Rate

PART 1

Humor Series 4417

 

"Ray, kahwin dengan aku?"

Nadine 'Ray' Rawda membeliakkan matanya. Rahangnya hampir terjatuh ke lantai. Tidak percaya akan ayat yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki yang berada di hadapannya. Benakknya terasa sukar untuk memproses kejutan yang baru sahaja diterimanya. Sudah hilang akalkah lelaki yang berada di hadapannya?

"Kau gila ke?"

Heidi Shawqi panggung kepala. matanya tepat merenung mata Nadine. Mukanya serius. Tidak lansung menampakkan sebarang gurauan atau April Fool sedang berlaku.

"aku tak gila dan aku serius." Tegas ayat Heidi.

Nadine tarik nafas dalam dalam sebelum membuang pandang kea rah suasana Exia's Café yang lengang daripada pengunjung. Waktu sebegini orang ramai masih lagi sibuk di pejabat, di sekolah. Nadine membetulkan posisinya. Kalau tadi dia duduk bersila di atas kerusi, kini dia berpeluk tubuh dan kaki diturunkan ke lantai. Tandanya dia sudah serius.

"kau tahukan aku takde perasaan dengan kau. Kau tahu kan preference aku macam mana?" Nadine pandang tajam kea rah lelaki di hadapannya.

Tidak ada angin. Tidak ada ribut tiba-tiba sahaja Heidi mengajaknya untuk berkahwin. Sudah hilang akal ke lelaki ini? Dia menggerutu perlahan/

Di usia menghampiri 30 tahun Nadine tidak pernah lagi mengimpikan untuk berkahwin. Malah calon-calon yang dcadangkan oleh uminya pun direject sepantas kilat. Dia tahu dia siapa dan tidak mungkin ada lelaki yang sanggup menerimanya jika mereka tahu siapa dia sebenarnya dan nafsunya.

Heidi mengeluh kasar. Dia buntu. Tidak tahu siapa lagi calon yang layak untuk dibawa berjumpa dengan mamanya. Cuma Nadine sahaja yang dirasakan layak walaupun dia tahu wanita di hadapannya bukan manusia normal.

Abnormal. Alien.

"Pleaseee! Ray. Tolong aku. Pleaseeee!" Heidi merayu. Dia sanggup berlutut di hadapan Nadine untuk membuatkan Nadine bersetuju untuk menjadi isterinya. Nadine pilihan yang sesuai. Lagipun mamanya mengenali Nadine, cumanya Nadine yang abnormal hanya Heidi seorang sahaja tahu.

Nadine meraup mukanya. Rambutnya yang pendek ala-ala lelaki itu dilurut perlahan. Sekali pandang Nadine umpama lelaki disebabkan pakaiannya dan tingkah lakunya. Tomboy. Boyish. Tiada langsung menampakkan ciri-cirinya seorang perempuan. Wajahnya tidak cantik, biasa-biasa sahaja.Bagi Heidi wajahnya dikatakan sedap mata memandang dengan kulit kuning langsat yang dimilikinya.

"Kau ada rupa. Bukan masalah nak cari calon pun," Nadine berpeluk tubuh memandang wajah Heidi yang sudah kecewa.

Bukan Heidi tiada rupa, malah lelaki itu dikategorikan dalam kumpulan lelaki yang kacak dan sado. Lean muscle menurut hemat Nadine. Wajahnya yang ala-ala pan-Asia itu menambah lagi tarikan yang ada. Nadine sendiri pun tidak pasti macam mana dia boleh terjebak dengan lelaki ini.

Senang cakap, petik jari bersusun gadis-gadis yang sanggup menjadi memantu Puan Syaerah.

"Masalahnya mereka tu nak harta aku. tak boleh dipercayai sangat. Come on, Ray. This is about marriage. Bukan benda main-main."Wajah Heidi berubah serius.

Nadine buat rolled eye.

"Habis yang kau ajak aku ni kahwin? Bukan tu main-main ke?"

Heidi pandang tajam wajah Nadine. Cemberut.

"aku serius ajak kau kahwin la Ray."

"Sebab aku adalah last option kau?"

Heidi terdiam sesaaat. Bibirnya digigit.

"Bukanlah." Heidi menafikan ayat yang keluar dari mulut Nadine. Perlahan sahaja ayat yang keluar dari mulutnya.

Nadine mencebik sinis.

"Sudahlah Eid. Kau cari orang lain ajelah. Aku tak berminat."

Nadine angkat punggung. Tidak betah lagi dirinya dipaksa berhadapan dengan soal perkahwinan, lebih-lebih lagi dengan lelaki bernama Heidi Shawqi ini.

Sungguh dia tidak berminat langsung.

Menyedari Nadine yang sudah mengangkat punggung dari kerusi, Heidi diserang rasa panic. Dia tidak punya pilihan lain. Nadine 'Ray' Rawda adalah calon yang sesuai. Bukan tidak ada calon lain tapi dia tidak berkenan. Ada sahaja tidak kena di matanya.

"ray!"

Kakinya yang baru melangkah beberapa derap terhenti seketika tatkala suara Heidi melaung memanggil namanya. Baru sahaja dia ingin mnoleh untuk menempelak Heidi, nyawanya bagaikan ingin terputus apabila sekujur tubuh Heidi sudahpun melutut di hadapannya. hampir terjojol mata Nadine apabila Heidi sedang melutut di hadapannya sambil memegang sekotak cincin.

"Eid!" Nadine terjerit. Mukanya merah menahan malu apabila beberapa mata sudah menumpukan ke arah mereka berdua. Menyaksikan perkara luar biasa yang sedang berlaku di depan mata.

Manakala barista yang bertugas di kaunter sudah memanjang leher mereka, memerhatikan gelagat dua orang makhluk Allah yang sedang melakukan drama korea sebabak di kafe cum library ini.

"Eid! Bangunlah. Kau buat apa ni?"

Nadine sudah diserang rasa panic. Tidak keruan hatinya apabila melihat tingkh laku Heid yang luar biasa itu. Tidak pernah seklaipun dia akan menyangkasampai begini sekali tindakan yang dilakukan oleh lelaki yang menjadi co-owner Exia's Café au latte ini.

Heidi angkat kepala. Dia senyum. Muka Nadine yang tidak keruan dan merah padam itu nampak cute di matanya. Ini kali kedua Heidi berpeluang untuk melihat reaksi lain selain muka batu Nadine yang sering dintunjukkan.

"Marry me Nadine 'Ray' Rawda Khairil Amzi?"

Membulat mata Nadine mendengar ucapan yang keluar dari mulut Heidi. Mulutnya terngaga. Ingat ini orang putih ke dia main lamar-lamar macam tu?

"Eid! Bangunlah! Malu la orang nampak kita macam ni."

"Say that you will marry me first then baru aku bangun," ugut Heidi.

Heidi tidak punya cara lain selain cara yang ada sekarang untuk memaksa wanita yang berpewatakkan tomboy di hadapannya untuk berkahwin. Kalau cara ini juga tidak jalan, dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi untuk memujuk Nadine bersetuju menjadi isterinya.

"Eid!Please! don't make any scene kat sini." Muka Naidine sudah merah sepenuhnya.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling. kalau tadi audiens tidak beberapa banya sekarang café milik mereka berdua mula dibanjiri dengan manusia/ tidak kurang jugak yang sudah berura-ura mengeluarkan telefon, merakam detik-detik Heidi melamar wanita yang tidak serupa wanita.

"Marry me, pleaseeee Ray."

Wajah Heidi yang mendayu-dayu meminta Nadine mengahwininya menyebabkan Nadine meraup mukanya dengan kasar. Dia tarik nafas kasar apabila dia mula rimas dengan situasi yang berlaku sekarang.

Dia bukan wife material.

Nadine pejam mata sesaat sebelum kembali dbuka dan dipasakkan kea rah Heidi yang memandangnya dengan puppy eye. Nadine hampir facepalm muka sendiri. terbayangkan muka Usui Takumi puppy eye ketika ini.

"Jumpa parents aku."

Sebaris ayat yang keluar dari mulut Nadine sudahpun cukup membuatkan Heidi berdiri dan ingin memeluk wanita yang berada di hadapannya. Manakala Nadine seusai melafaskan ayat berkenaan terus meloloskan diri naik ke tingkat atas café yang nemempatkan pejabat kecil mereka bedua.

Heidi tergelak apabila melihat kelibat Nadine yang sudah melarikan diri itu. Bibirnya senyum memanjang. Bahunya terasa sangat ringan apabila Nadine memberikan green light.

Maka selepas ini, misi menakhluk hati bakal cik isteri akan bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience