Rate

Bab 2

Other Series 1086

Jauh nurul pergi. nurul terbang sampai korea. Bukan nurul sengaja mahu tinggalkan malaysia dan tinggalkan semua. Yeee tak lama nurul pergi. 3 bulan je. Mmg tak lama. Perasaan ni masa kat sana siapa yang tahu. Sakit nurul kt sana siapa yg tahu. Tup tup pulak handphone rosak. Wahh lagi sedih hati ni. Sesiapa pun nurul tak dapat contact. Dalam tempoh sebulan nurul senyap. Tiada khabar berita. Masa tu fikiran nurul melayang-layang. Agaknya macam mana keadaan mama dan adik-adik selarang? Makan ke tidak ke? Tapi takpe. nurul tahu mama nurul bukan sembarangan orang. Walau susah macam mana pun tetap akan ada sesuatu atas meja. Mama tidak akan biarkan adik-adik kebuluran. Biarpun sebenarnya dia sendiri sedikit pun belum jamah apa-apa pun lagi.

Perginya nurul bukan sebab pentingkan diri. nurul serabut dengan hal-hal dunia. nurul perlu cari sesuatu yang baru. Udara baru. nurul juga pergi bukan untuk terkinja-kinja. nurul pergi untuk mencari identiti diri. Jauh nurul pergi. Belajar tentang hidup. Banyak yang nurul dapat. Suka. Duka. Perit. Bahagia. Alhamdulillah. nurul tidak terlalu leka dengan dunia. nurul tak pernah lupa DIA masa aku kat sana. Kat mana-mana pun dia selalu ada. Dia bantu nurul, adik nurul dan kawan-kawan nurul. Dia bagi jalan. Dia hadiahkan seorang kawan kepada kami. Dia temukan kami dengan Mr rafieq. He is good person. He take us to his guess house. Tak tahu la macam nak berterima kasih pada mr rafieq. Kalau masa tu Mr rafieq tak nmpk kami mungkin kami akan merempat je kat mana-mana bangunan. mana taknya hari pun dah malam. Sudah lah hujan pulak tu. Kalau bergerak tak bawa apa-apa tu takpe la lagi. Ni mengusung beg bagasi kehulur hilir. Nasib la ada kawan-kawan yang membantu mengusung bagasi ni haa kalau idokk nayee nurul dengan adik nurul jawabnya. Dengan tangganya lagi. Bukitnya lagi. Tinggi. Fuhhh. Termengah-mengah nak mendakinya punn..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience