Rate

One

Romance Series 2764

RIS' POV

Aku sejak dari tadi asyik menilik sebentuk cincin berlian yang terletak cantik di dalam kotak. Memikirkan sama ada dia akan menerima lamaranku. Ya. Hari ini, aku akan melamar gadis yang aku amat cintai, Amanda Farhana. Kekasihku sejak zaman sekolah. Aku akan melamar dan memberitahunya tentang rancanganku iaitu kami akan berkahwin semasa cuti semester yang akan datang. Maklumlah, orang kata benda yang baik tak elok dilengah-lengahkan. Lagipun, Hana ni merupakan gadis pujaan lelaki-lelaki yang ada di universiti. Aku memang beruntung sebab dapat dia sebagai kekasih aku.

Setelah 15 minit menunggu, akhirnya Hana tiba dengan seorang lelaki. Lelaki yang aku kenali. Farid, sepupu Hana. Kenapa lelaki tu pun datang?

Hana mengambil tempat di depanku manakala Farid hanya menunggu di luar. Belum sempat aku membuka mulut, Hana terlebih dahulu mengujarkan beberapa patah perkataan. Perkataan yang membuatkan aku terkesima dan terkedu.

"Kita putus. Saya dah nak kahwin" Terbeliak biji mata aku apabila mendengar pernyataan darinya. Betul ke apa yang aku dengar ni? Kenapa tiba-tiba? Dia nak kahwin dengan siapa?

"Awak nak kahwin dengan siapa?"

"Farid"

Alangkah terkejutnya aku apabila mendengar jawapannya.

"Tapi kenapa tiba-tiba?" soal aku lagi.

"Mak ayah kitorang mintak. Saya mintak maaf Ris"

"Hmmm... Tak apalah Hana... Saya anggap yang kita tak ada jodoh. Saya doakan awak akan bahagia dengan dia" kata aku dengan senyuman manis aku berikan.

Setelah itu, aku berjalan keluar dari cafe dan menuju ke arah Farid yang berada di luar. Aku menepuk bahunya perlahan lantas berkata

"Jaga dia elok-elok. Nasib dia nak kahwin dengan kau. Kalau dengan orang lain dah lama aku tumbuk" kata aku lalu meletus lah ketawa kami berdua.

"Aku pergi dulu" Farid hanya mengangguk. Aku melangkah menuju ke arah kereta Honda City milikku lalu masuk ke dalam perut kereta tersebut sebelum kereta itu aku pandu untuk balik ke rumah.

Sesampai sahaja aku di rumah, aku memberi salam lalu membuka pintu. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, aku terkejut apabila melihat sepasang suami isteri, dua orang lelaki dan dua orang gadis yang berada di ruang tamu rumahku. Aku bersalaman dengan mereka sebelum mengambil tempat di sebuah sofa yang terletak bersebelahan tempat Daddy duduk. Sempat aku melemparkan pandangan ke arah gadis itu dan memberikan senyuman nakal kepadanya. Dia hanya membalas dengan sebuah jelingan tajam.

END RIS' POV

ERIN'S(Khairina) POV

Sejak sampai di rumah ini, aku hanya mendengar sahaja perbualan antara Mama Papa ku dengan Uncle Faiz dan Aunty Maria. Sebenarnya aku takdelah dengar sangat apa yang mereka sembangkan. Sebaliknya aku lebih banyak bermain dengan telefon bimbit aku daripada mendengar perbualan mereka.

Sedang asyik aku scroll ig, tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam dan bunyi pintu dibuka. Apabila pintu terbuka, maka muncullah susuk tubuh yang sangat aku kenali. Harris Adrian. Lelaki yang suka cari pasal dengan aku dari dulu lagi tidak kira tempat.

Sempat aku lihat dia memandang ke arah aku sambil memberikan senyuman nakal. Malas aku nak melayan, aku balas dengan jelingan tajam lalu memberikan perhatian semula kepada telefon bimbit aku. Apa yang ku buat? Aku sambung scroll ig lah...hehe...

Tiba-tiba, Uncle Faiz bersuara.

"Okay memandangkan Ris pun dah balik, saya nak umumkan sesuatu"

Aku mengerutkan dahi tanda pelik dan melontarkan pandanganku ke arah Harris yang memandang Uncle Faiz dengan pandangan pelik lalu aku alihkan pula pandanganku ke arah Mama dan Papa. Ada apa pulak ni?

"Ris, Erin, Daddy, Mummy, Mama dan Papa kamu dah berbincang dan dah setuju untuk kahwinkan kamu berdua"

Dengar sahaja ayat yang keluar dari mulut Uncle Faiz, telefon iphone Xs Max milikku tiba-tiba terlepas dari peganganku. Maksudnya aku memang terkejut. Apa yang dikatakan Uncle Fauz membuatkan aku tak mampu berkata apa-apa juga tak mampu bergerak ibarat aku disumpah menjadi patung. Harris pula sudah terkejut beruk. Tak pernah aku lihat dia terkejut begitu rupa hinggakan wajahnya yang kacak itu serta merta bertukar buruk. Kalau aku cakap muka dua buruk buruk, maksudnya betul- betul buruk. Yelah mana taknya dengan mata terbuntang, mulut ternganga luas semua. Memang lawak gila muka dia. Kalau bileh aku nak ambil gambar tunjuk kat semua budak-budak kat universiti. Maklumlah Harris ni ramai peminat tapi semua orang juga tahu yang dia ni dah couple dengan Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience