Rate

Bab 1

Romance Series 1884

Hari silih berganti, lama aku tidak mendengar khabar dari Adam, lelaki yang membuat aku jatuh cinta dan mengajar aku tentang erti mencintai seseorang dengan setia.

Kali terakhir kami berhubung dua minggu yang lepas. Dia menghantar mesej kepada aku, "Kamu rindu saya ke???".
Lelaki itu selalu letakkan emoji dihujung.

Aku kata tidak. Tapi, sebenarnya aku terlalu rindu. Setiap hari Aku teringatkan dia. Mendoakan dia setiap malam. Kuatnya rindu ini tapi malangnya, pada orang yang tidak menghargai.

Aku mengusap airmata yang menitis di pipiku. Seringkali jatuh. Seperti turunnya hujan membasahi tanah namun selepas hujan pelangi pasti akan datang. Biarpun lambat tapi hadirnya beri keindahan. Begitu juga bahagia yang belum aku rasa ketika ini.

Aku menarik selimut hingga menutupi muka ku, aku pejamkan mata. Berharap esok masih ada sedikit Tuhan beri kekuatan untuk aku tetap tersenyum pada mereka yang menyayangiku. Aku bersyukur, Tuhan masih berikan aku peluang menjaga orang tua ku, walaupun dia beri aku sebuah cinta yang tidak menjadi.

"Saya tak suka kamu, kita kawan je". Kata Adam.

"kenapa?! knp tak suka saya?"

Bunyi alarm mengejutkan aku dari tidur. Aku lantas bangun, Ah! aku mimpi rupanya. Kata ku dalam suara perlahan. Sedih. Ya sedih saja yang aku rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience