BAB 2

Romance Completed 1149

Selepas selesai sediakan baju kerja untuk Encik Suami, Shahrini menjengah
ke bilik anaknya sebelum turun ke bawah untuk sediakan sarapan. Jejak
saja kaki ke dapur terus dikeluarkan bahan-bahan untuk memasak.

“Nasi Gorengatau Bihun?” gumam Shahrini .

Dia mengambil keputusan untuk menyediakan nasi goreng. Minyak dipanaskan
terdahulu sebelum bawang merah ditumis bersama lada merah dan dimasukkan
ke dalam kuali. Daging ayam yang sudah diptong kecil-kecil dimasukkan ke
dalam kuali sehingga dibiarkan ayam sedikit masak sebelum memecahkan dua
biji telur. Dikacau sehingga telur menjadi pecahan kecil-kecil kemudian
baru dimasukkan nasi ke dalam kuali.

“Ermm…. Sedapnya bau.” Tegur Rafik Azwan sambil mendukung Rafik Anwar.
Isterinya didekati lalu dihadiahkan ciuman di pipi. Shahrini tersenyum.

“Kenapa masuk dapur ni? Pergilah tunggu kat meja. Nanti berbau pula baju
kemeja abi ni.” Shahrini menekan suis ‘Off’ pada dapur elektrik
kemudian dimasukkan nasi goreng yang sudah siap dimasak ke dalam mangkuk
nasi.

“Nasi goreng spesial siap!”

Shahrini melangkah ke meja diikuti suami dan anaknya. Diletakkan mangkuk
nasi di atas meja sebelum mengambil Rafik Anwar. “Awalnya anak ibu
bangun.” Pipi montel Rafik Anwar dicium lalu membuatkan anaknya suka
terkekeh-kekeh. Nasi goreng disendukkan untuk Rafik Azwan . Kemudian
Shahrini berlalu ke dapur untuk membuat air milo panas.

“Ibu , malam nanti kita keluar ya?” ajak Rafik Azwan apabila Shahrini
sudah melabuhkan punggung disisinya.

“Ke mana?” Dipandang sekilas ke arah suaminya sebelum nasi goreng
disuapkan kepada Rafik Anwar.

“Kita pergi ICity nak tak? Lama dah kita tak pergi sana. Lepas tu kita
pergi pula Piramid Mall, seperti dulu-dulu.” Rafik Anwar yang terdengar
terus menjerit teruja.

“Yea! Yea! Nak pergi ICity!!”

“Tapi abi mesti penat. Abi pulang petang lelah-lelah lepas tu malam
keluar pula. Kita keluar hujung minggu ini pun tak apa. Ibu tak nak
abi Anwar ni letih. Nanti jatuh sakit pula.” Ujar Shahrini membuatkan
senyuman di bibir Rafik Azwan semakin melebar.

“Ni buat abi semakin sayang ibu Anwar ni. Tapi, untuk anak abi yang
handsome dan isteri abi yang jelita ni…” Hidung Rafik Anwar dipicit
membuatkan anaknya menjerit.

“Abi !! Sakitlah.” Cemburut Rafik Anwar manakala ibu dan abi mereka
sudah meledakkan tawa.

“Abi tak akan letih. Everything about both of you, I can do it.
Tapi…. Ibu kena bagi abi energy lah malam nanti. Topup balik.”
Dihujung ayatnya Rafik Azwan berbisik lalu dihadiahkan kenyitan mata
kepada Shahrini . Dia tersenyum nakal.

“Boleh aje…” balas Shahrini selamba juga beserta senyuman nakal. Rafik
Aikal membuat muka teruja sebelum kedua-duanya ketawa. Rafik Anwar yang
tidak tahu apa-apa turut mengekeh ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience