Bab 2

Humor Completed 3786

Ringg.Ringggggg. Bunyi penggera mematikan mimpi indah Lya. "adoi la, baru ja nak jumpa Brad Pitt dlm mimpi tadi. kacau betula!" gumam Lya. Sambil menggeliat membetulkan urat2 sendinya, Lya kerling ke arah jam berbentuk hati di dinding. "Wwwhat?? pukul 7 dah? Goshh mati la akuuuu! jerit Lya seraya berlari bak lipas kudung ke arah bilik air.

5minit kemudian pintu bilik air dikuak kasar. Lya mencapai kemeja berwarna biru tua berbunga kecil digandingkan dengan seluar slack berwarna hitam. Bagai baru lepas marathon mengalahkan Usein Bolt, Lya melilit selendang biru mudanya dengan sahaja. Dicalit sedikit lip gloss, bedak nipis dan pemerah pipi sudah cukup menaikkan seri wajahnya yang cerah.

Tanpa membuang masa Lya menapak turun tangga lalu mencapai kunci kereta di ruang tamu. "Eh Lya, tak sarapan dulu ke? Ni mummy dah siapkan dah mee goreng. "emm.., takpala mumny, Lya kena cepat ni. Harini ada urgent meeting. Okayla, mummy Lya pergi dulu. "Assalamualaikum."

Setibanya Lya di pintu lif Seventh Holding, tiba-tiba bahunya dirempuh kasar. Bagai gerakan slow motion, kertas2 ditangannya terbang lalu berselerakan. Dan Lya terdengar satu suara. "Adoiiiii! Hei pompuan, kau buta ke hah?! Dah takda mata sangat ke sampai nak langgar aku?!!" amuk si lelaki bersut hitam itu.

Hati Lya yang sejak tadi berasap asap mengalahkan rumah mak limah terbakar, semakin berapi mendengar percakapan lelaki itu. Tanpa membuang masa Lya menjeling tajam ke arah mamat berlagak itu "Wahai encik berlagak lagi biul otak, sorry skit ek! tu salah awak ok! Tah mana2 datang tiba2 salahkan orang pulak!" lampias Lya seraya kembali menunduk bawah mengutip semula kertas2nya.

"You...wwhat??" kancing gigi lelaki itu dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience