KISAH 1

Horror & Thriller Completed 4998

Kisah ini berlaku pada seorang kawan aku yang bernama aiman, setahun lalu dia telah berpeluang mengikuti sebuah kem di sebuah sekolah di utara semenanjung. Betapa girangnya hati aiman untuk mengikuti kem tersebut. Kem itu agak istimewa kerana dicampurkan dengan pelajar siam dari Thailand. Dengan ini aiman berpeluang berkenalan pelajar berlainan bangsa meskipun mereka bertutur dalam bahasa inggeris. Sempat juga dia kenal dengan beberapa orang, terutamanya Fe dan Ken. Perangai mereka ini agak nakal juga tetapi baik hati. Setelah selesai sesi suai kenal dan makan malam, selepas itu aiman dan pelajar yang lain pulang ke asrama masing-masing dengan mata yang berat akibat mengantuk.

Pada malam itu juga aiman sukar tidur sebab menjadi kebiasaannya tidur lewat dirumah hingga terbawa-bawa di asrama. Oleh yang demikian dia pun pergi ke bilik rakan-rakannya untuk menghilangkan kebosanan. Dia sedar mungkin ramai rakan-rakannya yang belum tidur lagi. Sewaktu sedang berjalan ke bilik rakan aiman merasakan seseorang mengekori dirinya lalu dia terperanjat akibat disergah. Aiman terkejut, “Cis hang ka mirul buat terkejut aku aja!”. Marah aiman kepada rakannya yang sedang tersengih. Amirul memberitahu Aiman supaya berhati-hati ketika berada di asrama ini kerana terdengar banyak kisah agak menyeramkan.

Aiman pada mulanya tidak percaya kerana menyangka rakannya itu hanya mengarut kerana ingin menakutkan dirinya. Selepas itu mereka pergi melawat bilik pelajar siam, aiman melihat rakan mereka yang datang dari siam itu semua masih belum tidur sambil rancak bersembang sesama mereka, ada juga yang melompat-lompat diatas katil mungkin disebabkan terlalu gembira agaknya. Aiman dan rakan sebiliknya kemudian pulang semula kebilik mereka. Tiba dibilik aiman dan amirul terus merebahkan diri mereka diatas katil, sedang nyenyak tidur ketika itu juga aiman terjaga disebabkan terdengar suatu suara dikala sunyi dan jam pada ketika itu sudah menunjukkan 3 pagi, rupanya amirul pada terjaga awal darinya dan sedang berada di tepi tingkap lalu memanggil aiman untuk menunjukkan sesuatu. Aiman pun lantas pergi ke rakannya itu dan terkejut kerana seakan tidak percaya apa yang dilihat melalui matanya, suatu lembaga putih yang terang sedang terapung diluar tingkap. Mulut aiman dan amirul terkaku kerana makhluk tersebut berada dihadapannya. Disebabkan terlalu takut melihat hantu tersebut aiman terus menyembunyikan diri dalam selimut hingga lembaga putih itu menghilangkan diri beberapa minit kemudian. Setakat itu sajalah yang diceritakan aiman kepada aku, aiman memberitahu peristiwa itulah yang sukar dilupakannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience