Series
239
“Gais, hari ni cuti kan?” ujar Azira separuh teruja.
“So?” tanya Lipmad.
“Kita pergi ajak bonda bercuti nak? Buat lawatan sambil belajar.” ujar Azira teruja.
“Nak!” ujar mereka semua.
“Nak, nak, nak ikut!” ujar si kecil Bahiyyah.
“Kenapa bising – bising ni?” soal bonda yang muncul dari dapur.
“Bonda, bonda, jom kita pergi jalan – jalan.” rengek Bahiyyah apabila melihat bondanya. “Nak jalan pergi mana?” soal bonda.
“Pergi Tanjung Piai, jom,” kata Illya memberi cadangan.
“Boleh je,” jawab mereka serentak.
“Kita buat lawatan sambil belajar,” tambah Syaza.
“Bolehla bonda, bolehla,” ujar Bahiyyah.
“Hmm… kalau macam tu, bonda setujulah,” ujar bonda.
“Yeah!!” kedengaran suara mereka bersorak kegirangan.
“Bila kita nak pergi sana?” soal Ily dan Izani serentak.
“Kalau lusa, macam mana?” cadang Syimah.
“Boleh juga,” kata bonda.
“Okey, bonda nak tempah bas dulu, kalau lambat nanti tak dapat pula,”
Kesemua mereka bersorak gembira.
“YEAH, PERGI TANJUNG PIAI!!” Ujar Izani dan Ily.
Setelah 5 minit berlalu, bonda segera ke ruang tamu di mana mereka adik – beradik berkumpul untuk menonton televisyen bagi menyampaikan berita gembira.
“Anak – anak, good news. Bonda dah dapat tempah bas, lusa dah boleh pergi.” Mereka bersorak riang.
* * * * *
Keesokan harinya, mereka mula mengemas pada sebelah petang. Mereka sangat teruja untuk menunggu hari esok.
“Far, kau rasa aku nak kena bawak apa je ha?” kata Ainaa.
“Entahla, aku pun tak tau la,” Jawab Farisya bersahaja. Mereka sambung mengemas sehingga tidak sedar hari sudah petang.
“Anak – anak, cepat mandi. Lepas tu kita makan malam. Dah nak malam ni,”
“Baik bonda!” Jawab mereka semua hampir serentak. Sedar tidak sedar sudah masuk petang mereka mengemas.
Setelah semua siap mandi, mereka menuju ke dapur bagi menjamu selera.
Semasa makan si ibu bertanya, “Esok kita nak buat lawatan sambil belajarkan?”.
“A’ah” jawab Azira.
“So, bonda nak esok semua dengar cakap bonda, tiada bantahan, okey?” soal bonda.
“Baik bonda, “ jawab mereka semua serentak.
Setelah mereka semua siap makan, mereka semua duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Tiba – tiba, kedengaran suara Illya, “Semua kembar pakai baju sama. Ily sama dengan Izani, Shantha sama dengan Wawadin dan Farisya sama dengan Ziqfiq. Tapi, kembar sepasang ni tak pernahnya nak sama. Ainaa, Farid, asal baju tak sama?”
Mereka berdua tersentak apabila ditanya soalan begitu. “Tak semestinya kembar kena pakai baju yang sama, kan?” jawab Ainaa berpura – pura tenang. Farid pula hanya menggangguk tanda setuju.
Setelah beberapa jam mereka menonton televisyen, kedengaran suara bonda menyuruh anaknya tidur.
“Okey semua, masa untuk tidur. Esok kita nak bertolak awal, jadi kenala tidur awal,” kata bonda kepada anak – anaknya. Mereka semua akur lalu meluru ke bilik masing – masing.
Di dalam bilik, masing – masing melakukan hal sendiri sehingga mereka penat dan mengantuk lalu tertidur. Di bilik Farisya dan Ainaa, Farisya sudah pun tertidur manakala Ainaa sedang membaca buku. Akibat kebosanan, Ainaa terus keluar dari biliknya perlahan – lahan lalu terus menuju ke arah tangga. Kemudian, sesampainya Ainaa di hadapan bilik Farid, dia terus melekapkan telinga di pintu. Kedengaran suara orang sedang berbual.
Tiba – tiba, pintu tersebut terbuka menyebabkan Ainaa mula tersungkur ke hadapan. Ainaa terus memejamkan matanya. Dia terasa bagai badannya disambut seseorang lantas dia membuka mata. Kelihatan Farid sedang memegang badan Ainaa untuk mengelakkan Ainaa dari terjatuh. Terlihat sahaja Farid di hadapannya, Ainaa terus berdiri dengan segera.
“Apa kau buat kat sini Ainaa?” soal Farid.
“Erk… aku.. aku.. aku nak pergi toilet,” ujar Ainaa gagap.
“Ye ke? Abis macam mana bolah ada kat depan pintu aku ni?”.
“Aku tergelincir tadi,” ujar Ainaa.
“Ye la tu. Setahu aku kau nak skodeng Farid kan?” kata Firdaus menyampuk.
“Eh! Baik sikit eh, tak ada masa aku nak skodeng si Farid ni,” kata Ainaa menahan geram.
Farid hanya menjeling tajam memandang Firdaus. Firdaus hanya tersengih.
“Dahlah, dari aku layan korang yang entah apa – apa, baik aku tidur,” kata Ainaa sambil mula berlalu hendak meninggalkan mereka.
Tiba – tiba, lengan baju Ainaa ditarik dari belakang. Ainaa segera menoleh. Alangkah terkejutnya Ainaa apabila Farid menarik lengan panjang bajunya.
“Apa ni main tarik orang suka hati dia je, sakit tau tak,” ujar Ainaa, marah. Kelihatan muka Farid agak serius.
“Ainaa, kau cakap dengan aku sekarang, kau buat apa kat depan bilik aku ni?” soal Farid. Mukanya masih kelihatan serius.
“Erk.. aku.. Cuma nak tengok kalau kau dah tidur ke belum,” ujar Ainaa terketar – ketar. Sebelum ini, dia belum pernah melihat Farid begitu serius di hadapanya.
“Hmm… ye ke? Naluri kembar aku mengatakan yang kau ada nak cakap sesuatu kat aku,” ujar Farid mula bergurau,geli hati melihat muka Ainaa yang ketakutan.
“Banyak la kau naluri kembar. Ye la, aku cuma nak cakap good night je,” kata Ainaa.
“And..”
“Sweet dream,”
“Dan..?”
“Ye la. Aku cuma nak ajak kau esok duduk dalam bas dengan aku,” kata Ainaa, mengalah. Makin dilayan makin lamalah dia kacau aku, kata Ainaa di dalam hati.
“Oh, pasal tu je ke? Kenapa tak duduk dengan Farisya?” soal Farid.
“Dia kata nak duduk dengan Ziq fiq.” ujar Ainaa.
“Ily? Izani?”
“Diorang duduk berdualah. Mana boleh kacau. Mati aku kena psiko 24 hours nanti.”
“Shantha dengan Wawadin?”
“Haish kau ni, diorang pon duduk berdua la,”
“La, gitu ke? Kalau macam tu okey la,”kata Farid memberi persetujuan.
Walaupun Ainaa agak geram dengan Farid, tapi dia tetap gembira sebab Farid setuju duduk dengannya.
* * * * *
Kringggg!!!!
Jam berbunyi dari bilik Ainaa dan Farisya tepat pukul 6.35 pagi. Ainaa terus ke bilik air dan mandi. Sudah menjadi kebiasaan Ainaa bangun paling awal antara semua. Seusai mandi, dia lantas menunaikan solat subuh. Setelah selesai, Ainaa terus mengejutkan Farisya lalu membuat ulangkaji.
Terdengar juga bunyi jam loceng dari bilik berdekatan menandakan ada yang telah bangun. Terdengar juga sayup – sayup bunyi loceng dari tingkat bawah.
Selepas beberapa minit, terdengar bunyi iqamat dari dalam bilik ibadah. Ainaa meninggalkan meja belajarnya lalu turun ke tingkat bawah. Rupanya suara Ziqfiq yang iqamat tadi.
“Ha kak Ainaa, tak solat sekali ke?” sapa bonda yang baru hendak masuk ke bilik ibadah.
“Erk..dah solat dah tadi kat bilik.” Kata Ainaa.
Bonda hanya tersenyum lau menyertai anak – anaknya bagi mendirikan solat. Ainaa hanya duduk di situ sambil memerhati. Teringin juga tahu sapa imam kali ni.
Tiba – tiba, terdengar aluna bacaan al-fatihah yang sangat merdu sehingga membuatkan Ainaa terbangun untuk melihat siapkan gerangan suara tersebut. Akhirnya, Ainaa mendapati rupanya suara itu kepunyaan Farid. ‘Sedap gak suara dia,’ gumam Ainaa seorang diri lalu terus berlalu ke biliknya.
* * * * *
“Wei, korang, cepat sikit. Bas dah sampai ni. Nanti kena tinggal,”laung Azira dari ruang tamu.
Ainaa segera turun dan terus menaiki bas bagi memilih tempat duduk yang digemarinya. Kelihatan Farid melambai tangan ke arah Ainaa. Ainaa segera berlari anak ke arah Farid dan duduk disebelahnya.
“Huh, nasib kau tak pilih tempat duduk depan – depan atau kat belakang,” kata Ainaa sambil melepaskan lelah di kerusi.
“Hmm..aku bukannya suka sangat duduk depan – depan. Lagipun, kalau duduk belakang nanti aku mabuk, tak pun pening – pening,” kata Farid.
“La, kau pun sama ke? Aku pun pening nanti kalau duduk belakang. Tak sangka ada juga persamaan kita ni ek,” ujar Ainaa sambil tersenyum pada Farid.
Ainaa terus meninjau siapakah yang duduk di belakangnya dan sebelah mereka.
“Perh, sekali belakang ni Shantha dengan Wawadin. Sebelah pulak Ily dengan Izani. Aduih,” ujar Ainaa separuh didengari.
“Wah, Shantha, Shantha. Tengok depan kau. Ainaa duduk dengan Farid la,” ujar Ily yang berada disebelah Ainaa. Shantha bangun lalu menjeguk kerusi di hadapannya.
“Perh Ainaa, duduk sebelah Farid sey,”
“Apa tengok – tengok, pergila duduk sana. Sebok je,” marah Ainaa.
“Entah Shantha ni,” sokong Farid.
“Eh, Farid marahla kita kacau akak dia,” kata Ily.
“Biarla, comel ape,” ujar Ainaa.
“ Ele acah acah sweet gula gula pula.”
“Dah, semua duduk diam – diam. Bas dah nak gerak ni,” ujar Lipmat, sebagai pemudi dalam bas, bukan pemandu tau!
Tempat duduk depan sekali, yang sorang je tu, bonda yang duduk, sebagai pemandu arah.
Bas mula bergerak tepat jam 7.15 pagi, setelah kesemua mereka masuk.
Dan yang paling lambat sekali turun dan hampir tertinggal ialah, group tiga Alif! Tak tau la kenapa diorang tu lambat sangat. Nasib baik bonda perasan, kalau tak, alamatnya kena jaga rumah la diorang.
Semasa di dalam bas, mereka semua membuat hal masing – masing. Ada yang menonton CD daripada televisyen yang dibuka oleh pemandu. Mereka menonton filem yang bertajuk ‘Alif Tiga Dimensi ‘.
Ada sesetengah mereka yang melayan handfon. Maklumla, kesemua yang ade dalam bas memang sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Oh lupa! Ily sorang je yang menggunakan ipad Acer. Ipad ni gunanya macam komputer. Maklumla, henfon dia rosak,guna duit simpan ada lebih tu yang dia simpan sendiri. Malas beli fon katanya.
Ringggg….!!!
“Ijan, would you shut up your phone please!”Laung Ily apabila ada yang mengganggu tidurnya. Ok, ni memang Ainaa tabik sikit dengan Ily sebab dengan Izani dia boleh still tolak ansur. Bab mengamuk dengan Izani je dia ada cakap please, dengan orang lain hanya kirim jelingan sedas je. Gelabah Izani apabila dimarahi Ily.Habis kelam kabut menjawab panggilan telefon dan duduk disebelah Shantha.
“Izani,nape duduk sebelah Shantha?”Tanya aku pada Izani. Pelik, biasanya Ily dan Izani susah nak duk jauh jauh melainkan bila Ily terpaksa mengikut arahan ke latihan sukan.
“Gila apa?!Mati aku kena marah nanti.Dia bukannya suka orang kacau dia bila tidur.”Mulut Izani rancak membalas pertanyaan sambil mata dan tangan sibuk melayan telefon.
“Lupa ke siapa yang kena halau dari bilik sebab buat bising masa Ily baru lelap? Time Dewa Sukma panggil dia suruh pergi latihan seminggu pulak tu.”Suara dari sebelah membuatkan Ainaa teringat masa kena maki dengan Ily tiga bulan lepas.Kena blacklist pulak tu seminggu tak leh lepak bilik dia. Muncung sebagai reaksi apabila memori itu kembali berulang.
“Now you remember that?”
“Senyaplah.”
Ainaa perasan Farid sempat tersengih.Arghhh… biarlah. Boys kan, memang selalu macam tu.
* * * * * *
“Guys…”tiba – tiba mulut Azira ditutup.
“Shuuut!! Ily tengah tidur baik kau jangan cari nahas Jie.”Spontan tangan Diana dan Syaza menekup mulut Azira. Kepala Illya terjenguk ke belakang melihat tempat duduk Ily.Fuhhh.. Nafas lega dilepaskan. Separuh wajah Ily masih lagi tertutup dengan sweater yang sengaja dibawa. Nasib baik Ily tak dengar suara Azira jerit tadi. Isyarat jari telunjuk dan ibu jari bersambung dilayangkan.
“Kenapa ni Illya?” tanya bonda apabila melihat Diana-Syaza-Illya seperti baru je lepas menjalankan mission impossible.
“Nanti Ily monyok kalau kejut macam tu.”
“Semalam dia baru kena buli dengan Dewa Sukma masa training.” ZiqFiq beritahu.
Bonda hanya mengangguk kepala. Lipmad memberi isyarat pada Izani tanda menyuruh kejut Ily manakala Firdaus menyuruh yang lain turun dari bas.
“Haishh… Asal kejut Ily je muka aku. Nasib baik aku tau macam mana nak kejut dia tidur.”bicara Izani perlahan.
“What? Kau tau nak kejut dia macam mana? Macam mana? Nak tau juga.” ujar Farid teruja.
“No way bro. Gi turun la. Sibuk je nak tengok aku kejutkan Ily.” Berkerut muka Izani terhadap permintaan Farid. Tangan tanda menghalau turut dilayangkan. Nak tak nak Farid turutkan juga permintaan Izani. “Izani nak aku tunggu ke?”tnya Shantha.
“Bolehlah, kemaskan sikit barang Ily.”pinta Izani. Kemudiannya dia bersandar sebelah bahu Ily. Sedikit bergerak.
“Wake up Ily. Kita dah sampai.” Tangan Izani memeluk Ily.Kemudiannya, mata perlahan lahan dibuka.
“We’re here?” serak suara Ily. Tula siapa suruh tidur. Tangannya menggosokan mata dan meregangkan badan. Kemudian nafas berat dilepaskan.
“Jom.”ajak Ainaa.
* * * * *
“ Wei amik gambar dulu baru masuk!”
“Big boss da marah.” Perlahan Ily berkata sambil berpeluk tubuh. Kemudiannya lengan kiri dipukul perlahan. “ Haissshhh.. tak baik lah. Abang kau juga tu.” Marah Izani. Ily mengangkat bahu tanda ‘I don’t care’. Ainaa dan Shantha hanya mampu mengeleng kepala.
“Shantha, air.” Ujar Wawadin sambil menghulur air tin apple. Dalam hati Ainaa hanya mampu mengeluh. Ainaa memandang Farid. ‘Bila lah aku dengan dia nak jadi macam Ily-Izani dengan Shantha-Wawadin. Nak cakap jadi Macam –Farisya-ZiqFiq lagi mustahil.’ Bicara Ainaa sendiri. Mata bergerak pula memandang Farisya-ZiqFiq. Kelihatan ZiqFiq sedang memakaikan Farisya topi dan jari menunjukkan cuaca yang panas dengan muka berkerut. Marah maybe?
* * * * * *
Ainaa masih lagi keliru. Apa motif dia buat macam tu? Mata straight memandang Farid yang sedang leka melihat pemandangan laut. Tiba – tiba bahu Ainaa ditepuk perlahan. Ainaa segera memandang ke kanan. Ily. Ainaa mengeluh perlahan. “Why?” tanya perlahan. Ily sibuk mengambil gambar pemandangan menggunakan kamera DSLR canonnya. “Nothing.”balas Ainaa dengan malas. Namun mata tidak lepas dari memandang Farid.
“Then. Why you still look at him?”
Ainaa segera melihat Ily. Dia masih lagi mengambil gambar dan tidak memandang Ainaa. Ainaa terkedu.
“How did ….”
“ ….I know that you keep looking at him from the beginning? Heyy.. I’m not that stupid. Tiap kali ada bayangan dia, kau sibuk memandang. Come on, we grow up together.” Terang Ily. Dia mula duduk bersebelahan Ainaa. Kini dia tidak menghiraukan lagi akan kameranya.
“I’m jealos.. of you and Farisya.” Perlahan Ainaa berkata. Kepala ditundukkan.
“And?”
“Apa motif dia buat macam tu, tadi?”tambah Ainaa sambil memandang dia semula.
Terasa seperti ada tangan yang mengusap perlahan di bahagian bahu. Ainaa melihat Ily dan dia tersenyum. “You not laughing because I’m jealous of you and Farisya?”soal Ainaa pada Ily.
“Why should I?”
“Because it funny, maybe?”
“No, it not funny at all, Ainaa. Dia buat macam tu sebab he care about you. Tak bermakna dia tak rapat dengan kau tanda dia tak ingat kat kau. You jealous at me and Farisya? Sebab kitaorang rapat? Gitu?” soal Ily lagi
“Yela. Korang selalu ada untuk each other. Aku ni tak pun.” Ainaa protes dengan apa yang dikatakan.
“Dia care kat kau cara lain. When the snake show up, nampak sangat reaksi dia berubah. He so worry about you. Cuma silapnya dia tolak kau dan you almost feel at the brige just now. That’s make kau salah faham. Bukannya dia nak bunuh kau pun. Aku dengan Ijan bukannya rapat masa kecik. We always fight each other. Bonda dengan abah pun pening dengan kitorang. ZiqFiq start jaga Farisya pun mula masa abah dah meninggal. Not everyone cara care and love dia sama. Mungkin cepat, mungkin lambat. Mungkin nampak, mungkin tersembunyi. Setiap orang lain perwatakan dan gaya. And just I said just now, dia sengaja tolak kau mungkin bersebab. He perhaps just want to protect you. Cuma silap dia, he push too hard sampai kau hampir terjatuh. That’s all.” pujuk Ily. Dia masih lagi tersenyum. Ainaa masih lagi menundukkan kepala.
“Tak semestinya kembar ada cara protect yang sama. I have a twin and I know why sebenarnya dia buat macam tu.” Sambung Ily lagi.
“Pergilah teman dia. Say sorry or what so ever. Try to chat with him. Don’t be like me, an ego person.” Perlahan – lahan Ily meninggalkan Ainaa seorang di situ. Ily? Ego? Yup Ainaa memang akui yang Ily seorang yang agak ego bila dengan adik beradik yang lain except bila dengan Izani. Manja habis. Hmmm… aishh, asyik mengeluh je aku ni, gumam Ainaa seorang diri. Ainaa bangun dan berjalan pergi ke arah Farid. Dalam perjalanan, Ainaa baru teringat. "Ily said that dia tolak aku because off a snake? No wonder lah dia risau".
“Boleh aku duduk sini?” Tangan Ainaa menunjukkan bangku yang berada berhadapan dengan Farid. Farid hanya mengangguk tapi matanya tak bergerak dari melihat pemandangan laut yang luas terbentang. Seminit dua mereka tidak berbicara kemudian Farid seperti mengeluh perlahan.
“Ainaa !! Farid!! Jom, bonda ajak balik. Bahiyyah dah merengek!” jerit Farah sambil bercekak pinggang. Ainaa dan Farid berpandangan seketika sebelum Farid bangun dan ingin berlalu pergi. Segera Ainaa memegang hujung baju t-shirt lengan panjang Farid. Dia memandang Ainaa seketika sebelum cuba melepaskan pegangan tangan Ainaa.
“I’m sorry and thanks for selamatkan nyawa aku tadi. Not because of you, I’m dead.” Ainaa perlahan berkata. Apabila melihat Farid mengangguk perlahan barulah Ainaa melepaskan pegangan. Nafas perlahan – lahan dilepaskan. Selepas seketika barulah Ainaa bergerak menuju ke bas.
Good bye Tanjung Piai. Ada masa Royal Kindred 31 akan datang melawat lagi.
Share this novel