluar dari rumah si Michael. *****RUMAH NANCY*****
Si Hanna menangis sambil perhati si Nancy yang tengah tidur.Fikiran si Hanna melayang jauh.Dia teringat semua janji manis si Michael.Si Michael berjanji akan bertunang dengan si Hanna bulan depan.Tapi disebabkan si Hanna terlibat dalam kemalangan mungkin itu tidak akan terjadi.Mungkin inilah hikmah di sebalik kemalangan yang terjadi pada Hanna.Tuhan mau menunjukkN segalanya sama si Hanna.
Terus si Hanna terfikir apa yang menyebabkan dia kemalangan.Si Hanna cuba ingat kembali tapi apa yang dia ingat sewaktu dia sedar dan melihat tubuhnya didalam kereta.'Kenapa sy boleh kemalangan' bilang si Hanna didalam hati.Terus dia terfikir mau pigi tingu balik tempat dia kemalangan hari tu.Pelan-pelan dia dekat si Nancy lepas tu masuk didalam badan si Nancy.
Sudah tu baru si Hanna bersiap-siap kasi kemas si Nancy.Baru dia keluar dari rumah ambil teksi saja pigi ditempat kemalangan hari tu.Dalam beberapa minit kemudian si Hanna sampai di tempat dia kemalangan.Terus si Hanna bayar tambang teksi dan turun dari teksi.Kali ni si Hanna berdiri ditepi jalan saja sambil mengingat balik kejadian kemalangan yang menimpah dirinya.
Mula-mula tu si Hanna ingat dia datang pigi party harijadi si Michael.Selepas itu dia keluar dari rumah si Michael mau ambil skarf yang dia mau hadiahkan untuk si Michael.Semasa di highway tu terus si Hanna ingat dia mengelak dari melanggar seorang perempuan tapi dia tidak ingat muka tu perempuan. "ARRGGHHH!!" Bilang si Hanna berteriak.Terus dia terduduk.Kepala dia tiba-tiba sakit sangat."Miss are you okay?" Bilang seorang yang lalu disitu.Terus si Hanna tingu tu orang.Perempuan yang sudah agak lanjut usia."I'm okay mam.Thank you" bilang si Hanna.Terus tu perempuan hulur tangan mau tolong si Hanna berdiri semula.Si Hanna terus pegang tangan tu perempuan tua.
Tu perempuan tua tingu si Hanna lama-lama."Waah..kamu sudah berubah sekarang.Sy harap kamu tidak membuat perkara gila macam hari tu." Bilang tu perempuan tua yang mengenalkan dirinya sebagai aunty Suri.Aunty Suria kasitau si Hanna yang dia selalu limpas(lalu) ikut dijalan itu."Apa yang sy suda buat aunty?" Bilang si Hanna kebingungan.Mungkin aunty Suria maksudkan si Nancy.
"Hari tu kamu hampir mati dijalan ni mau kena langgar kan?nasib baik tu kereta mengelak.Tidak taulah macam mana nasib tu driver sekarang.Teruk juga dia eksiden hari tu.Tebelanggar sama loging(trailer) bah dia tu.Isssshh...takut aunty mau ingat balik." Bilang si Aunty Suri.Tiba-tiba si Hanna terundur langkah pigi belakang.Pelan-pelan kedua belah tangan dia menutup mulut ya.Airmata si Hanna mula mengalir.
Si Hanna sudah ingat punca kemalangan dia.Nancy kaulah punca si Hanna terlibat dalam kemalangan.Waktu itu si Nancy tiba-tiba meluru masuk di jalan raya untuk membunuh diri.Tapi nasib si Nancy bagus sebab orang lain yang menjadi korban dari kebodohan si Nancy.'Nancy rupanya kau yang menyebabkan sy jadi begini.Kenapa kau bodoh sangat Nancy!' Bilang si Hanna didalam hati.
"Tidak payahlah kau fikir sangat tu mandak..yg penting sekarang kau selamat.Bah sy jalan dulu" bilang aunty Suri sama si Hanna.Aunty Suri sudah jalan barulah si Hanna menangis.Si Hanna tidak menyangkah badan yang dia guna sekarang inilah yg menyebabkan dia kemalangan sehinggah koma di hospital.Lama si Hanna berdiri di tepi jalan tempat dia kemalangan.Dia betul-betul tidak menyangkah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience