BAB 4

Romance Completed 2610

“Come on Abraham. Takkanlah pasal perempuan ni kau nak …” Najib cuba berlembut.

Belum sempat ayat itu dihabiskan sebiji penumbuk singgah pada muka si penuturnya.

HUJAN masih belum reda. Basikal yang ditunggangnya tadi ditinggalkan di bawah pohon kelapa berdekatan. Beberapa biji buah kelapa tua kelihatan terbiar di sekitarnya.

“Mak aku sedang sakit, El. Aku tak mahu melakukan semua ini. Ayah aku tidak pernah ambil tahu tentang kami sekeluarga. Kalau bukan aku siapa lagi yang harus menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”

“El tahu. Tapi tidak ada cara lain kah?” Elhayani membetulkan duduknya di atas pangkin. Makanan yang dibawanya tadi diletakkan di atas sebuah meja kecil berhampiran.

“Selepas mak aku sihat, aku akan tinggalkan semua ini. Aku akan menyambung semula pelajaran aku yang terkandas.”

“Tapi, kerja ni..”

“Aku tahu.” Pantas Abraham memotong.

Elhayani terdiam. Dia bangun lalu masuk ke dalam rumah bersama makanan yang dibawa tadi. Abraham masih lagi duduk termangu. Sawah bendang yang terbentang luas di hadapan rumahnya itu dipandang kosong.

Hujan yang turun semakin reda, yang tinggal cuma gerimis.

“Aku nak beransur. Jangan lupa bagi mak dan adik-adik engkau makan. Lauk-pauk yang aku bawa tadi, aku dah letak kat dapur,” kata Elhayani selepas menjenguk ibu Abraham.

“Terima kasih El. Jasa baik kau sekeluarga tak akan mampu aku balas.”

Elhayani tersenyum lirih. Sambil menaikkan tongkat basikal dia memandang wajah Abraham. “Abraham, kalau boleh carilah kerja lain.” Kerja buruh kontrak bukanlah kerja yang sesuai untuk remaja seperti Abraham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience