Rate

Bab 4

Romance Series 2907

"Nur!". Irah dan Naj berlari riang ke arah Nur.

"Weh, kau nak tahu tak, kat block kita kan, tak ada seorang pun cikgu yang mengajar. Hari ni kita tak belajar. Block lain pun cikgu tak de. So, harapkan makcik cleaner n kerani je la jaga kita. Cikgu kan ada rombongan gi Mane tah, ada aku kesah. ". Bagi tau Naj dengan penuh riang. Macam kanak kanak sunquick!

" and? ".

" And.... ".

" tadi, Tengku Azharel Naufal dengan seluruh gang prefect over telah mengisytiharkan perang dengan kau! ".

" aku? ".

" KITA! ".

" What? How dare he did it.. Dia tak kenal lagi siapa Tengku Nur Zulaika Bt Tengku Iskandar! ".

Tak Ape tak ape..kau yang isytihar perang. Bukan aku. So, jangan menyesal di kemudian hari! Eheh!

##########

" Assalamualaikum semua! Rasanya semua tahu yang kami akan menjaga kelas ni untuk sepanjang masa persekolahan". Ujar Tengku Muhammad idzham.

"Boleh buat hal masing masing. Sembang? Boleh. But not to loud. Once too loud, we will make sure the person gonna get a very bad punishment". Kata Tengku Muhammad Azfar.

Azharel hanya mendiamkan diri. Mukanya serius. Tepat matanya menikam seraut wajah. Wajah itu hanya memandang meja belajar. Tidak berani memandang ke hadapan. Dia duduk dikerusi meja guru. Masih memandang wajah suci itu.

Hah, siapp.. Apesal dia tengok aku pulak? Aku ada buat salah ke? Dah la mata tu tajam. Mahu terbelah badan aku. Esok lusa keluar khabar ' pelajar perempuan maut badan terbelah akibat di tenung pengawas lelaki hot'. Hahahahhah! Boleh tahan jugak tajuk. Tak pasal pasal dia tersenyum sendiri.

"Weh, tu bukan budak annoying tiga orang tu ke? ".

Tengku Aqila humaira hanya membuang pandang ke luar tingkap. Tak hingin tengok muka Azfar yang sedang memandangnya itu. Hugh!

Tengku Sara Najwa pula memandang tajam ke arah idzham. Dia memang berani. Minta gaduh dengan nya bagaikan minta mati awal! Janganlah dibawa main.

Seorang lagi pelajar hanya tunduk memandang meja. Malu. Malu kerana terkena panahan sepasang mata yang dingin. Malu kerana menjadi tumpuan kelas yang seramai 43 orang. Panas hatinya.

"Haa.. Jom kacau dorang". Kata idzham sambil berjalan ke arah tiga perempuan annoying tu.

"on! ".

Azharel hanya mengangguk. Langkah diatur ke arah perempuan annoying 3 orang tu.

Mereka menarik 3 kerusi kosong yang berada di belakang kelas 4 ST tu. Mereka duduk betul betul berhadapan dengan tiga orang gadis itu. Muka gadis gadis itu merah menahan malu. Atau marah mungkin?

"Kau tak ade homework ke? ".

Nur geleng.

" Pastu kau nak buat Ape ni? ".

Nur angkat bahu

" Kau bisu ke ap? ".

Nur geleng lagi

" Jawab la! ". Di hempuk meja Nur dengan sebelah tapak tangannya. Terhencut bahu perempuan itu. Hahahahhah!

" Awak nak Ape? ".

" borak. Bosan".

" Tak nak borak dengan awak. Lagi bosan. Bosan tak pe. Nanti terus BOdoh saya. ".

What! Membuntang mata Azharel. Gila betul perempuan ni!

"erhhh.. Baru aku ingat. Kau tu kan anak angkat keluarga Tengku Iskandar. Anak asal Tengku Malik, sahabat Tengku Iskandar. Mak ayah kau dah meninggal kan? Sian kau. Malang betul. Kau, anak angkat tak layak nak sembang dengan aku ni. Kekayaan keluarga aku lebih daripada kau. Kau tu cuma siapa je dalam keluarga kau. Dah la mati mak bapak, anak tunggal la pulak.. Kesian.. Kau mesti tak tahu kan? Sedih nya hidup kau. Aku bukan apa, cuma a........ ".

BUSHHHHH!

Air teh yang diisi ke dalam botol airnya di curah kepada Azharel. Mahu tak terkejut laki tu? Geramnya!! Azharel memang saja mahu sakitkan hatinya kan? Dan.. Siapa Tengku Malik? Air mata tak mampu ditahan lagi. Berjuntai juntai air mata nya mengalir keluar. Dia penat. Dia sakit.

Arhhhhhh!! Budak Nur ni memang nak kena la ngan aku! Eh eh. Cop cop.. Dia... Menangis? Bior betik?! Tak kan aku memain pun tak boleh? Ke kasar sangat? Ye la.. Dia mana nak pernah bergurau dengan perempuan. Tu kali pertama. Tapi bia padan muka dia.. Hahahahhaha.. Tapi kesian la jugak.. Haihh..

" Manusia tak sempurna. Tapi kita perlu saling menerima kekurangan dan mengagumi kelebihan orang lain. Kau salah. Kalau betul pun aku ni anak angkat, aku bersyukur. Kerana masih ada keluarga yang membela aku. Aku ada kelebihan dan kekurangan. Kalau kau tak boleh terima, kau boleh blah. Kau mungkin kaya, tapi mulut kau tu. And harta kau tu aku tak hamak la weih. Mati nanti bawak sekali harta kau! Menyemak kat dunia ni. Kau pikir aku tak de perasaan ke? Dasar manusia pentingkan diri! ". Kata Nur perlahan. Dia masih waras. Malu la kalau menjerit tak tentu pasal. Yang bagusnya si jerk kat depan ni dah lencun. Padan muka. Hilang rasa hormat nya pada si prefect dan sebagai orang yang lebih tua. Tapi tak matang langsung! Arghhh!

Perghh! Sekali dia bidas, berdas das sentapan menusuk hati aku. Aduhhhh Nur. Aku mintak maaf. Tapi aku tak boleh cakap. Nanti ego aku turun. Tapi aku betul betul menyesal.

" Kau tak payah nak drama kat sini perempuan. Dah la.. Idzham, Azfar. Korang jaga. Aku nak pergi tandas. Ada perempuan gila Mane entah siram air kat 'pokok' yang satu ni". Katanya sambil menjeling mata ke arah Nur. Nur sedang merebahkan kepala ke atas meja. Menangis semahu mahunya. Dia malu. Sungguh malu.

Sara berdiri..

Pang!

Ditampar nya muka Azharel. Geram. Kawan baik dia malu disebabkan jantan seorang itu!geramnya!

"Don't you ever never call she perempuan! She has a name. And the name is Nur Zulaika! If I heard you call she with that name again, I will make sure you'll live in darkness.. ".

Kus semangat! Tahu benar dia dengan perempuan bernama Sara ni. Juara Silat Negeri. Naib juara taekwondo peringkat daerah! Dan dia tahu amaran tu memang tidak boleh dibawa main!

" what ever". Cuba buat muka slumber walaupun hakikatnya lutut dah ketar! Organ dalaman dah kecut! Kang tak pasal pasal sekali lagi dia 'Pang' Aku, arwah la jugak kat sini. Kaki diatur cepat ke tandas. Malas mahu memikirkan Nur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience