Rate

BAB 1

Mystery & Detective Series 1297

"Aiman,bangunnnnn!!!!!!.Terdengar suara seorang wanita separuh usia menjerit.Begitulah yang terjadi pada setiap hari.Ehh ehh bukan!!Hampir setiap hari.Kejadian teriak-meneriak tu terjadi apabila hari sekolah aje.Kalau hari minggu sunyi je rumah tu.

"Umphh!!Malasnya nak bangun.Huarghh!!!Mengantuknya",kata Aiman sambil menggeliat.Aiman baru berniat mahu sambung tidur sebelum terlihat jam.

"Apaaa!!!!!!Dah pukul 7.30 pagi!!!Alamak dah lambat lah pulak",Aiman menjerit.Dia terus mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.Apabila siap mandi,dia cepat-cepat menyarungkan baju sekolah dan mencapai beg sekolah di hujung katil.Dia bergegas menuruni tangga menuju ke rak kasut.

"Kamu tidak mahu sarapan dulu ke?"tanya Puan Masturah,ibu Aiman.

"Takpe lah ibu.Aiman dah lambat ni"

"Ye lah.Hati-hati ye naik basikal tu.Tak pasal-pasal jatuh lagi."


Dah banyak kali Aiman jatuh basikal.Bukan dua kali.Bukan tiga kali.Berkali-kali.Kali pertama Aiman jatuh ketika dia berusia 4 tahun.Waktu tu dia baru je belajar mengayuh basikal dengan ayahnya,Tuan Mustafa.Dia belajar dekat taman ketika cuti sekolah.Ketika itu,Tuan Mustafa asyik berbual-bual dengan rakan-rakannya di telefon.Tiba-tiba....

"Aaaarghhhh!!!Sakitnya.Ayahhh!!Sakit!!!",Ayah pun meluru mendapatkan aku.Selepas kejadian itu Aiman sudah tidak mahu naik basikal lagi.Tetapi entah macam mana sekarang ni tiba-tiba dia mahu naik basikal.Hurmm pengaruh rakan-rakan agaknya,fikir ayah.


********?********

Disebabkan datang lambat,Aiman didenda oleh guru yang bertugas pada minggu itu iaitu Cikgu Hisham,cikgu yang paling ditakuti oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Murni.Cikgu Hisham merupakan cikgu disiplin di sekolah itu.Aiman bersama beberapa pelajar yang lambat didenda untuk mengutip sampah di seluruh kawasan sekolah sambil diperhatikan oleh Cikgu Hisham.

"Eh Aiman!Kau pun lambat juga?"tanya Chong,rakan sekelas Aiman.

"Eh Chong!Haah .Entah kenapa jam loceng aku tidak berbunyi.Sebab tu la aku lambat.Kau pula kenapa lambat?

"Kitorang lambat sebab kitorang main game sampai lewat malam.Tak sedar jam dah pukul 3 pagi"sampuk Naim.Entah macam mana dia boleh ada disitu.

" Ohh macam tu!"


"Apa yang kamu bertiga sedang berbual tu?Saya ada suruh kamu berbual ke?Kutip sampah tu cepat"Cikgu Hisham menengking.Aiman,Chong dan Naim merupakan kawan baik.Kemana-mana sahaja diorang pergi mesti bersama.Chong dan Naim sudah seperti bayang-bayang Aiman je.Kemana je Aiman pergi mesti ada diorang.

Apabila selesai mengutip sampah dan selesai diberi amaran oleh Cikgu Hisham,mereka dibenarkan untuk masuk ke kelas.Tidak hairanlah mereka sentiasa bersama kerana mereka bertiga berada dalam satu kelas.Kelas 4 Setia.Kelas itu merupakan kelas yang terbaik diantara kelas di Tingkatan Empat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience