"Kau nak pergi kedai tu lagi ke?" tanya Yeri, Haneul yang sedang makan rotinya hanya membalas dengan anggukan.
"Cute lah oppa tu." Hira yang tengah mengunyah rotinya terus rasa nak muntahkan balik.
"Oppa? Tch, dia dengan kita cuma beza setahun je kot, buat apa nak panggil opah-opah bagai?"
"Alah biarlah..." balas Yeri berjalan lebih laju dari Haneul.
Sampai sahaja di sebuah kedai di mana Haneul selalu datang dia pun di sapa oleh si oppa comel yang dikatakan oleh Yeri tadi, Wonjun, dengan mesra manakala Yeri pula diabaikan sepenuhnya.
"Oi, aku pun pelanggan juga, kenapa kau sapa Haneul je?" marah Yeri apabila dia merasa kedatangannya bagaikan angin berlalu.
"Haneul? Wah comelnya nama awak." puji Wonjun membuatkan Yeri rasa geram.
"Wonjun! Sorry aku lambat sikit hari ni..." ucap Baekgyeol yang baru datang.
"Tak pe." balas Wonjun keluar dari tempat kaunter.
"Ni berapa?" tanya Haneul meletakkan sebotol air minuman di kaunter.
"Percuma, saya belanja awak." kata Wonjun sambil tersenyum lalu menarik Haneul keluar dari kedai tersebut bersamanya meninggalkan Yeri.
"Jom pergi sekolah sama-sama." ajak Wonjun sambil tersenyum, belum sempat Haneul membalas tangannya terus ditarik Wonjun. Yeri? Hurm rasaya dah dilupakan kot.
Sampai sahaja mereka berdua di sekolah, In yang menjaga di depan pagar sekolah menegur si Haneul.
"Beol,mana Yeri? Bukan kau selalu dengan dia ke?" tanya Choi In membulat terus mata Haneul baru dia ingin pergi mencari Yeri, Yeri sudah pun sampai dengan muka berangnya.
"Yeri-" baru dia ingin pergi ke Yeri, tangannya ditarik oleh Wonjun membuatkan langkah dia terhenti.
"Kajja saya hantar awak pergi kelas." ajak Wonjun sekali lagi Yeri ditinggalkan oleh sahabatnya.
Eh bodoh, kang kalau cikgu nampak tak pasal-pasal kena denda woi!
Share this novel