Rate

Chapter One

Other Series 1172

Kringggg!!! loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat. Pelajar2 segera keluar dari kelas kecuali seorang pelajar. Park Bu young masih duduk dimeja dan termenung. Dia berasa Tidak sedap badan.

"Kadang2 aku rasa kesian kat kau." kata Song Hyo Lyn sambil menarik kerusi lalu duduk disebelah Bu young.

"Apa yang kau kesian? aku rasa kau patut kesiankan diri kau sendiri" Kata Bu young. Bu young terus bangun daripada kerusi dan berlalu pergi.

Hyo lyn hanya memandang sahaja Bu young pergi.

Bu young menuju ke arah tandas. Tiba2 ada seorang perempuan melanggarnya.

"hei kenapa ni?" tanya Bu Young kepada perempuan yang melanggarnya tadi. Dia melihat name tag perempuan itu. Lee cho ah ialah nama perempuan itu.

"maafkan saya" kata cho ah. Cho ah terkejut kerana melihat wajah orang yang dilanggarnya tadi.

"ya, tak apa lagipun salah saya jugak" kata Bu young sambil tersenyum.

"saya pergi dulu" kata Cho ah lalu berlalu pergi.

Bu young hanya mengangguk. Dia memasuki tandas. Bu young mencuci mukanya. Dia bagaikan terdengar suara orang menangis Di dalam tandas.

"hello, ada siapa2?" tanya Bu young. Bu young hanya memerhatikan tandas itu.

Tiba2 pintu tandas itu terbuka. Seorang cikgu muzik keluar.

"cikgu tidak apa2?" tanya Bu young. Bu young terkejut apabila melihat wajah cikgu itu yang agak pucat.

"ya,cikgu okay" kata cikgu Jang Dae sum. Cikgu dae sum terus keluar daripada tandas.

"kenapa cikgu berkelakuan pelik. biarlah dia." Bu young keluar daripada tandas.

Bu Young berlari segera untuk ke kelas. Ketika Bu young sampai ke kelas. Bu young mendapati bahawa begnya sudah dilantai dan buku2nya juga bersepah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience