01

Short Story Series 15239

Aku menurunkan bagasi pakaian daripada kereta ku keluaran syarikat Mazda. Bapak berat nak mampus luggage, peseng nak tinggal sini terus.

Pada malam yang gelap-gelita ini, aku baru sahaja sampai di kampung halaman. Sudah berapa minggu aku tidak pulang ke sini. Hari ini balik pun disebabkan oleh Lydia, adik ku yang bakal menjadi seorang isteri esok hari.

"Eh, janda aku dah sampai." Tegur seseorang yang berada di bawah kanopi itu.

Makhluk mana pula gelarkan aku ni janda? Anti tahu.

Aku halakan pandangan ke arah kanopi itu. Kawasan sekeliling yang gelap menyebabkan aku tidak dapat melihat dengan jelas gerangan manakah yang menegur ku tadi. Tapi, suaranya itu aku kenal sangat.

Gulpp...

Aku telan air liur pahit.

Dia...

"Aik duda aku buat apa dekat sini?" Aku menyoalnya kembali.

"Eh eh, janda ni. Tak boleh bagi salam ke?" Soal dia lagi sebelum mencabut kopiah yang berada di atas kepala. Saja, nak tayang potongan rambut baharunya itu.

"Kepala otak kau. Kau yang tegur aku dahulu." Perli ku pula.

"Dia yang sampai, dia lah yang bagi salam."

"Kau sesat ke?"

"Hah?" Soalnya kembali, tidak sempat menangkap butir kata ku tadi.

Aku memutarkan mata ke atas. "Aku tanya kau sesat ke?" Aku ulang semula ayatku.

"Kamu nanyakk?" Soalnya.

"Kamu tertanya-tanya?" Dia menyoalnya kembali.

Astaga-

Jantan ni elok aku humban dalam loji Indah Water. Biarnya indah sedikit bahasanya. Aku abaikan pertanyaannya, dengan langkah yang gah aku naik ke atas rumah dengan memberi salam. Dah kenapa rumah ni sunyi sahaja? Selalunya bising dengan laungan dan jeritan anak-anak buah aku.

"Waalaikumussalam, Liyana bila sampai?" Soal umi yang lengkap bertelekung bersiap-siap untuk menunaikan solat isyak nanti.

"Baru je sampai mi." Jawabku lalu bersalaman dengan umi, sekali dengan sesi peluk-memeluk.

"Dah solat maghrib belum?" Soal umi.

"Ana is makzurah umi."

Umi terangguk-angguk dengan informasi tersebut. "Ce intai Lydia tu tengah buat apa dalam bilik dia." Arah umi. "Umi pergi dahulu lah, Haikal dah tunggu dekat luar nak pergi masjid." Lalu, dia pun turun ke bawah untuk mendapatkan Haikal yang berada di bawah kanopi.

Amboi, pelik pula aku. Kenapa umi pergi masjid dengan duda aku pula, dan bukannya dengan suami dia sendiri? Mana laki dia?

Tapi, lain pula yang dibuat oleh ku. Aku memasuki bilik ku untuk meletakkan barang. Tudung aku tukar kepada tudung sauk. Selesa sikit untuk beraktiviti lasak contohnya mengusik Lydia! Janganlah tanya kenapa bertudung dalam rumah sendiri pula. Lupa ke ajnabi muhrim yang ada di luar rumah tadi?

"Kak yong!" Jerit Lydia apabila ternampak kehadiran ku di pintu biliknya. Dia segera berlari anak ke arah ku sebelum tubuh ku dipeluk erat. Aku membalas pelukannya. Ahh geli. Sejak bila dia ni peluk tubuh aku, selalunya anti sentuhan fizikal.

"Masha Allah. Dah nak jadi bini orang eh kau Lydia..." Usik ku.

"Alhamdulillah, rezeki kak." Kami pun melepaskan pelukan. Tangan ku dicapai lalu diciumnya. "Kakak bila pula?"

"Nantilah. Aku nak beli gelang emas sampai ke bahu dahulu." Perkahwinan yang lepas sahaja cukup menyakitkan, bahkan aku belum sembuh sepenuhnya lagi.

"Halahh kak. Nanti bila jodoh datang, jangan tolak pula ye."

"Aishh. Dah jodoh sendiri yang datang bergolek dekat kaki sendiri, takkan aku nak tolak pula kan?" Pipinya aku cubit perlahan. "Kau tak rasa apa-apa ke malam esok nak jadi bini orang ni?"

Lydia gelengkan kepalanya. "Rasa berdebar je kak."

Kami berdua pun melabuhkan punggung di atas katil bersaiz Queen itu. "Orang nak tanya something ni jangan marah tau."

"Tanya apa?"

"Sebelum abang Haikal lafazkan akad nikah, akak rasa apa?" Soal Lydia.

Ceh. Patutlah suruh aku jangan marah bila dia nak tanya soalan. Dia gerun kalau-kalau aku ni melenting bila dia tanya soalan tu.

Aku menarik nafas payah. Payah sebenarnya untuk menjawab soalan itu. Perkara tu dah empat tahun lepas ketika aku pertama kali menjadi isteri seseorang. Dan baru sahaja aku diceraikan oleh suami ku sendiri, lebih kurang dua tahun yang lepas, dengan talak satu.

"Aku rasa menyampah. Kau tahu kan kenapa aku boleh kahwin? Tambah pula dengan walid yang menggesa." Bila aku ingatkan balik, aku tidak mempunyai apa-apa rasa sewaktu akad dilafazkan. Sewaktu itu, hatiku ada pada orang lain. Dan pernikahan itu sahaja dipaksa.

Lydia diam ditempatnya. "Sekarang, kalau kak jumpa balik dengan abang Haikal, akak rasa apa?"

Ceitt-

"Kenapa cakap pasal aku pula ni? Jangan cakap yang bakal suami kau tu bekas suami aku sendiri?" Aku membuat andaian sendiri. Pelik kan? Dah kenapa Haikal nak datang sini, pula? Memanglah hubungan dia dengan umi tu rapat, tapi...

"Astaghfirullah tak kak. Tak nak lah orang dengan abang Haikal tu. Nampak macam tengah berharap pun ada."

"Kau sebut pasal dia, baru aku ingat sesuatu. Yang dia ada dekat sini ni kenapa?" Aku mula menyoal Lydia. Manalah tahu kan dapat korek sesuatu ke.

"Kak... Orang baru teringat yang orang tak mandi lagi. Orang pergi dulu ya." Ujar Lydia ingin melarikan diri. Dia turut mencapai tuala dan terus memecut menuju ke tandas yang berdekatan dengan dapur.

Ceh. Dulu elok je tak mandi duk menempel dengan aku. Sekarang, bila dah nak jadi isteri orang tak nak dah menempel dengan aku. Dia tak tahu ke, berak dia dahulu aku yang tolong basuhkan.

.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience