"Kak Ngah ! IBU suruh turun sekarang jugak!"
Jeritan adik memecah sunyi lewat tengah hari di "syurga"peribadi Suri
Tap! Suria menutup tangkas novel yang sudah kekuningan dikerit moth dan dimamah usia tua.Dia bingkas bangun dari kerusi rotan bersendi damar ,peninggalan arwah neneknya,
cebisan perabot yang sudah tidak layak mendapat tempat di rumah sejak tahun lalu .Arus nafas mengalun dada dengan kencang bak tengkujuh Laut China Selatan .
Apa lagi yang ibu mahu ? awal tadi sudah mahu aku basuh pinggan mangkuk di sinki ,sisa sarapan dibungkus kemas dalam tong sampah dan meja makan sudah berkilat bersih sebelum menyembunyikan diri di sini , getus Suria di dalam hati
Suria menyentap keras selak kayu di tingkap pondok , lalu dikuak biar terbuka luas .Germesik suara angin Dan desiran daun meloloskan diri masuk ke dalam pondok.Dia menjengketkan kaki mengitai ke bawah, kelihatan adik terkial kial menggaru kepala dan badannya di gigit kerengga yang gah berbusut di kaki ketapang.
Share this novel