Rate

1

Romance Series 3345

"Assalamualaikum, Isya." Hannah yang mengelamun dari tadi tersentak apabila ditegur oleh Shafiq.

"Eh, Abang Shafiq. Terkejut Isha." Hannah tersengih.

"Esok Hannah dah balik KL dah, kan?" kata Shafiq.

"Esok dah start kerja. Petang ni nak gerak KL dah. Ni pun dah nak gerak, tengah tunggu si Syaf ni. Berjam jam nak siap!" kata Hannah.

"Ye, ye. Aku dah siap ni." Syaf seperti dapat mengagak Hannah sedang mengutuknya.

"Macam tahu tahu je orang tengah mengumpat dia." Hannah dan Shafiq tergelak.

"Eleh, dah aku nak jumpa mak. Lepastu kita gerak." kata Syaf lalu dibalas dengan isyarat tangan 'OK' dari Hannah.

"Abang baru nak ajak Hannah makan. Tapi dah kena balik." kata Syafiq lalu membuat muka sedihnya.

"Ala, nanti masa Hannah cuti lagi, Hannah balik kita makan sama sama. Chef Hannah masak nanti!" Hannah menepuk dadanya.

"Okay, abang tunggu." Shafiq mengenyitkan matanya ke arah Hannah dibalas dengan gelak halus.

Kulit Hannah yang putih mulus ditenung Amar. Hannah sudah tidak keruan. Haih, mana si Syaf ni!

"Hah, jom Hannah!" kata Syaf. Memang dapat rasa yang Hannah perlukan dia.

"Hah, Isya gerak dulu ya, abang. Assalamualaikum." kata Hannah lalu mengikut jejak Syaf untuk ke kereta.

"Lain macam muka kau masa aku datang tadi. Kenapa?" soal Syaf sejurus kereta meninggalkan halaman rumah.

"Ye, weh! Tadi Abang Shafiq pandang aku semacam! Macam nak telan aku!" kata Hannah.

"Macam nak telan ke macam nak cium?" soal Syaf lalu Hannah menghadiahkan cubitan di pehanya.

"Auch! Sakitlah!" kata Syaf menggosok pehanya.

"Padan muka. Kau ni, agak agaklah. Takkan dia nak buat macam tu?" Hannah menjeling Syaf.

"Who knows? Aku kenal abang akulah." kata Syaf. Hannah terdiam.

Hannah cuba melelapkan matanya. Malas melayan karenah Syaf!

---

"Hoi, dah sampai rumah kau ni. Mak kau dah tunggu. Get ready kena bebel ya, sayang!" kata Syaf.

"Aduh, apa aku nak jawab ni? Kau lah drive lambat sangat!" kata Hannah.

"Aku pulak. Dah baik kau turun cepat."

Hannah keluar dari perut kereta, tersengih memandang ibunya.

"Assalamualaikum, mama!" kata Hannah dengan gaya seperti kanak kanak riang. Jangan membebel, mama!

"Dah pukul berapa baru balik ni?" soal Puan Hatini.

"Sorry, mama. Hannah naik dulu, assalamualaikum." Hannah cuba melesapkan diri dari pandangan mamanya.

"Tunggu."

Langkah Hannah terhenti.

"Yes ma?"

"Kamu tahukan kamu akan dapat ayah dan abang tiri?" soal Puan Hatini.

"Ma, Isya penatlah, ma. Why don't kita cakap pasal ni esok je?" Hannah melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Puan Hatini mengeluh.

---

"Assalamualaikum, papa!" kata Adam sejurus melihat bapanya bersandar di sofa.

"Waalaikumussalam, Am. Balik dah anak papa." Adam menyalami Tan Sri Azhar lalu memeluknya.

"Apa khabar, papa? Lama tak dengar khabar. Nak dekat 9 bulan tak jumpa." Adam tersengih.

"Mana tidaknya, busy aje yang kat sana tu." kata Tan Sri Azhar.

"Hehehe. Papa pun busy jugakan?" kata Adam, tersengih.

"Apa apa jelah kamu ni. Kamu ingat tak papa ada cakap pasal mak tiri kamu dengan adik tiri kamu tu?"

"Oh, yang on phone tu eh? Papa serius ke?" soal Adam. Tidak percaya. Sudahlah dia tidak pernah mempunyai ibu sejak berumur 2 tahun kerana ibunya curang. Memang dia benci kepada kaum wanita. Selama dia di Korea pun, dia tidak bergaul dengan perempuan.

"Yes, papa serius."

"Papa, papa tahu Am takkan terima perempuan dalam hidup Am kan?" Adam membuang pandangan ke kolam renang di banglo rumahnya.

"This is my choice. Papa memang nak kahwin." Tan Sri Azhar meninggikan sedikit suaranya.

"Papa, mana kita tahu kalau perempuan tu just nak kikis harta papa ni je?" Adam masih tetap dengan pendiriannya.

"Jangan biadap, Am! Papa tak pernah ajar kamu biadap!" Tan Sri Azhar menengking.

"Suka hati papalah. Am ikut aje. Papa yang nak kahwin bukan Am."

"Bagus. This is my son." Tan Sri Azhar tersenyum.

"Am naik dulu ya, papa?"

"Kejap, Am. Esok Am start kerja kat hotel, kan?" soal Tan Sri Azhar.

"Yes, papa. Am ingat. I'm a headchef of hot kitchen, right?" kata Adam.

"Baguslah kalau Am ingat." kata Tan Sri Azhar.

"Okay, good night, papa." Adam tersenyum.

"Good night." balas Tan Sri Azhar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience