Rate

CHAPTER 1

Romance Series 2540

“Keluarga aku memang tak sayangkan aku!” Ujar Aiman tiba-tiba.

Hampir tersedak Neeza dibuatnya. Tapi tak pasal-pasal pula nanti dia ditinggalkan terkulat-kulat disitu.

“Ya ke? Macam terlebih kasih sayang je aku tengok?” Jawab Neeza selamba.

“Kau buta ek? Cuba kau tengok,dah habis final exam pun abang aku dengan mak aku langsung tak ucap tahniah ke,kirim hadiah ke,wish good luck ke apa. Pastu langsung tak ber attention kat aku.Hmphh!!” Dengus Aiman.Geram.

Dia ni otak mcm mana lah kan. Memang dasar otak udang! Belum tentunya dia tu lulus ke apa ni dah nak demand macam-macam.

“Hishh,kau ni! Belum tentu kau lulus exam tau.Ni dah nak demand macam-macam.Aku ni mak ayah aku langsung tak tanya apa pun. Apatah pula saudara aku,sepupu aku nenek aku,makcik aku? pakcik aku? Ini kan pula dua pupu aku! Memang idok ler jawabnya!” Balas Neeza jujur.Ada betulnya juga katanya itu.

Maklum lah Aiman ni anak orang kaya.Minta apa saja semua dapat. Petik jari je! Tambahan pula dia ni anak bongsu. Telatah nya tak berapa nak matang.

Aiman ni anak kepada Dato’ Seri Sherina atau lebih selesa dipanggil Dato Sheri. Beliau merupakan usahawan kosmetik berjaya di Malaysia. Aiman juga adik kepada business man yang berjaya dan dikenali ramai. Iaitu Zuhair. Pemilk syarikat Armada Interior.

“Aku tetap dengan pendirian aku!” Tegas Aiman

Neeza sedikit tersentak mendengar suara Aiman yang tiba-tiba tegas itu.First time...

“Pendirian? pendirian apa?”Hairan Si Neeza. Tiba je sebut pasal pendirian.

“Iaitu menguji kasih sayang keluarga aku!” Jawab Aiman dengan jayanya.

“But..How?” Soal Neeza.

“Kau sharelah idea dengan aku Neez.” Kening kiri Aiman diangkat. Bibirnya tersenyum lebar.

“Kau larilah ke pulau ke. Mana mana pulau je. Tapi dalam Malaysia lah.Pulau Tioman ke,Langkawi ke,mana-mana jelah.” Neeza tanpa berfikir panjang memberi cadangan.

“Bagus! Kau memang bagus. Kau akan jadi kawan subahat aku dalam projek ni. Hehe..” Tawa Aiman.

“Eh tak da masa aku! Aku tak nak.” Jawab Neeza tegas.

“But you have to Neez..kau kena jugak sebab kau dah bagi idea tu.” Desak Aiman.

Ishh lah anak orang kaya ni.Kang aku lempang kang tak pasal ambulans datang!!

Menyesal Neeza memberi idea itu pada Aiman. Tak pasal pasal dia kena buat kerja bodoh ni.

“Dah lah jom balik. Aku nak fikir malam ni macam mana nak uruskan plan ni. Jom. Beg galas Aiman yang diletak di kerusi sebelah disandang. Mereka berlalu pergi.

“Aku harap kau lupakan idea gila ni Aiman” Gumam Neeza dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience