BAB 1

Other Completed 3275

"Hai Morning."

Seperti biasa dia datang dengan ceria. Terdengar sapaan yang datangnya dari Timah. Timah baru sahaja sampai di lobi klinik onkologi. Sapaan itu ditujukan pada seorang nyonya yang duduk di kerusi paling hujung lobi klinik onkologi. Timah hanya membiarkan sahaja sapaannya tidak bersambut. Timah mengambil tempat duduk di belakang sekali.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Timah kerap berulang alik ke rumah sakit. Kisahnya bermula apabila Timah disahkan menghidap kanser payudara tahap 3 dan akhirnya dia dinasihatkan doktor agar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudaranya. Jika dibiarkan takut merebak ke organ badan yang lain. Selepas pembedahan Timah terpaksa pula menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkan rambutnya gugur dan badannya lemah.

Tetapi rawatan itu terpaksa juga dilaluinya untuk mengelakkan sel kanser aktif semula. Setelah beberapa lama berehat dari rawatan kemoterapi Timah diarah pula untuk menjalani fisioterapi bagi menguatkan semula otot-otot selepas pembedahan. Setelah bermacam-macam jenis terapi dilaluinya, Timah terpaksa pula berulang alik ke rumah sakit untuk menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan mengambil bekalan ubat setiap bulan.

Hari itu Timah datang awal ke hospital untuk rawatan susulan akibat kanser yang dihidapinya. Baru 2 orang pesakit yang datang iaitu nyonya itu dan dirinya sendiri.

Di bahagian kaunter pula masih kosong. Belum ada kelibat jururawat bertugas. Timah melihat jam pada telefon pintarnya.

"6.36 am. Huh! Awalnya lagi. Sarapan pun dah. Apa aku nak buat ni."

Sedang Timah bermonolog sendirian dia teringatkan nyonya tadi. Nyonya itu masih di situ. Perlahan-lahan Timah menghampiri nyonya itu lalu duduk selang dua kerusi darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience