BAB 1

Drama Series 2507

MUSTAIN baru diterima masuk bekerja di sebuah syarikat yang terletak di Kuala Lumpur . Harini adalah hari pertama Mustain berkhidmat di syarikat tersebut sebagai seorang perunding pelanggan . So macam biasa la , pekerja yang baru bekerja di syarikat itu mesti menjalani sesi latihan selama seminggu sebelum memulakan pekerjaan . Jam 8.00 pagi lagi Mustain dah terpacak kat depan pintu office , semangat la katakan . Masuk je dalam office tu Mustain diarahkan duduk ditempat yang disediakan untuk pekerja baru . Selain Mustain , ada 2 orang lagi kawannya yang baru diterima masuk bekerja di syarikat tu , SHAHRUL , SHADAN. Duduk je kat tempat duduk Mustain pun berborak sambil menunggu manager sampai untuk memberi taklimat .

Terleka mereka berborak , tiba-tiba mustain terdengar bunyi tapak kasut menghampiri tempat mereka dan mustain terus menoleh , rupanya si manager dah sampai , " Ya Allah indahnya ciptaan mu " kata Mustain di dalam hati sambil memandang manager tersebut .

"Budak baru kan ." kata Yana

"Haah " kata Mustain dengan lajunya

"cantik jugak manager kita ni kan" kata Shahrul sambil membisik kepada Mustain

"Tunggu kejap ok , kejap lagi saya datang balik . Ermm , korang smoking tak ? kalau smoking pergi la kebelakang , take 5 dulu ok " kata Yana sambil meletakkan barangnya diatas meja .

"Jom arr kita g smoking dulu " kata shadan kepada Mustain

Mustain bergegas berjalan kebelakang dengan Shadan , bila sampai dibelakang Mustain nampak Yana sedang smoking berseorangan . Mustain duduk di kerusi yang ada bersebelahan Yana dan membakar rokok . Mata Mustain asyik memandang Yana .

"Dah habis smoking ke ?" kata Yana kepada Mustain dan Shadan

"Dah" kata shadan

"Oittttt , dah habis keee !" jerit Yana kepada Mustain yang mengelamun

Terkejut Mustain , tengah berangan tiba-tiba kena jerit .

"Uisshhh , Haa dah dah habis " kata Mustain tergagap-gagap.

" Ehh jom ar g depan , kita take 5 je . Ni dah lebih masa nii " kata Mustain kepada Shadan

"Engkau yang lambat , boleh pulak dok berangan" kata shadan sambil ketawa

Mereka beredar dari situ sambil Mustain tersipu-sipu malu .

Selang beberapa minit Yana pun menghampiri tempat latihan untuk memberi taklimat kepada staff barunya .

"ok , nama saya Yana , saya manager disini , umur saya 27 tahun . ada apa apa soalan sebelum saya mulakan taklimat?" kata Yana

"Saya nak tanya Kak" kata Mustain sambil mengangkat tangan

"Haa apedia , silakan" kata Yana

"Akak dah khawin ke belom ?" kata Mustain dengan semangat

"Ohh , soalan bijak . Saya dah khawin , tapi belum nikah" kata Yana sambil ketawa

"Haaaa .. macam mana tu ehh " kata Mustain sambil membuat muka pelik

"so , soalan lain , Kalau tak ada saya nak mulakan sekarang " kata Yana untuk menukar topik

"Mulakan je kak , jangan dilayan si Mustain tu " kata Shahrul memerli Mustain

Dalam sesi taklimat , Mustain terdiam je melihat Yana bercakap , tiba-tiba Mustain disapa oleh Yana .

"Mustain faham tak apa yang saya terangkan " kata Yana dengan tegas

"Faham kak" kata mustain

"Okey , kalau faham sila terangkan balik apa yang awak faham" kata yana

Terpinga pinga Mustain .

"Aduhhh , apa aku nak terangkan ni . Dari tadi aku dok syok pandang dia sampai tak fokus" kata Mustain dalam hati

"Apa kamu diam lagi , terangkan cepat !" kata Yana dengan tegas

"errmmm mintak maaf . Saya faham , tapi saya tak tahu nak terangkan kalau saya dalam keadaan nervous , nanti da ok saya terangkan yee " kata Mustain dengan gelisah

"Macam-macam alasan , lain kali dengar apa orang cakap, jasad dekat sini , pikiran ntah kemana tahh" marah Yana kepada Mustain

Mustain tertunduk dan tersenyum , " pikiran aku kat kau laa " kata Mustain dalam hati

Semenjak tu Mustain fokus apa yang Yana cakap didepan . sebab takut kena tanya lagi .

Jam menunjukkan pukul 6 petang .

"ok , korang boleh balik . Esok kita cuti so boleh laa korang rehat puas-puas" kata Yana sambil tersenyum

"Cepat masa berlalu , pejam celik pejam celik dah pukul 6 , tak puas laa dengar akak bercakap" kata Shahrul kepada Yana

"Ahhhh . mengada . Sudahh pergi balik" balas Yana

Semua staff berpusu-pusu keluar dari office , tapi Mustain masih berada ditempat duduk untuk mengambil peluang berjalan keluar dengan Yana .

Selang beberapa minit Yana menuju ke pintu untuk keluar . Mustain pun bergegas untuk keluar jugak . Tiba-tiba bahu mereka berlanggar satu sama lain . Memang sengaja Mustain buat begitu untuk ambil perhatian .

"eehhh sory kak " kata Mustain

"takpe2 . esok nak sengaja langgar lagi pon boleh" kata Yana sambil tersenyum

"manada sengaja kak , saya nak cepat tadi . sory ye " balas Mustain malu malu

"Ok akak faham" kata Yana

Selangkah Yana bergerak . Yana disapa dari belakang .

"jap kak . ni ehh nombor telefon akak" kata Mustain sambil menunjukkan telefon yang tertera nombor Yana .

" btul la ni . mana awak dapat ye ? " tanya

"ohh masa nak interview haritu saya ambil kat iklan . Tapi saya tak contact pon . saya terus contact bigboss " kata Mustain

"Okey la kalau macam tu . Apa-apa awak whatsapp je kat nombor tu ye . akak balik dulu ok" kata yana

"bye kak , thanks youu . Hati-hati" kata Mustain sambil melambai tangannya kepada yana

Lalu Mustain hidupkan enjin motosikalnya dan beransur pulang . Dalam perjalanan pulang Mustain terfikir .

"Sapa lelaki yang ambil kak Yana tadi eh , takkan suami dia kot sebab dia cakap dia tak nikah lagi . Tapi suami pon boleh jadi jugak sebab dia kata dia dah khawin. Pelik pelik . takpe nanti aku tanya dia" kata Mustain dalam hati sambil berfikir .

Sampai saja Mustain dirumahnya Mustain terus pergi mandi dan siapkan diri , selepas dari tu Mustain ambil telefon bimbitnya dan menghubungi Shadan .

"wei shadan, kau kat mana ? lepak jom " kata Mustain ketika menghubungi Shadan

"aku ada kat rumah ni , haa lepak mana ?" balas shadan

"tempat biasa laaa , mana lagi" kata Mustain

"5 minit lagi aku sampai" kata shadan

"okey , aku tunggu kau" balas Mustain

Mustain terus meletakkan telefonnya didalam poket dan terus bergegas ke tempat biasa mereka melepak iaitu di taman belakang rumah.

"Mana shadan ni , cakap 5 minit" kata Mustain sambil menjenguk kepalanya

Sejam kemudian terdengar motosikal shadan dari jauh

"ni yang dia kata 5 minit" marah Mustain

Sampai saja shadan , Mustain terus memerli

"tadi kau cakap 5 minit ke 5 jam ar shadan ? aku rasa kau cakap 5 minit kau sampai , ni sejam baru kau sampai" kata Mustain

"alaaa sory , moto aku buat hal tadi" kata shadan serba salah

"kau memang macam tu , macam siput" balas Mustain

"ada apa ajak lepak ni" tanya shadan

"aikk nak ajak lepak pon tak boleh kee , macam terpaksa lepak je kau ni" Mustain terus memerli

"taklah , saja tanya .. hehehe" balas shadan

"takde lahh , aku minat laaa manager kita tadi tu . lawa kan dia" kata Mustain dalam keadaan teruja

"hahahahahahahahaha , kau ni buat hal laa " shadan ketawakan Mustain

"aku serius laaa , kau jangan gelakkan aku bengong" marah Mustain

"kau ni , dia tu umur berapa , dah khawin pulak tu . kau jangan main gila" tegas shadan

"mana kau tahu dia dah khawin? " kata Mustain untuk sedapkan hatinya

"tadi kau tak nampak ke , sapa yang ambil dia dan petang tadi pon dia cakap dia dah khawin" balas shadan

" ohh kau pon nampak ehh , humm tulah , aku suka laa kat dia , cara dia bercakap , muka dia cantik tu yang buat aku tertarik" kata Mustain

"dah la kau ni , malas nak melayan angau kau ni " kata shadan

"humm , takpe laa , aku nak balik . mengantuk la" kata Mustain dalam keadaan kecewa

"haaa , pilihan yang bijak , aku pon dah ngantuk ni . macam ni la , kau balik kau tido dan kau lupakan laa hajat kau tu" balas shadan

"okey lahh , jumpa esok" kata mustain

mustain memulakan langkah balik ke rumah , sampai dirumah mustain letakkan kepalanya di atas bantal sambil tu pikirannya terbayang Yana .

"humm bini orang ke , awek orang ke aku tak kira , asalkan aku boleh rapat dengan dia . " kata Mustain dalam hati

beberapa minit selepas tu Mustain pon melelapkan mata sambil tersenyum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience