Bab 2

Romance Series 2436

Lia seperti biasa. Mandi dulu sebelum berkemas. Perkara biasa!. Dia ligat mencari sesuatu. Argh! Dia dah penat mencari benda tu. Sikat! Dengan ram but yang terburai macam hantu tu dia masuk ke dalam bilik adiknya. Rina.
"Dek, mana sikat?! Cepatla, akak nak turun sekolah ni. Cepat, nanti lambat pula akak nak gi sekolah.! "Adik nya yang masih tertidur lena dibangunkan dengan kasar. Tidak bergerak! Ishh, adik ni. Waktu macam ni pun tak nak tolong Si Kakak serabut ni.
Lia masih nak berusaha membangunkan adiknya yang tertidur lena di katil bujangnya itu. Tapi gagal. Dah macam pertandingan pula Si Lia ni.

Lia terus ke tingkat bawah dengan rambut yang tidak disikat tu. Takut tengok!
Ibu dan ayahnya terkebil-kebil melihat 'hantu'yang baru turun dari tingkat atas.
"Hah, kenapa macam ni pula? Lia. "Hah kan dah kena. Puan Diana dah tergeleng-geleng tu. Cet, cet,cet. "Sikat hilang! "Jawabnya ringkas lalu melabuhkan duduknya di depan ayahnya di meja makan.
Setahu ibunya, setiap hari dia dah beli sikat untuk anak nya yang seorang ni.
"Takkan hilang lagi, Lia?! "Dah tak tahan dah ayat tu. Buh, tersembur. "Ya, hilang, ma. Nak buat macam mana kalau dah hilang. Takkan sikat guna tulang ikan tu"jarinya menunding ke arah plastik sampah disebelah singki didalam rumah itu.
Biarlah tidak bersikat. Asalkan sudah siap.

Usai sarapan,Lia menyalam kedua-dua tangan orang tuanya. Pagi ni dia tak ikut papanya naik kereta disebabkan ayahnya cuti sakit. Terpaksa pergi sekolah naik basikal. Huh!

Lia mengayuh basikalnya dengan agak laju takut lambat pula. Katanya. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju didepannya menyebabkan dia terbabas di semak samun." Aduh! Sakitnya"Tangannya dilihat terkoyak sedikit dan berlebam. "Mana orangtu tadi, langgar orang tak tolong! Apelah, kita yang besar ni dia tak nampak. Buta ke. Dahlah baju aku kotor. "Lia bangun tetapi terjatuh semula. Perit sangat lukanya yang ditanggung.
"Awak okay"suara yang agak garau menerpa dari belakang. "Okay, kau cakap. Tengok ni dah luka macam ni awak cakap okay. Tulah kita di depan mata tak boleh tengok. Awak buta ke. Kenapa boleh bawak kereta. Setahu aku orang buta ni baik duduk rumah je. Tak yah nak esen nak bawak kereta besar! "Panjang lebar ceramah Lia pagi ini. Lia membetulkan skirt labuhnya yang sedikit senget dan tak menghiraukan orang yang membelakangnya itu. Lia masih termenung menunggu respon dari suara itu. Dia manu berpaling tetapi tidak sanggup. Mahu tak mahu dia tetap berpaling. Huh! Seorang jejaka yang memakai kemeja warna biru tua dan memakai seluar jeans gelap trend terkini. Lia terdiam melihat name tag yang dihiaskan disebelah kiri dada milik lelaki itu. Cikgu ke? Atau Polis?
Lia keliru. "Awak siapa?! "Tanya Lia keliru. Dia menatap mata lelaki
itu, mempersona. Buat masa sekarang jangan nak berangan. Selesaikan dulu kes.
Lelaki itu menatap lencana pada baju kurung yang dipakai Lia.
Lencana sekolah yang dia ajar!
"Awak pelajar sekolah ni? "Tanya lelaki itu sambil menunjuk jari telunjuknya ke arah lencana tersebut.
"Ya"ujarnya.
"Kenapa? "
"Saya guru kat sekolah tu! "
Dumm!!! Petir menyambar bumi. Bagaikan nak rak hatinya ketika itu.
Cikgu. Cikgu Harley! Aku dah buat salahh. Lindungi aku Tuhan.
"Sorry! "Cikgu tersebut mengangkat Lia yang terduduk di semak tersebut. Lia hanya menurut. Harap-harap tiada apa yang terjadi. Mereka terus masuk ke perut kereta milik Cikgu Harley. Takut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience