"Kau ambik baju kau ni! Berambus dari rumah aku! Aku taknak tengok muka kau dekat sini lagi! Pergi kau! Berambus!" beg baju separa besar dilemparkan kepada gadis itu.
"Abang...tolonglah! Apa salah saya? Saya merayu. Mana saya nak pergi bang? Saya tak ada sesiapa lagi bang. Saya ada abang sorang je untuk bergantung harap. Tolong bang, jangan buat saya macam ni. Saya merayu pada abang. Tolong!" Suraya menangis teresak esak. Laju saja air matanya jatuh membasahi pipinya yang mulus.
Air mata itu sikit pun tidak mencairkan hati Hazril. Malah, makin menyampah dia melihat wajah gadis itu. Tiada sikitpun belas kasihan dia terhadap gadis itu.
"Ah peduli apa aku! Kau pergi! Berambus dari sini! Aku takmahukan kau lagi dalam hidup aku!"
"Kalau begitu, abang lepaskanlah saya. Kita jumpa dimahkamah nanti ya." dalam esakan, Suraya terus membuat keputusan yang membuatkan lelaki itu terdiam.
'Lepaskan gadis ini? Ah takakan aku lepaskan kau. Biarlah aku siksa kau, sampai aku puas.' bisim hati Hazril
"Pergilah kau! Jangan harap aku nak lepaskan kau!" ditolak gadis itu sehingga jatuh dan dibaling duit rm100 beberapa keping yang dikeluarkan dari kocek seluar jeansnya. Ditutup kasar pintu rumah dan dikuncinya dari dalam.
"Abang tolonglah!" rayu Suraya
"Pergi!" jerit Hazril dari sebalik pintu.
"Kita jumpa dimahkamah nanti ya. Assalamualaikum." Suraya terus berlalu pergi bersama beg bajunya. Duit yang dibaling oleh Hazril tidak diambilnya. Dibiarkan bersepah dihadapan pintu
*****
Sejak kejadian haritu, tidur Hazril tidak lena dan asyik bermimpikan Suraya.
"Suraya...abang rindu. Maafkan abang Su. Maafkan abang." Hazril meraup wajahnya. Rambut yang serabai dibiarkan tanpa menyisirnya bagi kemas dan rapi.
Baginya, tidak ada apa yang perlu dikemaskan pada wajahnya. Jambang yang mulai panjang juga dibiarkan semak tidak bergunting.
Apa yang difikirkan olehnya, tiada siapa yang boleh tengok dirinya dalam keadaan kemas dan rapi selain daripada Suraya.
"Arghhh! Su, abang rindu su..." Hazril bangun dan menilik wajahnya dicermin muka berbentuk segi empat dimeja solek Suraya.
*****
Suraya berjalan bersama plastik sampah berisikan tin tin dan botol botol kosong. Dia membawanya kekedai jual barang terbuang, dan mendapat duit untuk membeli makanan. Sudah dua hari dia tidak makan hanya kerana mahu mengumpul duit.
Perutnya yang kian membesar diusap perlahan. Tangan sebelah lagi diletakkan pada pinggangnya. Sakit! ya sakit yang teramat kerana asyik membongkok bagi mengutip sampah untuk dijual.
"Sayang...sabar ya nak, ibu ada dengan sayang. Sayang jangan bencikan ayah tau. Walau macam mana pun dia, dia tetap ayah sayang. Nanti bila sayang dah keluar, kita pergi jumpa ayah ya." diusap perutnya sambil berkata kata.
"Mari sayang, kamu mesti lapar kan? Kita jual ni dulu, lepastu kita makan ya. Maaf sayang, sebab ibu kamu terpaksa menahan perut daripada makan." Air matanya mengalir mengenangkan keadaannya yang sedang berbadan dua.
Suraya berjalan perlahan kerana kakinya sudah lenguh mencari tin dan botol terbuang. Air matanya masih mengalir laju.
"Maafkan Su abang, Su rahsiakan hal ni. Su mengandungkan anak abang. Dah 4 bulan bang. Maafkan Su abang. Su berdosa." diusap perutnya.
Hampir sebulan dia dalam keadaan begitu. Tiada tempat tinggal dan hanya merempat dimana mana sahaja tempat yang dirasakan selamat. Kadang kadang, dia terpaksa tidur dikaki masjid kerana terlalu letih dan tidak larat.
********
Suraya berjalan melintasi kedai kedai ditepi tepi jalan. Dia melihat kalau kalau ada kerja kosong. Bolehlah dia minta bekerja. Itupun kalau ada rezeki untumnya. InshaAllah.
Suraya memasuki sebuah restoran yang tidak ramai pelanggannya memandangkan waktu masih pagi dan belum sampai waktu lunch hour lagi. Dia membaca notice yang tertera dipintu restoran itu.
"Jawatan kosong. Perempuan atau lelaki. Berumur 20 keatas. Bertudung bagi perempuan." baca Suraya
'Alhamdulillah ada ciri ciri pada aku. Aku berumur 25 tahun, pakai tudung pun pakai. Cuba ajelah, kalau dapat alhamdulillah.' bisik hati Suraya sambil menolak pintu restoran itu.
Dia kekaunter dan bertanyakan pada pekerja dicashier itu.
"Tunggu sebentar ya cik." Suraya angguk dan tersenyum manis. Ramah.
Beberapa minit kemudian, pekerja tadi memintanya masuk kedalam bilik boss untuk ditemu duga.
Suraya mengucap terima kasih dan masuk kedalam bilik yang ditunjukkan oleh pekerja tadi.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Silakan duduk." Pelawa boss lelaki itu.
"Encik, saya ada baca dekat pintu tadi disini ada kerja kosong. Masih kosong lagi kah?" Soal Suraya berhati hati
"Ada, awak ada bawa resume?"
"Hm takda pula."
"Macam mana nak interview kalau tiadak resume?" soal Azrey
"Maaf encik. Sebenarnya saya takkisah pun kerja apa pun yang encik nak beri. Basuh pinggan juga saya sanggup. Harap encik bagi saya peluang untuk saya bekerja di sini."
Azrey menilik penampilan gadis dihadapannya itu. 'Menarik.' bisik hati Azrey. Tanpa sedar dia mengukirkan senyuman nipis.
Matanya jatuh pada perut gadis itu. Perutnya membuncit seperti mengandung. Dia terfikirkan sesuatu.
"Awak mengandung?" soal Azrey.
Suraya meletakkan tangannya diperut sambil tersenyum nipis. Dia memandang wajah Azrey sebelum anggukan kecil diberikan.
"Berapa bulan?"
"4 bulan encik."
"4 months? Suami awak benarkan awak kerja dalam keadaan awak macam ni?"
Suraya terdiam. 'Bagaimana aku harus katakan? Kalau aku menipu mungkin aku akan takkan diberikan kerja. Mungkin dengan berterus terang, lelaki dihadapannya ini akan kasihan padanya dan memberikan kerja.' bisik hati Suraya. Dia menunduk
"Sebenarnya encik..." suraya mengangkat mukanya perlahan. Azrey sedia mendengar penjelasan gadis dihadapannya itu
"Sebenarnya...?" soal Azrey
Suraya diam. Dia mengetap bibirnya. Berfikir sama ada mahu cerita ataupun tidak.
"Sebenarnya saya dengan suami saya..."
"Bercerai?" Pangkas Azrey. Suraya geleng.
"Dia halau saya keluar dari rumahnya. Dia takmahu saya ada dirumah itu lagi. Saya mengandung ni pun dia tidak tahu." Suraya menunduk menahan tangis
"Subhanallah. Kenapa boleh jadi macam ni?"
Suraya geleng kepalanya.
"Awak tak minta cerai?"
"Dah, tapi dia taknak lepaskan saya."
"Hm, awak tinggal dimana sekarang?"
Suraya geleng kepalanya lagi. "Dimana saya penat berjalan, saya akan berhenti dan berehat. Disitulah saya tinggal."
"Subhanallah. Hm takpelah, saya kasi awak kerja disini. Sebagai pelayan boleh? Taksampai hati nak kasi awak dibahagian basah. Risau awak tergelincir jatuh pula." Azrey tersenyum manis
"Terima kasih encik. Saya berhutang budi pada encik."
"Bila awak mahu mulakan kerja?"
"Saya takkisah. kalau encik nak saya kerja sekarang pun saya boleh." Suraya teruja.
Azrey ketawa kecil. "Good..tapi saya taknak awak mula kerja hari ini. awak masuk kerja esoklah. Awak boleh makan pasa waktu pagi, lunch hour, dan bila bila masa awak perlukan makanan. order saja pada tokey masak. saya benarkan."
"Err terima kasih encik."
"Awak boleh berehat dibilik restoran. Sebentarnya..." Azrey memanggil pekerjanya dan meminta membawa Suraya kebilik.
"Nadya, tolong bawakan Su kebilik ya. Dia akan start kerja dengan kita esok. Bagi bilik elok sikit ya, dia pregnant." Arah Azrey
"Baik boss." Nadya tersenyum ramah dan tolong bawakan beg Suraya naik kebilik. Nasib ada lif kalau tidak habis dia payah nak memanjat tangga.
*****
"Umur awak berapa?" soal Nadya ramah
"25, awak Nadya?"
"Saya 23."
"Oh, Nadya sudah lama kerja sini?"
"Lama jugalah, dekat setahun dah."
"Encik Azrey tu macam mana eh orangnya? Garang? Tegas?"
"Baik sangat orangnya.Takgarang tapi tegas waktu kerja. Dia bukan macam pengurus restoran yang saya pernah kerja sebelum ni. Dia takkisah kalau kita nak makan apa pun, waktu bila bila saja pun dia takkisah. Asalkan buat kerja dan takmakan waktu ada ramai pelanggan. Nak makan kena tunggu pelanggan sikit dan yang lain ada untuk cover." jelas Nadya
"Oh, alhamdulillah." ucap Suraya
"Alhamdulillah. Akak pregnant berapa bulan?"
"4 bulan Nadya."
"Oh, mana suami akak?"
"Em Nadya, akak rasa baik awak sambung kerja. Nanti kena marah pulak dengan boss. Terima kasih ya bawakan akak kesini."
"Em yelah, sama sama. Kalau ada apa apa akak panggil saja saya dibawah ya. Hati hati tau."
"Yelah terima kasih ya."
"Sama sama kasih. bye Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Share this novel