FARAH

Short Story Completed 497

Pagi yang tenang.

Farah! Panggilan dari ibuku dari dapur. Aku menyahut panggilan tersebut.

Farah : Ada apa ibu?

Ibu : Tolong belikan topeng muka. Face mask dah nak habis.

Aku keluar dengan menaiki basikal. Tak lama kemudian, tayar aku pancit ketika sampai ke kedai. Mujur lah ada pakcik yang duduk di situ menolong aku. Tapi malangnya tidak perasan yang dia mempunyai gejala covid 19. Aku cukup dekat dengannya. Tanpa membuang masa, aku terus pulang tanpa ragu ii.

Sampai ke rumah aku terus bersalam dengan ibu dan memberi baki duit kepada ayah.
Keesokan hari ibu dan ayah demam, sakit kepala, mata kemerahan. Aku tidak syak lagi yang masa tu aku pembawa kepada mereka.
Bualan

Ibu ayah : Farah kamu jaga rumah ye, kami mahu keluar hendak ke hospital sebentar.

Farah : Baiklah ayah. Jaga diri

Sebenarnya ini lah perbualan terakhir aku dengan mereka. Siapa sangka pada petang hari aku mendapat panggilan daripada pihak hospital yang ibu ayah ditahan wad. Aku terkilan dengan panggilan tersebut. Hati kaku merintih kesedihan. Aku tertanya adakah aku punca nya?

Pada keesokan hari

Aku bangun dan mencari ibu ayah. Hampir lupa ibu ayah aku tiada di rumah. Aku seperti orang menderita memikir apakah yang akan terjadi. Selalu menyangka buruk pada diri. Alangkah aku tahu lebih awal mungkin ibu ayah tidak jadi macam ni. Rumah kesempian. Aku juga keseorangan. Aku sedih, aku bagaikan tidak tentu arah. Aku menangis tak terhenti membuat aku pening kepala memikirka nya dan aku tertidur.

Aku terjaga selepas terdengar ringtone dari telifon. Aku bangun dan terus mengangkat panggilan tersebut. Aku menjawab dengan teragak agak.

Dari pihak HospitaL (DPH) :
Assalamualaikum, ini anak kepada pewaris hidayah (mak farah) dan tengku aris (ayah farah) ke?

Farah : ye saya.

DPH: Ibu ayah anda semakin kritikal sekarang kami akan masukan mereka dalam bilik ICU.

Farah: Apa!.. Boleh ke saya nak bercakap dengan mereka. (sambil teresak esak)

DPH : Maafkan saya. Mereka tak dapat membuat panggilan kerana mereka sudah ditidurkan.

Aku terkejut. Menangis seakan akan orang gila. Terkurung dalam bilik ibu ayah sambil berpelukan baju. Aku juga kurang makan dan selalu jatuh sakit dengan sendiri. Apakah daya yang aku dapat buat. Aku juga tidak menjawab panggilan daripada kawan ii ku. Aku buntu, kusut bagaimanakah aku perlu buat untuk terus hidup sedia kala. Bagaimana nak hadap semua perkara. Menunggu berita daripada panggilan yang selalu mengejutkan diri ini.

Hari demi hari.

Aku bangun dari tidur ternampak mereka pulang dengan senyuman. Mereka memangilku dengan lemah lembut . Aku menangis dengan kuat. Tak disangka dengan tangisan itu membuat aku terjaga dari mimpi.

Aku meraung dengan kuat IBU AYAH!...bila nak balik. Selepas itu, aku mendapat panggilan daripada mak saudaraku. Farah kamu dah makan tanya mak saudara kepada aku. Aku berkata belum lagi. Mak saudara juga menasihati aku supaya menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental.

Mak sudara : Jangan lah kamu bersedih. Mak cik yakin dengan kekuatan kamu ibu ayah kamu akan sedar.

Farah: Bila mak cik? Esok ke? Saya dah macam orang sakit mental hari ii mendengar berita kurang memuaskan. Adakah saya perlu tunggu macam tunggul mak cik.

Aku menagis dan menamat kan panggilan tersebut. Aku melihat di sekeliling rumah. Aku terus terduduk dan membuka tv. Aku ternampak pelbagai berita tentang perubahan covid 19. Aku seperti acuh tak acuh je. Kadang ii tidak makan. Aku turun berat 7KG disebabkan masalah ini. Aku nak salah kan siapa lagi. Kalau bukan diri sendiri.

Semasa solat

Aku rehat kan minda aku dengan sujud yang lama. Siapa sangka dengan sujud tu aku dapat berfikir dengan lebih jauh dan tenang. Setelah aku sudah menunaikan solat. Aku terus berfikir dengan positif. Dengan kuasa tuhan. Aku mendapat panggilan daripada pihakg hospital yang ayah semakin pulih dan dipindahkan di ward biasa. Selepas itu, Ayah menelefon ku. Aku mendengar suara ayah sudah lama tidak didengari. Aku mengangkat telifon tersebut sambil menangis.

Selepas aku mendapat panggilan aku terus lega. Siapa sangka ayah aku juga menagis kerana sudah lama tidak dengar kabar ku.

Ayah : Farah sihat dah makan ke belum? (dengan suara tidak berapa kedengaran) .

Farah : sihat ayah (sambil menagis dengan diam) ayah apa khabar? Farah rindu a.y.a.h.
Bila ayah nak balik. Farah dah tunggu lama di rumah. Ayah kata akan balik.

Ayah : ayah akan balik tidak lama lagi sayang. Jaga diri elok ii. Maafkan ayah sudah lama meninggal kamu di rumah.

Tamat panggilan.

Bulan ke bulan

Pada petang hari

Aku di dapur untuk makan petang. Aku terkejut mendengar jeritan FARAH sebanyak 3 kali. Aku berlari menuju ke pintu. Aku segera membuka pintu. Aku menyaut panggilannya. Aku dan ayah berpelukan kerinduan.
Setelah masuk ke rumah. Aku sediakan teh kepada ayah. Aku berada di sisi ayah.

Bermula perbualan kami pada petang itu.

Ayah: Maafkan ayah sudah lama tinggal kan kamu bersendirian di rumah. Ayah sangat merindukan kamu.

Farah : ayah maafkan farah. Ini semua salah farah pembawa penyakit ini. Farah cuai. Farah yang salah. Ayah bagaimana sekarang? Ibu, macam mana ayah, ibu OK kan ayah?

Ayah memeluk ku dengan kuat sambil menagis.


Aku berdegup kencang . Ayah menangis berkata "ibu sudah meninggal" dua minggu lepas.....Aku terkejut menagis seakan tidak tentu arah . Aku bertanya , adakah disebabkan aku ? Aku meraung seakan tidak tahu arah . Mengapa ayah tidak bagi tahu lebih awal tanya farah kepada ayahnya . Ayah menenangkan aku .

Ayah : Maafkan ayah , ayah tidak sengaja .Kamu perlu tahu semua ini adalah ketentuan Ilahi .

Farah terlelap di pangkuan ayahnya . pada keesokan hari farah bangun keluar dari bilik melihat ayahnya menyediakan sarapan pagi untuknya. Dalam hati farah terdetik , kuatnya ayah walaupun dia juga hadapi banyak masalah daripada aku. Melihat ayahnya Farah lebih kuat. Ditinggalkan itu pasti, setiap yang hidup akan pasti kembali.

2 tahun kemudian
Aku berubah tidak menyalahkan diri. Siapalah diri ini nak hukum diri sendiri.Aku juga banyak mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku , mungkin orang lain lebih susah daripada aku. Aku patut bersyukur !. Aku juga sangat berterima kasih kepada ayah ku menjadi tulang belakang aku susah senang aku. Aku juga menulis kisah ini sebagai luahan . Aku juga berharap aku dapat hidup lebih bedikari .Aku sedia menjadi seorang diri tanpa mengharapkan teman.

Setiap manusia pasti ada dugaan tersendiri. Jadi sebagai manusia perlu menerima kenyataan dan hakikat. Kita juga perlu menguatkan iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience