Rate

BAB 1

Romance Completed 1121

Mesti hati korang dah tak sabar nak tahu siapa gerangan aku yang handsome ni? Ye handsome, baru cakap dah terasa aura handsome tu. Aku rasa tak yah la korang tau. tak penting. apa? nak tau gak? oklah. aku Mikaela Laluna. maksudnya? cari sendiri kat internet. google it okey. aku ni berkulit sawo matang. ramai yang kata mata aku cantik. allahualam, aku sendiri pun tak tau. okeylah, perkenalkan diri sudah, meh sini aku ceritakan kisah aku ngan suami aku yang tercinta nih.

"mak ai, hensemnya abang senior tuh. tergoda la aku." ujarku kepada Adilah, rakan baikku.
"mana?" tanyanya.
"itu, yang putih-putih, tinggi-tinggi tuh. ala yang kat tengah-tengah tu." terangku.
"oo.. yang itu. hensem gak. aik, gatai no ko ni. baru form 1 dah dok usya senior." usiknya.
"ala bukan selalu." aku mencuba untuk membela diri.

kring!kring! hah, itu tandanya waktu rehat dah habis, waktu mengorat dah habis dan waktu belajar dah tiba.
"assalamualaikum semua" ujar cikgu Iqbal Aliff . cikgu ni hensem tau. tapi tak boleh lawan senior yang tadi tu lah. hehehe.
"waalaikumsalam, cikgu." balas zafri selaku ketua kelas. kemudian macam biasa kamu pun ikut apa yang si zafri ni cakap.
"oklah, kita mula sesi pembelajaran kita hari ni." ujar cikgu Iqbal Aliff sambil tersenyum.
"ala cikgu, hari ni kita rehat la cikgu. otak kitorang dah jem ni belajar sains tadi. sekarang nak belajar matematik lak. rehatlah cikgu. cikgu kan baik." ampu akif. biasa, c akif ni kalau tak mengampu cikgu tak boleh. tak berwarna harinya tanpa mengampu cikgu.
"tak de tak de. hari ni kita belajar tentang fraction. now open your book page 54." balas cikgu Iqbal Aliff .
then bermulalah sesi pembelajaran kitorang selama 1 jam 20 minit. dua masa je. dah habis cikgu ni pok pek pok pek, dia suruh buat kerja. siapa yang dah siap buat kerja sendiri. ni yang best tentang cikgu Iqbal ni. sporting giler. i love youlah cikgu Iqbal .

ala, malas sungguh aku nak tuisyen segala. penat lah. isnin sampai jumaat sekolah. sabtu ahad lak tuisyen. penat tau tak.
aku melangkah masuk ke ruang pembelajaran dengan perasaan yang sungguh malas. tapi perasaan tu hilang lepas aku nampak senior yang hensem tuh. gile you, i study 1 room ngan dia. hahahaha, makin rajinlah aku datang tuisyen nih. walaupun dia tak menyedari kehadiran aku tapi aku tetap suka dia. adakah aku ditakdirkan untuknya? aku harap aku tulang rusuk kirinya yang hilang. aiseh, sempat lagi berangan cik adik nih..
kat sekolah aku selalu perhati dia. aku cuba nak tarik perhatian dia tapi siapalah aku kalau nak dibadingkan dengan dia yang hensem tuh. part yang paling aku suka tentang dia ni ialah matanya. matanya yang kuyu tu mampu memikat para gadis termasuklah aku. kalau ada buat fan club, aku lah orang pertama yang akan join kelab tu. serius hensem gila.. kalah boyfriend korang semua.

waktu rehat tu dia lepak ngan kengkawan dia kat kerusi depan bilik wuduk. perghh, hensem gila waktu dia senyum. aku buatlah muka bodoh konon tak kenal. tapi dalam hati cubalah ko kenal aku.
"eh, aku rasa aku kenal la budak yang kat tengah tu."ujarnya kepada rakannya.
"mana ko kenal dia?"tanya kawannya.
"kalau aku tak silap budak satu tuisyen ngan aku." jawabnya.

"eh Luna, dia kata dial kenal ko lah."ujar adilah kepadaku.
"eh, ye ke? sukanya aku." balasku. sukanya hati kalau orang yang kita suka nih suka kat kita.
eh, aku tak perkenalkan dia lagikan? okey. nama dia Mirza aniq. namanya sehensem orangnya. dia ni form 4 tapi umur 17. sebabnya dia sekolah kat sekolah agama dulu. aiseh, budak alim geng. maklumat ni aku dapat dari kawan aku. dia yang dok cerita ngan aku. aku sukalah kan.

Kalau nak tahu, pernah sekali aku duduk betul-betul kat sebelah dia. Nak tahu sebab apa? ada satu budak badan besar ni tak muat kalau share tempat. so, akulah yang kena pindah. jadi, teacher kat tempat tuisyen aku suruh aku duduk sebelah dia. kitorang ada maklumat pelajar kat tempat tuisyen aku nih. so, aku dapat lah num dia. tapi tak berani nak call or sms lah. just simpan jak.malulah den kalau perempuan yang dulu mula.

"awak ni budak smk bukit merembang kan?"tanyanya.
"iya." balasku.
"awak kelas apa?" tanyanya lagi.
"1 dikma"jawabku.
"oo.. budak pandai."ujarnya.
"tak de lah. saya biasa-biasa je." balasku.
happynya aku bila dia bercakap dengan aku. aku ingat dia tak kenal aku. pihaaaa... itu lah ayat pertama dan terakhir yang kitorang borak pada tahun ni. tahun depan last year dia kat sini. oh no i will miss you Mirza .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience