Rate

MEL 1

Romance Series 3726

"Aqira, kau buat apa dekat sini?" Firdaus memandang Aqira dengan pelik.

"Tak ada apa la. Dah, baik kau pergi balik kampus kau. Aku datang sini ada hal sekejap je." aduh, kenapa la Syaz belajar dekat sini.. Sama dengan Fir pulak tu. Macam mana aku nak jelaskan dekat mamat ni nanti.

"Kau jangan nak bohong dengan aku la." Firdaus cuba mendekati gadis itu yang sudah mula cuak. Budak ni apahal nampak cuak semacam. Semakin dekat Firdaus dengan gadis comel itu semakin jauh pula langkah gadis itu.

"Aduh!!" Aqira menjerit kecil apabila dia melangkah terlalu laju sampai kebelakang sehingga terlanggar tiang elektrik.

"Kau tak apa-apa? Kau ni apasal undur ke belakang? Bukan aku nak buat apa-apa pun. Tu dekat atas kepala kau ada belalang duk bersimpuh kat situ. Takkan kau tak sedar kut."

"APA???!!" terjerit kuat Aqira apabila mendengar makhluk serangga yang bernama belalang itu. Terus tangannya memegang kepala sambil menjerit meminta tolong..

Firdaus mendekati Aqira lalu menekup mulut gadis itu.

"Kau ni, harap je perangai brutal tapi Ya Allah, takut serangga rupanya. Dah duduk diam. Aku nak ambil belalang tu kat atas kepala kau." Firdaus meleraikan lalu mengambil makhluk hijau itu.

"Nah ni belalang." Firdaus menunjukkan belalang tersebut. Aqira pula terkejut beruk bersama chimpanzi melihat belalang itu lalu berpaling kebelakang untuk melarikan diri terus terlanggar tiang elektrik.

DUSHH!!

"Auchh!!" Aqira menyeringai kesakitan. Firdaus pula sudah ketawa terbahak-bahak melihat wajah Aqira sudah merah akibat menahan malu disebabkan kejadian tadi.

"Gelak-gelak kau. Aku cincang nanti, baru kau tahu." Jelingan maut dihadiahkan pada lelaki tinggi lampai itu. Firdaus hanya membuat muka ketakutan. Sisa ketawa masih lagi kedengaran.

"Kau tu sepatutnya masuk Maharaja Lawak Mega. Tengok pun dah kelakar."

"Amboi, perli aku nampak. Malas aku layan kau. Makin sakit pulak dahi aku." Aqira menyentuh dahinya yang sudah mula benjol. Firdaus mula mendekati Aqira lalu memegang tangan gadis itu.

"Kau ikut aku." Aqira pula terkedu melihat Firdaus memegang tangannya. Firdaus membawa gadis itu ke bilik kesihatan yang sememangnya berada berdekatab disitu. Mereka berjalan beriringan ke bilik kesihatan itu.

Sesampainya mereka berdua dibilik kesihatan itu, Firdaus menyuruh gadis itu duduk dikerusi yang disediakan. Dia dengan segera mencari barang-barang yang diperlukan untuk merawat benjol yang sudah mula kelihatan didahi gadis comel itu.

Firdaus mengambil tempat disebelah gadis itu setelah menjumpai barang-barang yang diperlukan.

"Aqira, pusing sebelah sini." Aqira hanya mengikut sahaja arahan lelaki itu. Firdaus menyapu sedikit ubat dibahagian dahi gadis itu.

"Aaa...aaa.. Sakit.." Aqira mengaduh sakit.

"Tahan la sikit."

"Sakit la." Aqira menjeling kearah Firdaus yang serius merawat benjol didahinya. Aduh kenapa kau satu kampus dengan Syaz. Macam mana ni? Mesti Syaz cari aku sekarang.

"Aqira, dah siap. Kau pergi la jumpa dia. Aku tahu la kau nak jumpa buah hati pengarang jantung kau." Firdaus tahu apa yang merunsing didalam kepala gadis itu. Serta merta Aqira mengangkat wajahnya..

"Kau.. Kau dah tahu ke?" Aqira terkejut mendengar butir bicara Firdaus.

"Aku dah lama tahu. Saja buat tak tahu." Firdaus cuba menenangkan gadis ity yang sudah mula gelisah.

"Fir, aku betul-betul minta maaf sebab aku betul-betul tak tahu yang kau satu kampus dengan dia. Aku pun sebenarnya terkejut gila terserempak dengan kau dekat sini." Aqira mula bercakap laju mengalahkan roket.

"Wooo...wooo... Laju bebenor kau cakap. Kau ni, itu pun nak rasa bersalah. Kau tak ada buat apa-apa salah pun. Aku yang salah sebab tak bagitahu kau yang aku belajar dekat sini." Firdaus mula memegang pipi Aqira.

"Kau ni makin lawa la." Firdaus mula menilik wajah gadis comel itu. Rambut ikal mayang itu dibiarkan lepas. Sesuai dengan kulit wajahnya yang putih melepak itu. Bibirnya yang seksi menarik perhatian ramai lelaki. Goyah iman apabila melihatnya. Walaupun gadis itu hanya biasa-biasa sahaja, dia cuma sahaj yang tidak mahu memberitahu gadis ini yang dirinya telah jatuh cinta pada nya.

"Mana ada lawa." Aqira sudah mula malu dengan pujian yang diberikan oleh lelaki itu.

"Serious aku cakap kau memang lawa. Dah macam model aku tengok kau. Bertuahnya siapa dapat kau." Aqira mula merasakan sesuatu didalam nada bicara Firdaus tapi dia hanya menepis segala keraguan yang mula muncul.

"Kau ni mengarut je. Entah model mana yang tersangkut dekat aku sampai kau nampak aku macan model ni. Pelik bebenor aku dengan kau." Firdaus hanya tersenyum melihat wajah gadis itu yang mula merah apabila dipuji sebegitu. Dia tertarik dengan wajah comel itu tetapi dia sudah dimilikki. Dia redha, mungkin gadis ini bukan miliknya.

"Betul la aku cakap. Baju yang kau pakai ni macam ala-ala model. Dah pergi la jumpa dia tu." Dia mula mengemas barang yang diambil.

"Kau pergu la dulu. Aku ada kelas lepas ni." Firdaus memberitahu gadis itu. Berat rasanya membenarkan gadis itu pergi. Setiap detik yang dia rasakan bersama gadis itu amat berharga.

"Aku pergi dulu. Bye, fir." Aqira bergerak keluar dari bilik kesihatan itu menuju ke tempat tadi. Sementara itu, Firdaus pula mengintai gadis itu keluar dari bilik kesihatan itu lalu melepaskan rasa yang ditanggung.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tak mampu nak terima yang Aqira yang kau cinta tu dah berpunya? Kenapa kau tak mampu nak lepaskan dia?

Firdaus jatuh terduduk lalu memegang dadanya cuba menahan rasa sedihnya yang sudah mula melanda dalam dirinya.

Aqira, aku sayangkan kau. Aku tak mampu nak luahkan rasa hati aku sebab kau dah berpunya. Aku harap kau bahagia dengan dia.

Firdaus mula bangkit semula. Dia keluar dari bilik kesihatan lalu menuju kekelasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience